BERBICARA tentang tokoh dalam Umno KP memang tak ada habisnya , ada saja yang tak betul walaupun memang ada yang betul , tetapi kerana kadang kala hati dah terusik , yang betul pun kata tak betul .
PP sedaya yang boleh tak akan bersifat sebegitu , yang baik , PP kata baik , yang hampas kena lah kata hampas , jika tidak nanti PP dikatakan penulis upahan , macam politik wang .
YB-YB kita baik Brother , Mail , Sulan , Razi , Samad atau Anan , OK belaka , mereka ini buat begitu kerana ada jawatan dalam parti dan kerajaan .
Kerja kena buat kalau tak , jangan harap dapat jadi YB lagi , sudah kerja lah katakan tetapi dulu mereka pun macam mana apak , atan wahab , ahmad bakar waima am atau muhi , macam itu juga lah YB kita ni .
Nak kata mereka ni baik sangat tak lah , PP kenal dengan kesemua YB ini malahan pernah sama-sama bertanding , satu regu , PP tahu benarlah perangai mereka .
Tapi sudah dikira baik kerana masa jadi YB tunaikan tanggungjawab , datang masa kematian , kenduri kawin atau sunat anak , majlis PIBG , cukur jambul dan sebagainya .
Ada YB tu , lansung tajk nampak muka biarpun dah menang dan dah dapat elaun YB .
Macam apak dan ahmad bakar , mana pernah dipilih perwakilan , kalau ada sekali tu masa sama-sama bertanding nak jatuhkan Abu Zahar , tepas tu ruyup terus , kalau bercakap ngalahankan menteri , semua dia tahu tetapi kelakuan , tak senonoh lansung , asyik ke Medan Indonesia .
Atan wahab lagi teruk , masa kempen tahun 2000 , gear kereta pula rosak , terpaksa gantikan kalau tak tak dapat undi , kemudian cip , buat syarikat pertanian , tanam sayur , pinjam dengan agro bank , entah bagaimana lah pinjaman tu sekarang .
Jimmy lagi teruk , sampai ada skandal dengan yati , napis pula hebat kerana dapat banyak projek tapi bila projek kurang , mulalah marahkan YB macam zaki Jemapoh , buat rumah hampir sejuta , semua tu duit mana datangnya tak tahu lah .
Azmy selebet lagi teruk , tipu dan janji yang bukan-bukan , akhirnya dimainkan yahya pilus , hampir lingkup masa persidangan yang lalu , kalau tak tak ada lah lagi azmy selebet dalam Umno KP .
Lepas tak jadi YB nanti , tenguklah apa YB ini akan buat , datang lagi ke kenduri kahwin , anak bersunat atau orang mati .
Mana perginya Zainal Mokhtar dan Hishamudin Kadir , dah ruyup entah kemana apabila tak jadi YB biarpun masih makan duit pencen YB .
Jadi jangan hairan sangat kalau YB tu datang ke tempat tersebut , sudah tugas dan ada habuannya , jadi tak perlulah puji panjang .
Yang tentunya brother paling kemut , gengam tak tiris walaupun dah berjawatan nak rasa air teh tarik secawan pun , sampai sekarang PP terkulat-kulat .
PP - masih sayang lagi Umno
2 comments:
Woi.. PP, kau ni kekadang kau ni bangang gak kan, memang btul lah dia kena pegi rmah org kenduri ke,rmah org mati ke,rmh org kemalangan ke, masa dio org jd yb ni,itu dah jd tgjawab & org memang harap yb2 tu dtg. bila dia org dah tak jd yb lg sok suka ati dia org lah nak pegi ke tidak. srupa lah macam org makan gaji,kalau dah pencen tak kan nak dtg opis tiap2 hari lg.ngok..
PP,YB2 di KP ni semuanya buat kerja. Tak ada yang bermain-main dengan jawatan mereka. Memanglah, bila dah berhenti tak sesuailah turun sama seperti jadi YB dulu. Mereka dah pencen, orang pencen ni biarlah dia habiskan masa mereka sendirian.PP kalu dah pencen besok janganlah datang pejabat lagi, nanti hilang akal plak orang cakap.Yang pentingnya YB2 semasa.YB2 UMNO ni senang ditemui, baik masa susah rakyat dan masa senang rakyat. Ingat PP, YB2 UMNO Pilah ni taklah macam YB pembangkang habiskan masa di Padang Golf. Hairannya PP tak plak war-warkan perkara ni!
Post a Comment