Pemilihan bahagian dah selesai , yang menang dah tau dan yang kalah juga dah paham maksud kekalahan .
Perwakilan yang digilai siang malam , dah pun ditinggalkan , begitu lah pemilihan dalam Umno dan tiga tahun lagi tetapi biasanya 4 tahun , akan ada lagi kisah yang sama .
Tapi banyak pulak yang marah-marah . Mail tak kena lawan marah , Brother tarik diri marah , Razi Kail dan Samat menang , marah dan Ruslan Yusof menang pun marah .
Apa kena ni geng , sedialah terima keputusan , duit yang keluar dah habis , undi yang diminta dah dapat dan kalau kalah juga , siapa yang patut dimarahkan , tak kan nak marahkan Tuhan kot ?
Ada satu brother tu hina lah PP kerana katanya PP tak buat homework . Biarkan lah , tak kan sama kepala PP dan kepala dia , dia pun tulis macam tak ada fikiran kerana PP ni bukan setakat tinggal dan beranak di Pilah tetapi pernah ikut dalam Umno KP .
Yang tak bertolo tu pemuda bahagian bawah Adnan , tetapi mohon jugalah undi KJ . Banyak yang tak suka KJ kenapa , adakah kerana dia anak Negori , kalau macam tu , pergi balik main politik di Kedah sana , kalau boleh di Jerlun sekali , depa pandang tak .
Decka saorang pemimpin kecil yang rajin , dia kesana kemari mohon undi , dapatlah dia undi dan menang yang nak pertikaikan kenapa ? . Biarlah itu jawatan seciput saja , pemeriksa kira-kira .
Permintaan untuk PP siasat Mail Barliar , itu bukan kerja PP itu kerja perisik takut terangkat kain PP nanti . Tapi kalau PP ada maklumat sahih PP akan berikan pandangan . Mail pun dah ,menang AJK bahagian , ada can nak jadi YB tu .
PP tak kira , komen lah apo saja , akan PP siarkan kerana itu komen anda dan anda yang bertanggung jawab , jadi biarkan sahaja lah , walaupun begitu , terima kasih .
Yang penting , budaya duit dalam Umno KP sudah menampakkan kejayaan , bawaklah banyak mano wang tapi kalau perwakilan tak undi , kalah lah .
Yang kurang duit , boleh mula dari sekarang kempen kerana perwakilan sekarang sudah bijak , ada duit di kebas ada undi di balas , ada kewibawaan dapat ke atas .
PP - sedih juga kena berakakan ..
2 comments:
Syabas..bro!!! Gua tabek sama lu. Blog lu banyak fokus lintang pukangnya ahli2 UMNO untuk menempatkan diri dengan harapan akan mendapat habuan yg lebih besar. Maka jadilah UMNO sebuah parti yg boleh dijual beli dengan duit. Hilang jati diri dan perjuangan untuk ugama dan bangsa. Umno telah mula jadi bahan lawak oleh anak bangsa Malaysia, samada anak Melayu, Cina atau India. Mana perginya ahli2 UMNO yg bijak pandai dan berprinsip dan ingin berbakti untuk Kuala Pilah. PP pun mungkin tahu, yg ramai cuba melobi untuk menjadi AJK UMNO Bahagian KP, boleh di pertikaikan ilmunya dan kebijaksanaan mentadbir. Gua setuju dgn PP, kalau inilah gaya dan corak UMNO menyusun agenda, PRU 13 mungkin seperti bacang. Cantik di luar, tapi penoh berulat di dalam dan tak dapat di makan. Anak Melayu akan bertambah daif dan tidak dapat lagi bergantung harapan kepada UMNO. Pakatan Rakyat sudah semakin matang. dan kini telah mula memberi khidmat masyarakat walau tidak dapat peruntukan. Meraka sanggup mengumpul dana sendiri hasil dari gaji sendiri dan membantu setakat yg termampu. Masyarakat telah mula menilai akan khidmat membantu dan terasa ada keikhlasan. Tapi ahli2 UMNO KP leka dgn agenda sendiri dan berantakan sesama sendiri macam anau dln belukar. Yg bijak pandai telah mula menyisihkan dan menjauhkan diri dari perjuangan UMNO. Gua doakan PP jgn terperangkap dgn agenda UMNO yg semakin lari dari perjuangan.
gua sokong GUA64, wa tabik luuuu, wa balu bincang sama yang bertanding dulu, kalau tak ada 30 libu, 40 libu jangan halap mau minang, setakat pemeriksa kila-kila bole laaa
Post a Comment