Tuesday, November 11, 2008

ANTARA BACANG DAN LANGAU

BACANG , satu istilah yang mungkin PP dah lupa kerana asyik teringatkan duit kerana sebelum ini istilah yang biasa PP pakai ialah langau , ada tahi ada lah dia .

Paling jahat langau hijau , seminit saja hinggap , selunggok telur dilepaskannya , dan petangnya terus menetas , berulat-ulatlah .

Jijik betul , bukan pada langau saja tapi pada tahi dan orang yang berak disitu .

Itu lah bidalan Umno sekarang , banyak yang cuba berak dan langau-langau yang menghurungi makin bertambah dari masa ke semasa.

Maka banyak lah ulat tahi disekitarnya .

Siapa lagi calun AJK bahagian dan AJK bahagian itu sendiri .

Yang jadi tahinya ialah duit dan yang berak kan itu ialah pemimpinnya .

Peliknya PP pun ahli Umno cuma geli nak pegang jawatan , banyak sangat tahinya .

Bacang pula bukan setakat berulat didalam tetapi juga apabila terkena getah dimulut , terus berkudis , bukan senang nak hilangkan , kena pakai getah pokok jarak .

Kalau tak , macam tu juga lah mulut , berselaput dengan kudis .

Siapa dia bacang-bacang ni , cari sendiri di parlimen kedai kopi , banyak berkumpul watak bacang ni , Azmu Ujang pun salah saaorang dari nya .

Yang lain , bacalah tulisan PP sebelumnya .



PP - akan aktif dalam Umno jika langau dan bacang tak ada , mungkin kah ?

5 comments:

Anonymous said...

akum PP. buek apo begelumang dengan taik, jauh ann, parah bona umno ni dah, sumo eh engkoh an duit, masuk poket sendiri, masalah bangso jadi mainan joh, apo di buek eh kek umno pilah, kodai eko makin banyak, yangh banyak masuk oghang kito, ontah kok orang-orang umno pun samo masuk yoh? kemaghin, maso ami selebet betanding, wah bukan main, cogan kato eh kita berjuang untok agamo, tapi mato eh merah joh, eee budak tuh !!

GUA64 said...

Bro PP.... Dari awal hingga kini, tulisan PP berkisar bencinya budaya UMNO masa kini. Bertaburan duit rasuah, berkeliaran Langau, betapa busuknya taik2 hurungan langau. Betapa putihnya mata dan kecewanya jiwa2 yg ingin cuba2 menempatkan diri sebagai AJK UMNO, tewas hanya berbekalkan keikhlasan dan keilmuan. UMNO sekarang bukan lagi gudang bagi orang2 yg ikhlas dan berilmu untuk berkhidmat. Semuanya ini sudah tamat dan yg tinggal hanya cerita2 lama kepayahan perjuangan dulu2. PP nak tunggu apa lagi UMNO ini? Tabiat UMNO ini sudah menjadi nadi dan akan sentiasa berdenyut tanpa henti dgn rasuah, sombong bongkaknya. Jangan bazirkan keikhlasan dan keilmuan PP hanya menunggu pulihnya UMNO. Sudah mustahil. Berhijrah lah kalau PP rasa ada keberanian.

PP said...

Terima kasih atas pandangan itu . PP tengaha fikirkan , kalau Umno merudum lagi dalam PRU ke 13 , PP salah saorang yang akana menaja penubuhan cawangan pareti baru kek KP .
Sama-sama lah kita jadi ahli eh , jangan jadi macam Dr Anuar Nor Arai , pengkritik filem tanah air orang Batu 1 , Jalan Tampin atau Kg Tebat Kering yang hanya pandai kritik , tapi buat filem , hampeh .

Sorry , I rasa malu pulak hina rakan ni ... he,he,he ...

Anonymous said...

jom kita bersama-sama berpolitik cara baru, melangkah alaf baru dengan PARTI BARU.

mamah said...

aYUH pp, JANGAN TUNGGU KAPAL KARAM, BARU NAK LONCAT, sekarangggg,