BILA dah jadi ketua cawangan ,ketua kampung mahupun ketua bahagian , mula lah bentuk kroni sendiri , semuanya ahli keluarga dari adik beradik,emak bapak , saudara mara , cucu cicit sahingga yang bau bacang pun , dikaut sekali juga .
Apa sahaja projek , projek pembangunan , jalan , bekalan api dan air , PPRT , bantuan kerajaan termasuk projek kambing , ayam itek dan sebagainya semuanya diberikan kepada saudara sendiri .
Di bahagian Jempol , di kampung Kuala Jempol bersempadan dengan Terusan , ada saorang ketua cawangan yang mengamalkan tebiat yang sama .
Kalau darahnya sama dengan darah ketua cawangan yang bergelar ustaz itu , mudah segala-galanya samapaikan kalau tak layak pun jadi layak tapi jika darahnya hitam ke , hijau ke atau merah yang tak sama dengan darah ustaz tersebut , jangan haraplah .
Dikatakan pernah ketua bahagian Datuk Lilah beri bas untuk bawa rombongan ahli umno cawangan itu ke Kelantan , dan yang dibawanya habis sanak saudara , menantu dan cucu cicitnya dibawa ke Kelantan .
Orang lain sekerat dua saja , ini lah perangai ustaz sorang ni dan dibantu oleh ketua kampung nya yang sentiasa bersengkongkol dengan ustaz yang tamak haloba itu .
Nak kata tak ada ilmu agama , bekas ustaz sekolah , jadi ajk bahagian lagi , tapi uztaz ini sama saja perangainya dengan ustaz Zubir di Kopilah , yang sentiasa nak membesarkan tombolok sendiri sahaja .
Datuk Lilah kena tenguk ustaz sorang ni kerana rakyat dah muak sangat dengannya dan jangan haraplah Bahau dapat semula dalam tangan BN .
Biarlah Dap dari BN yang korup , kata mereka .
Tak guna uztaz sorang tu kokok berderai , macam gagah , kalau umno di tempatnya , jangankan berkokok , berdecit pun tak boleh .
PP - cuba teka siapa ustaz sorang tu
4 comments:
Asalamualaikum w.b.t., Semoga pembaca dan pp mendapat rahmat dan hidayat dari Allah s.w.t. serta selawat dan salam kepada junjungan besar nabi muhammad s.a.w. Saya telah lama mengikuti blog ini cuma saya pelik dan hairan bin ajaib sama ada dari pp atau dari komentar tak de sorang pun yang berani menibai ABU SAMAH, AMI CAIR, TAJUDIN, SYAMSUL ADIL,SULI DUBAI,ANAK HASAN MALIK,IYA PELANGAI,ABANG DELL,NUAR ULU BENDUL,KUTANG,ZAKI SERTA BEBERAPA NAMA LAGI. Atau pun mereka ini sebenarnya menjadi dalang kepada blog ini tau pun dalang kepada komentar. Allah lebih mengetahui.Akhirat nanti tau gak cuma masa yang menentukan.
Tolong jangan buat tuduhan . PP tidak dibayar sesiapa , kalau makan cili dia terasa pedasnya .
Sapa PP nak komen , itu hak PP , jangan pula bila mengutuk baru betul dan memuji salah .
Semua nama tu PP kenal , dan PP ada KPI sendiri .
Kalau rajin baca terutamanya kisah lama , tentu ada baca komen tentang mereka .
Jangan sekali baca , terus tuduh , salah tu .
Apa pun , terima kasih .
MBNS contoh terbaik seperti tulisan anda. Cuba tanya siapa Ketua Puteri UMNO Rembau, Naib Pemuda Rembau dan Ketua Wanita Rembau? Jangan kuman diseberang nampak tapi gajah di depan mata tak nampak. Analisis anda banyak mengikut nafsu dan bukannya mengikut rasional.
Salam
Mohon sahabat mengumpul maklumat & mengupas suatu isu dalam UMNO Cawangan Taman Bahagia Delima apabila Ketua UMNO Cawangan yang telah terlalu lama memimpin hingga lebih berbelas tahun membelot semua jawatan yang ada.
Ketua Cawangan merangkap Ketua Kampung. Ketua Rukun Tetangga dan Pengerusi JKKK.
Situasi ini akhirnya membuat ahli2 UMNO dalam cawangan tidak berminat lagi dalam perjuangan di cawangan memandangkan ramai juga ahli ialah mereka yang berpelajaran dan bercampur dengan masyarakat dalam urusan pekerjaan harian. Ahli UMNO tidak bertambah, mesyuarat semakin sukar mencukupi kourum hingga terpaksa memanggil2 dan menjemput di rumah.
Beliau sebagai orang lama yang berjuang dari zaman Tan Sri Abu zahar seorang yang begitu licik permainan politik sehinggakan tiada siapa mampu melawannya. Apa yang hebatnya, Ketua Cawangan ini mempunyai 1 team yang setia dan takut dengannya, hanya menurut setiap keputusan dan arahanya. Rasanya orang ini lebih hebat dari Pak LAH.
Kemahiran terhebat beliau ialah memutarbelitkan apa jua masalah, peruntukan diberi dan lebih2 lagi membodek YB Adnan dan Dato Hassan Malek.
Isterinya Ketua Wanita Cawangan dan Nasib baik Ketua Pemuda Cawangan dapat kat keluarga lain tidak kepada anak lelakinya.
Jawatan Ketua kampung beliau sembunyi dan senyapkan kerana takut orang bising. Setakat ini Ketua Kampung yang masih diguna ialah orang lama kerana kontrak ada hingga hujung tahun walhal beliau telah pun dilantik mulai tahun depan dan memaklumkan pada teman2 rapat beliau adalah Ketua Kampung yang baru.
Tuan kenal siapa orang lama ini. Seorang bekas guru besar.
Post a Comment