SEKARANG Datuk Razi dah jadi Datuk Haji Razi Kail , mail pula Datuk Haji Ismail Lasim , Asan pulak Datuk Haji Hassan Malek , Anan pun di panggil Haji Adnan Abu Hassan manakala Datuk Ruslan Yusof dan Samad Ibrahim belum lagi dengar , pakai title haji .
Baguslah macam tu , maknanya bukan sekadar bijak berpolitik tetapi alim dalam bidang agama dan berperibadi mulia .
Tahu serba serbi bab agama terutamanya hukum halal haram , harus , sunat dan makruh .
Jadi jangan pulak kerana dah ada title tu , mula pulak pusing , yang haram jadi halal , harus jadi sunat dan paling teruk yang tak ada hukum pun buat hukum sendiri .
Ini kerana ada orang tu pergi umrah atas biayaan politik tokoh tertentu , macam melancung saja .
Itu sebablah , kadang kala balik haji perangai tak macam bertitle haji .
Mudah saja , asalkan hukum tu memihak kepada kita , keluarga kita atau kroni kita , jadilah ianya hukum yang digunapakai .
Yang salah jadi betul , yang haram jadi halal dan hukum yang lain main pakai bantai saja .
Projek tak boleh beri kroni atau keluarga sebaliknya dibuat tender terbuka , tetapi kerana berkenhendak sangat di berikan cadangan untuk kroni , atas alasan mereka berniaga tulin .
Kemudian , peruntukan yang tidak layak , dilayakkan kerana bila lagi nak tolong saudara atau kroni kalau tak sekarang , nanti bila dah tak berkuasa , tak ada peluang lah .
Harap- harap semua wakil rakyat terutamanya yang ada titile haji , tak macam tu , semuanya warak dan tahu hukum agama .
Paling tidak pun tahu balasan Tuhan diakhirat nanti , nanti jika keterlaluan sangat didunia lagi dah dibalas Tuhan .
Masa tu , jangan salahkah ibu mengandung .
PP - tahu mana haji tulin dan haji politik .
No comments:
Post a Comment