LANGAU-langau dalam umno bahagian nampaknya telah menguasai keputusan persidangan lalu dimana sebahagian besar darinya terdiri dari kalangan mereka yang berkepentingan untuk mendapatkan projek dari ketua bahagian .
80 peratus adalah kontraktor terutamanya kontraktor kelas F yang memang bergantung harap kepada kerja-kerja di peringkat daerah dimana wakil rakyat termasuk ketua bahagian ada sadikit sebanyak kuasa .
Sebelum ini sudah ada gelaran wakil rakyat 10 persen diberikan dan tidak mustahil salepas ini bukan sekadar 10 persen malahan mungkin lebih dari itu jika peranan yang dimainkan oleh wakil rakyat lebih besar dan bernilai .
Mail adalah exco kerja raya , exco yang menjaga projek pembangunan dan samaada Mail hendak mengagihkannya kepada barisan ajknya adalah perkara lain , yang penting Mail memang mempunyai kuasa dan budibicara dalam perkara itu .
Sekadar menyebut beberapa nama saperti ami selebet,ami cair,mail barliar,mizan,nibong,jimi,s leza malahan kamil juga adalah mereka yang berniaga dan memerlukan sokongan kuat dalam perniagaan .
Rasanya , Umno bahagian macam dah jadi syarikat sendirian berhad dimana semua ajknya adalah mereka yang mempunyai ekses yang baik kepada projek-projek yang ada didaerah ini .
Mungkin jimi,chaah,cikgu shaharudin,abu samah dan kamil yang kurang bermain di KP tetapi yang lainnya memang mengharapkan projek-projek yang ada didaerah ini .
Mail barliar khabarnya dah ada bangunan 3 tingkat di Gentam tapi samaada ianya milik mail atau orang lain , tak siapa yang tahu walaupun ramai yang mengagak bahawa brothter pasti ada saham didalamnya .
Kumpulan kontraktor ini jika tidak dijaga , diberi makan dan disuapkan nasi kemulut mereka oleh Mail dan wakil rakyat lain , pasti akan menjadi polong yang bukan sahaja boleh mengancam mail malahan Umno itu sendiri .
Mahu kah Mail melihat Umno KP hancur kerana gagal menyuapkan nasi kemulut ajknya yang menjadi kontraktor ? .
Tentunya tidak dan mail perlu belajar untuk berkata tidak kepada ajknya jika beliau diminta membantu atau menolong mahupun mencadangkan ajk beliau apa-apa projek yang mungkin ada kaitan dengan Mail .
PP - Mail kena ingat SPRM telah mula berkuatkuasa
4 comments:
Ha ha, gua dah cakap lu, JUALKAN SAJA UMNO ITU, majoriti 99% AJK Bahagian adalah kontraktor dan haprak tentang perjuangan. Kulit saja melaungkan PERJUANGAN MELAYU dan ISLAM, tapi dalam hati busuk lagi membusukkan, masing-masing pentingkan perut sendiri. Ada tu konon nak perjuangkan Melayu, tapi mata merah jugaaak, berdengggunggg. Semuanya pepura belaka. JOM TINGGALKAN UMNO dan jadikan ia sebuah kenangan.
Tahun 80an dulu Umno Pilah dah hebat dan berani menonjolkan pemimpin2 bhg yang berpelajaran tinggi. Sobut yo sapo. Dr Ramli, Dr Nordin Selat, Ts Abu Zahar, Nafsiah, ramai lai..termasuk guru2 yg ado class. Tp skrg dah dokek 2020, Umno Pilah makin mengondo ke belakang.
Para kontraktor F dah jd tulang belakang parti. Apo yg dio org nak pejuangkan utk agama bangso negaro kek pilah tu..Ini sumo kehondak Hj Mail Ketuo Bhg yg paling domut dlm sejarah tapi dlm maso yg samo jd ketuo bhg yg paling kuek dlm sejarah pilah. Syabaslah hj mail. Kalau di Jempol dulu dio kono bodoh2an dek org Jempol tp di Pilah ni Hj Mailm yg dapek bodoh2an org Pilah. makno eh org Jempol lai handa dr org Pilah.Kek Jempol jd singkek sampai pilah jadi rajo..hi...hik..hik. PILAH BODOH PILAH BODOH...!
Ya, mari kita pakat2 buat parti baru. Minta PP jadi pemimpin, saya sokong sebab dia ada idea yang hebat2. Hidup PP.
Biasolah tu ..........
Ingat tak ayam sabung kolo pilah zaman napsiah....... roslan darus dah kayo rayo dah..... kau apo ado?? dah jadi dato pulak....
Skang kau tengok lah ayam sabung rantau, rosli nordin (kontraktor kelas f ) dah kayo rayo pasal jadi balaci Tuk Gani adik Mat Hasan....
Kau apo ado ???
Aboi anak Tuk Azman abang mat hassan dapek buek jalan bukit putus
dah kayo rayo... apo na kelulusan tuk azman setakat asal kerani estate tapi terror dia kan.
Yang paling ponting kau apo ado???
Post a Comment