Saturday, November 29, 2008

KOMEN BUKAN ROMEN

BUKAN tujuan PP nak berbahas satu-satu isu melalui blog , apa lagi nak menegak kan benang basah tetapi PP terusik juga dengan komen yang kadang kala menjolok PP sendiri , tapi tak apalah , adat orang beri komen , bukan semuanya sokong , ada juga yang menentang , kalau semua sokong itu memuji namanya bukan komen .

Sesuai dengan baju merah putih yang PP pakai , bukan pulak PP nak lingkupkan parti merah putih ni , tetapi sekadar memperingatkan supaya tak ruyup , nanti kalau dah ruyup , jangan kata tak pernah beritahu .

Pembangkang pun penting , jangan pulak dinafikan hak mereka , kalau semuanya kaki sokong macam burung belatuk , parah kerana tiada yang nak buat teguran jika berlaku kesilapan .

YB kita buat kerja , betullah , tapi kerja macam mana yang kita hendak , kerja untuk pengundi dikawasannya bukan tembolok sendiri , bila Shahril kata harga minyak naik , dia pun sokong tanpa memberitahu bahawa rakyat sedang teruk mengalami kesusahan kerana kenaikan tersebut .

Setakat datang lawat masa kenduri , bersunat budak atau paling alim pun menziarahi kematian , budak darjah lima pun boleh buat , itu kerja biasa tetapi kerja sebagai YB bukan setakat itu sahaja , kita hendak juga dengar YB kita bercakap di dewan membela rakyat .

Satu yang PP kesalkan YB kita ni , hanya dua yang duduk kat KP , yang lain semuanya di Seremban .

Fikirlah cara mana dan bagaimana supaya boleh duduk dari pagi sampai malam dan sampai pagi di KP , kata ada rumah saudara dan emak bapak , tinggallah disitu secara berjadual .

Kadang kala PP terpuji juga Muhi kerana sesekali tu , merasa juga orang KP air teh tariknya di kedai Ameng kat Parit , brother jangan haraplah .

Walaupun begitu PP sentiasa mengalu-ngalukan komen pembaca dan akan menyiarkannya biar pun yang diserang itu PP sendiri .

PP tak akan simpan komen yang diterima dalam kain PP kerana nak buat apa , sekadar nak menghilangkan rasa gatal aje , jadi baik semua baca .

Terima kasih lah .


PP - boring kerana parlimen sebelah Umno bahagian dah tak rancak lagi .

2 comments:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

melayu ni tuan rumah tapi orang lain yang kutip sewa... tuan rumah kena tipu dan kena buli... terus papa kedana. ataupun sebagai tuan kebun getah dimana kuli yang toreh kaya raya sebab tuan kebun tak tahu apa yang ku li dia buat. maknanya tuan tak smart lah.

melayu ni asal yunan betul tetapi bercampur dengan orang asli melayu proto dan melayu negrito. tengoklah biologi kita dan perangai kita yang susah nak faham macam orang asli kan?

orang melayu ni tak nak jadi tuan tapi sanggup jilat dap. tak mau deb sebab liberalisasi dan reformasi. tak mau bahsa melayu sebab global. tak ngaku melayu dan tak bantu atau sokong bangsanya sendiri sebab kononnya perpaduan. itulah melayu yang kayakan orang lain dan tak sokong kedai bangsanya.tak sokong bos melayu tapi sanggup mati kerana taukeh cina atau india.pas pulak nak buat islam dengan dap. ketuanan rakyat tu... belum tentu melayu jadi tuan... macam singapura lah tu.

itulah melayu yang pelik dan ajaib perangainya... tak pernah bersatu dan sokong melayu sendiri... gilakan psikologi kita... devian namanya dalam psikologi. jiwa hamba atau tiada keyakinan diri. melayu kaya dan pandai dah jadi mat salleh dan tak ngaku melayu dah.. cakap, makan dan hidup cara mat salleh.

pelik melayu ni.

November 29, 2008 4:46 AM

Anonymous said...

Saudara PP.. Kami amat simpati terhadap beberapa komen di ruangan ini yg terang2 cukup menghina saudara dgn perkataan yg sama sekali tidak melambangkan sifat persaudaraan. Kami kira, ianya adalah rakan2 UMNO yg tidak puas akan artikel2 PP yg memberi pandangan akan kelemahan pimpinan dan penyokong2 UMNO bahagian KP dalam metadbir urus Kuala Pilah. Sudah hilang kesopanan mereka dlm memberi hujah. Begitukah orang2 UMNO sekarang ini? Demi mebodek, perlukah diaibkan rakan2 seperjuangan? Tidak ada lagikah perkataan yg lebih beradab dlm menegur pandangan? Nampaknya UMNO sememangnya tidak lagi mengizinkan keterbukaan pendapat. Cukup berbeza dengan pimpinan PR seperti yg sempat kami hadhir kongres PKR 2008 tempohari. Perwakilan dan pemerhati termasuk para pimpinan menegur tingkah laku dan tersalah pandang, urus tadbir oleh wakil rakyat mereka. Malah yg di tegur pula mengalu2kan kritikan membina secara berterusan. Pengagihan kek negeri dan negara harus sama2 dinikmati secara berhemah dan sering bantu membantu walau dlm suasana ekonomi yg cukup krtikal. Jauh dari agenda untuk membolot kekayaan negeri maupun negara. Malang wakil rakyat UMNO dan penyokongnya, hanya sekadar menjadi wakil rakyat parti sahaja jauh sekali menjadi wakil rakyat yg marhaen. Syabas PP teruskan dengan keberanian sebagai rakyat yg memahami hak2 berladaskan perlembagaan negara. Doa kami agar suatu hari nanti dapat bersama2 dlm satu pakatan membentuk agenda rakyat.Sesungguhnya UMNO sekarang tidak lagi mengerti apa lagi menghayati erti amanah dan perjuangan dalam kancah politik negara masa kini.@ BRO LUV @