TAHNIAH lah pada pemuda Kopilah kerana buatkan blog untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai dan ahlinya .
Bagus , tapi yang peliknya walaupun blog resmi , hanya ada satu berita mengenai pemuda bahagian itu .
Hampir 80 peratus komen ceduk dari berita utama tanahair , kalau macam tu tak payahlah namakan blog pemuda kerana beritanya tak menyentuh lansung hal pemuda Kopilah .
Nak tergelak PP bila baca komen tentang kerajaan negeri Perak yang nak menukar kereta resmi exco kepada toyota camry kerana pemuda Kopilah buta mata dan hati .
Macamana nak komen orang lain sedangkan ketuanya sendiri Anan pakai kereta yang sama , pakai lah perdana baru boleh komen , kalau tak menghabis kan boreh jo saperti menepuk air didulang , terpercik kemuka sendiri .
Eloknya jangan bernafsu tinggi sangat , buat cerita pemuda Kopilah sendiri , itu yang orang ramai nak tahu bukan nak menunjukan prihatin sampai pilihanraya Kuala Terengganu pun nak komen tetapi komen yang diberikan adalah copy dari komen yang ada di dada akhbar .
Malu lah macam tu , berlambak dah baca komen macam tu , tetapi aktibiti adalah satu dua dan tak menarik pulak tu tetapi usaha yang dah dibuat agak bagus juga cuma perbetulkan isu kandungannnya sahaja dan PP sediakan saluran segera ke blog tersebut melalui blog ini .
Susah-susah sangat panggil pro sahaja uruskan , berikan bahan dan pro yang sediakan , anan dapat khidmat , pemuda dapat maklumat dan pro dapat nikmat .
PP - lebih nikmat di massage parlour dari di pemudaumnokualapilah
5 comments:
saya setuju dengan pendapat saudara, sebab itu masyarakat semakin menjauhkan diri dari umno kerana sebab perangai sedemikian, menghentam tanpa fakta, menokok tambah gambar sedia ada.
Salam.
Saudara PP,
Blog itu adalah blog rasmi PUTERA UMNO dan diusahakan oleh Putera UMNO sayap kepada Pemuda UMNO & bukannya blog rasmi Pemuda Bahagian.
Sila lihat matlamat blog itu dibuat.
Soal kereta YB adnan itu rasanaya mudah sahaja, kereta itu dibeli bila? Sebelum @ selepas pilhian raya? dan adakah kereta itu kereta rasmi kerajaan negeri? Kereta persendirian hak tuanya memilih apa pun jenis yang disukai.
Kami 100% menyokong pandangan PP terhadap blog Pemuda UMNO KP. Kami pernah memberi komen, tapi tak di siarkan. Komen kami bagaimana YB Adnan seorang peguam yg sepatutnya terdidik dgn kekuatan prinsip dan hujah yg befakta, kini memberi komen seperti belatuk dan tiong. Hanya ciplak apa yg telah tersedia. Lansung tiada keperhatinan sendiri betapa Kuala Pilah, kawasan yg bawah khidmatnya tidak lansung di beri keutamaan. Perhatikan Medan Selera KP yg kotor dan bertabur dgn taik2 orang. Padang Daerah tidak di selia dgn cermat dgn lebihan batu dan besi bekas kerja2 pagar yg membahayakan dan mencemarkan imej sebuah padang Daerah. Longkang tersumbat tesebut manakala jalan raya yg kerap pecah. Tiada usha untuk menceriakan bandar KP dgn aktiviti2 pelancungan dan pertumbuhan ekonomi yg tertinggal jauh di bandingan dgn Bahau walau pun jajahan DAP. Bagitulah tidak matangnya Pemuda UMNO ketika ini. Lansung tidak memahami etikata Kuasa dan Poltik. Sibuk dgn agenda peribadi. @@ Bro LUV @@
YBojeng anak murid yg dapek 100% ilmu YBHJMail.Kalau buek byk pembangunan nanti byk isu dan kelemahan yg timbol. Jadi kalau nak lamo kekal memerintah Bahagian jgn buek apo2. Bila tak buek apo2 takdolah kesalahan dan kelemahan yg nak dibalun dek org. selamat memanjanglah.
Jago Ketuo Cwgn, ketuo kg dan sebhg org2 kuek, cukup dah. UMNO pilah takkan begolak sobab dr pemimpin sampai org bawah tak buek apo2 kojo.
salam..saya ni merupakan pemuda yang taat pada parti umno ni..selama duduk dalam umno ni,saya dapati pemuda di kuala pilah ni hanya mahu brisan pemuda sekarang untuk melakukan sesuatu..bukan kah parti umno mementingkan kerjasama antara satu sama yang lain?oleh itu,jika ada sesiapa yang mempunyai cadangan,ketengahkan di dalam blog ini..jangan hanya pandai cari salah orang lain,cerminkan DIRI SENDIRI dahulu..oleh itu,jangan ambil hati,ini hanya untuk kepentingan parti kita..HIDUP UMNO..
Post a Comment