DALAM sebuah negeri , di negeri antah borantah , ada saorang pemimpinnya di gelar KING kerana sangat berkuasa kepada salah saorang pemimpin utama di negeri itu .
Biar pun king ini bermain di belakang tabir , tetapi kuasanya sangat besar malahan lebih besar dari pemimpin yang berdiri didepannya .
Segala keputusan pemimpin itu dibuat oleh king dan apa sahaja kata king adalah satu sabda yang tidak mungkin dapat diubah biarpun oleh pemimpin didepannya .
Maka jadilah king saorang yang amat berpengaruh dan ditakuti , lebih takut kepada king daripada pemimpin besar di negeri antah berantah itu .
King buat keputusan tentang partinya , king juga buat keputusan tentang kedudukan negerinya malahan king juga lah yang diberitakan memberikan kata pemutus jika berharapkan projek .
Jika king kata , OK , maka pemimpin besar didepannya pun OK juga , jika tidak , tidaklah kata pemimpin besar itu .
Pengaruh king tidak setakat itu , semua hendak dikontrolnya sahinggakan pemilihan jawatankuasa bahagian dia pun king nak mencatur .
Silap besar pemimpin didepannya kerana ikut sahaja kata king tetapi nak buat macam mana , king berkuasa dan king juga mempunyai pertalian darah dengan penguasa tersebut .
Malangnya , segagah-gagah king , wilayah lain di Serambang , Aljempoly , Pey Dey , Jelobak dan Tampang tak dapat dikuasainya .
Tinggal wilayah Rambawi, Rusah dan Kopilah aje yang berada dalam tengkuk king , jadi king ini macam tak king lah .
Kuek di mato tapi tak berkuasa cuma kerana king berdiri di belakang penguasa , maka king pun kuek lah .
PP tak tahu apa-apa , kerana cerita ini diceritakan kawan PP kepada PP , maka PP pun pekak dan bisu lah .
PP - entah sapo king ini .
1 comment:
PP,King dalam UMNO NS!perkara yang dah lama diguna oleh Sahak Ismail dan sekutunya. Tujuannya untuk menjatuhkan Mat Hasan.Orang UMNO yg anti Mat Hasan, penyokong kuat Mat Isa, orang2 yg tak dapat kemewahan dari Mat Hasan melompat-lompat riang membunuh Mat Hasan. Pembangkang untung dan 15 kerusi mereka ambik. Saya tak tengok PP dan sekutu-sekutu PP tanya dan timbulkan peranan Kit Siang terhadap Guan Eng, Peranan Karpal terhadap Geobind, peranan Anwar terhadap Wan Azizah dan Nurul Izah. PP ini terikut2 dengan pendekatan untuk menghapuskan peranan orang Melayu di Malaya ini.Ingat PP, cara membunuh pemimpin Melayu cara ini memang berkesan dan boleh berjaya. Tengok Pak Lah dgn KJ, dimusnahkan watak mereka.Tak lama lagi Najib akan dimusnahkan melalui Rosmah dan Nazir. Bravo PP, kamu akan berjaya memusnah Melayu.
Post a Comment