BUDAYA katak sedang hebat berlansung sekarang , samaada kita setuju atau tidak , budaya itu sedang menular bukan sahaja membabitkan parti BN tetapi juga PR .
Apa maknanya jika calun yang menang boleh buat apa sahaja pada undi yang diberikan kepadanya .
Tidak hairanlah , budaya ini kadang kala menguntungkan sasatengah pihak tetapi yang pastinya , pengundi akan rugi .
Pengundi mengundi calun dan parti , bukan mengundi parti atau calun sahaja dan calun tidak boleh berbuat apa sahaja atas kerusi yang dimenangi kerana itu mengkianati undi rakyat .
Malangnya , kenapa tidak dibuat undang-undang lompat parti , mungkin kerana selama ini BN yang banyak mendapat keuntungan dari isu tersebut saperti yang pernah berlaku di Kelantan dan Sabah sadikit masa lalu .
Sepatutnya , bila ada kejadian lompat parti , pasti mereka yang melakukannya akan mendapat akibatnya tetapi tidak dalam sistem kepartian negara kita .
Mereka boleh memperbudakkan pengundi yang setia macam yang dah berlaku masa Shahril letak jawatan dan bertanding semula , menang pulak tu .
Di KP , jangan ada yang macam tu , kita tak mahu baik Asan , Mail , Razi , Sulan , Samad mahupun wakil rakyat setahun jagung Anan lompat parti .
Lompat lain lantaklah dan kalau nak lompat pun , lompat semasa PRU ke 13 nanti .
Biar mati katak sekali , PP biarpun berhasrat untuk menawarkan diri , PP tidak suka ianya berlaku biarpun dari BN atau kepada BN .
Kerja awal sedang PP buat , tunggulah sadikit masa lagi , PP akan buat pengumuman nak teruskan atau tidak dan dengan parti mana .
Bebas tak mainlah , siapa nak ikut contoh ibarahim ali ?
PP - teringat betapa hinanya kalau dah kalah .
1 comment:
BERJUANG BIARLAH BERPRINSIP
Melibatkan diri dengan parti dan terjun ke medan politik bukan suatu tindakan yang main - main . Rasa nak masuk kita masuk dan rasa nak keluar kita keluar . Rasa nak terjun kita terjun dan rasa nak lompat kita lompat .
Sepertilah dunia politik ini tiada tuhan yang memandang dan malaikat yang mencatat...
Apatah lagi seorang muslim yang mempunyai aqidah , akhlak dan fikrah . Penglibatannya di medan siasah atau politik adalah sebuah perjuangan dan ia memerlukan prinsip yang jelas dan tegas .
Seorang muslim sewajarnya memiliki harga diri dan maruah yang tidak mungkin boleh ditukar dagang dengan nilai mata wang dunia . Biar berapa taruhannya , perkiraan seorang muslim tidak terhenti di muka dunia bahkan masa depannya di akhirat terlebih aula diambil kira .
Seorang politikus yang beragama Islam tidak boleh membebaskan diri dari hukum taklifi yang membabitkan dosa dan pahala atau syurga dan neraka . Biarpun dimercu kuasa dan pengaruh , taqwa dan wara' mestilah senantiasa tersemat dijiwanya .
Justeru seorang muslim yang taat menjadikan politik sebagai landasan untuk mendaulatkan syariat dan meninggikan syiar agama Allah swt ini .
Sekali-kali mereka tidak membenarkan diri mereka menjadi kuda tunggangan para banjingan politik yang tidak bermoral dan beretika . Apalagi nilai diri dan harga maruah mereka hanya dijual semurah pil kuda dipasaran gelap .
Inilah kekotoran sebuah politik kotor yang tidak berpaksi kepada akhlak dan etika dan bertunjangkan prinsip perjuangan .
Ahli Politik sekelian !
Kalau kita berpolitik biarlah politik itu membina perjuangan dan apabila kita berjuang biarlah berprinsip tanpa syarat .
Tentu sahaja penglibatan kita bersama perjuangan ini untuk meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia lebih tinggi mengatasi ideologi ciptaan manusia , justeru itu tanggungjawab kita sebagai seorang hamba Allah swt . Lantaran itu kita mesti sabar mendepani pelbagai cabaran dan mesti pula tabah menyerap tekanan .
Kalau kita tidak berani dan tidak pula bersedia maka usahlah kita berjuang . Sebaiknya tunggu sahaja keputusan dari Allah swt.
@@ GUA64 @@
Post a Comment