Friday, January 23, 2009

CALON RAKYAT GANTI CALON UMNO

BANYAK komen dan saranan yang PP terima supaya PP bertanding saja dalam PRU akan di KP .

Kerusi yang baik ialah di Pilah , Johol , Senaling dan Jusseh tetapi PP lebih tertarik di kerusi Pilah .

PP sedang timbangkan , dari segi pengelaman PP pernah duduk di peringkat bahagian Umno , berkelulusan ijazah dan aktif juga dalam kegiatan kemasyarakatan dan berada di pertengahan umur .

Yang jadi masaalah PP ialah PP nak bertanding atas tiket apa ? .

Umno tak mungkin kerana PP tak jadi AJK Umno bahagian lagi dan mereka pun sombong dengan PP, Pas pulak bukan ahli sementara PKR sudah ada calon di KP .

Calun bebas PP rasa tak akan menang , mungkin ada baiknya kalau PP bertanding atas tiket Melayu DAP , ada peluang tu ?

Soalanya mahukah pengundi memangkah PP nanti , lagi pun PP tak banyak duit .

Boleh tak mereka beri sumbangan kerana PP bertanding pun atas kehendak mereka .

Kalau ada sokongan dari pengundi dan sumber kewangan , Isya-Allah , PP tidak akan menghampakan pengundi sekelian .

Buat masa ini PP nak buat projek 4 tahun dimana PP mendekati pengundi saban masa tetapi PP masih mahukan pandangan dan komen pembaca .

Berilah pandangan termasuk komitmen dari segi kewangan kerana tiada yang tidak gunakan wang masa kini ditambah lagi keadaan ekonomi yang tengah gawat ni .

Mari sama-sama kita gantikan Asan , Mail , Sulan , Anan , Samad dan Razi di KP dengan calon rakyat .

Kita ada peluang sebenarnya , percayalah .


PP - tunggu maklumbalas pengundi .

11 comments:

Anonymous said...

pp sesuai ke nak letak calon dap di k.pilah. pp join je PKR dgn aktif dan mereka boleh calonkan pp

Anonymous said...

PP, saya sokong penuh cita-cita utk bertanding PRU akan datang.Jangan bimbang, calon bebas pun ada peluang.Yang penting buat kerja dari sekarang.Teruskan usaha mendekati rakyat Pilah. Wang? mari kita lancarkan Tabung Selamatkan Kuala Pilah Dari The Three Stooges (Mail, Asan dan Sulan). PP pasti menang.Hidup PP, Hidup Pilah.

Suli & Janggut & Bro Luv said...

Salam Persaudaraan..... Prinsip dan karisma PP mungkin sudah terbentuk agak sekian lama dalam arus poltik Kuala Pilah.

UMNO BN bukan lagi wadah yg terbaik untuk memberi peluang menjadi pemimpin atau di pimpin. Orang Kuala Pilah sentiasa menanti2munculnya jiwa2 yg berani dan memahami perjuangan dgn ketulusan.

Pakatan Rakyat adalah wadah yg sentiasa terbuka barang siapa yg ingin menawarkan diri. Gelombang reformasi telah mula menyimbah bandar2 elit. Cuma waktu ketika ini Umno masih dapat bertahan di kawasan2 pendalaman yg masih terpinggir dari media akan kepincangan urus tadbir.

Kuala Pilah adalah zon selesa untuk UMNO yg masih lagi di huni oleh pengundi-pengundi berpencen dan tidak mengikuti keadaan semasa. Cerdik pandai sudah menjadi pemimpin Pakatan Rakyat dan di sokong padu oleh pengundi2 yg luas dgn pengetahuan dan berpengalaman dgn gelombang politik mutakhir.

Kalau2 PP ada roh perjuangan dan berprinsip, ayuh bersama-sama memertabatkan maruah Kuala Pilah di bawah wadah ini. Tarbiah dan usulkan program khidmat masyarakat untuk di kongsi bersama2 akan keilmuannya.

Syabas.... UMNO bukan lagi untuk PP. Dan UMNO bukan lagi untuk Bro Kamaruzaman Kamdias. Bijaknya seorang pemimpin dgn keberanian mempertahankan Keadilan bukan untuk sering beretorik.

COWENG ANAK PILAH said...

PP, buat masa ni ambil ajer lah jawatan Penghulu yang banyak kekosongan di NS. Itu adalah pendekatan terbaik untuk memulakan langkah awal sebelum nak jadi calon. Setidak-tidaknya persediaan awal dan test dulu praktikalnya sejauh mana PP sentiasa dekat di hati rakyat. Tapi coweng takut seperkara masalah yang timbul lak, bila sokongan telah diberi dan bila kita telah menjadi sebutan ramai di hati rakyat, ada pula segelintir manusia yang rasa tercabar dan mulalah nak saling jatuh menjatuhkan. Macam mana tu PP? Senarionya sekarang, sesetengah pemimpin itu sukar untuk menerima kenyataan apabila dia dicabar, sedangkan hakikatnya kelemahan kepimpinan sendiri tidak mahu dinilai dan diperbaiki. Cuma mahu menerima pujian, tetapi jika diberi pandangan sikit mengenai kelemahan sendiri, mulalah sabotaj orang dan melenting tidak tentu pasal. Ambil pandanglah teguran yang membina demi untuk kebaikan diri dan parti. Kalau terus mempertahankan keegoaan porak perandalah jadinya. Dalam tidak sedar sedikit demi sedikit penyokong sendiri sudah mula beralih arah.

Azizahns said...

PERTAMA ... PP BERJUANG UNTUK SIAPA... UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA... UNTUK SENDIRI ... UNTUK SEDARA ... UNTUK SUKA-SUKA ... UNTUK CUBA TRY TEST...

kalau dah pasti ... PP pasti boleh bertanding atas tiket parti apa-pun.

hidup waghih...
www.puterisembilan.blogspot.com

PP said...

Terima Kasih .
PP berjuang untuk diri , keluarga dan msyarakat dan matlamat PP untuk agama , bangsa dan negara ini .
PP tak nak beretorik dengan jani yang tidak benar . Kalau diri dan keluarga tidak boleh dibetulkan , bagaimana hendak membetulkan masyarakat .
PP hanya ingin menawarkan khidmat , terpulang nak terima atau tidak tetapi jika diterima , PP akan menunaikan tanggungjawab semulia mungkin .
Tiada rasuah , tiada kroni , takut kepada pembalasan Allah dan tidak mahu dicemuh semasa hidup .
Itu prinsip perjuangan PP , kalau Umno boleh berubah , PP boleh kembali sokong , kalau tak bye-bye lah .
Terserah kepada semua menilai , kadang kala intan yang tidak digilap , lebih buruk kelihatannya sebelum bersinar .
Mungkin PP oranya , siapa tahu .

Terima kasih .

Anonymous said...

Jangan cakap yo .. kalau boto boleh buek .. tunjukan lah .. kalau bona semua tak boto kat mato kau .. buek .. jangan tak buek .. inilah adat org melayu .. tak leh tgk org berjayo .. ado jo yang tak kono ...

Kuala Pilah New Seeds said...

assalamualaikum ...
kepada PP .. kalau rasa diri tu berkebolehan menjadi Yb .. tunjukan lah .. kalau setakat bercakap kek blog jer tak yah lah .. tunjukan lah .. tolo tak do .. canang satu pilah tunjukan kau hebat kat pilah tu .. boleh buek macam macam ... ni tak ..manjang nak maki orang jo .. cerito keburukan orang jo ...

p/s : jangan berlagak kalau tau diri tu tak leh buek ..

pilahbodoh said...

Skrg sapo2pun boleh bg tentangan hebat kpd calon UMNO Kolopelah sbb pimpinan yg ado hanya boleh selamat kalau takdo ombak apo2. Tp kalau pandangan rakyat dah 50:50 thdp UMNO, dlm PRU 13 akan dtg, semuo kerusi dalam Parlimen KP dlm bahaya.
Apotah lai kalau UMNO NS masih dipimpin dek Dinasti Hasan.
Jd PP bolehlah buek persediaan apo yg patut.
UMNO KP gerenti lombik sekali ni

mem-Besar said...

salam !! sapo PP ni? dalam profile tak nampak jantina eh ..

ateh landeh apo pun kito berjuang .. biarlah kerana ALlah swt ..

wahHh sobut Pilah ni .. satu yg den ingat ialah Cendoi mamak kek Pasar tu .. ngan rojak sobolah kodai cendoi tu dulu ..

AL BAKR ALATIFI said...

Boleh tahan tolahan kau PP. ini dah lamo agak ei!! jadi pemerhati orang politik, Ese ni orang Pilah yo. Nak Cadangkan Pilah ni, daerah paling corot dari segalo sogi di negeri sembilan. Pilah tekona dengan bidalan, terlampau ramai yang coghodik tak boleh di-ikut dan yang bangang tak ghoti diajar. Pendapek den di blog den.
http://www.cockdanbull.blogspot.com dan http://www.nsdaily.blogspot.com dan http://www.state9express.blogspot.com
jongok jongok lah.