Wednesday, November 19, 2008

PEMBANGKANG TAK KUAT

Parti Pembangkang macam PKR , DAP mahu pun PAS jangan lah ego sangat bila menang besar dalam PRU lalu kerana kemenangan mereka bukan kerana mereka kuat tetapi kerana Umno lemah .

Bila dah tak ada tenaga dan organ didalam dah mula nak reput , tolak kek budak kecik pun boleh tumbang begitu lah Umno sekarang .

Jika penyakit Umno pulih sebelum PRU ke 13 nanti , siap lah pembangkang kerana Umno memang sudah terbiasa kuat salepas kalah kerana mereka biasanya sedar salepas terantuk .

Lain lah kalau tak sedar-sedar jua , alamatnya nak terkuburlah Umno .

Culun PKR atau Pas di KP pada masa PRU lepas adalah calun yang kurang berkualiti dan tak dikenali ramai .

Calun Pas di Johol duduk ke Seremban , begitu juga PKR Dun Pilah , kebanyakannya calun payung terjun , kalau ada pun calun tempatan , kurang menyerlah pulak .

Bukan mudah nak menang tetapi bukan pula susah nak kalah , kalau kena gayanya , DUN Pilah , Juasseh dan Senaling , ada can dapat kerusi .

Tinggal lagi , rajin lah buat kerja , tengah Umno lemah ini lah kita mesti kerja kuat , jika tidak kempunan lah .

PP buat masa ini masih lagi ahli Umno , susah nak tanggalkan baju merah putih biarpun kadang kala undi PP di berikan kepada warna lain .

Pecacai pembangkang yang macam semut tu tolakkan lah ketepi , war-war kan calun mulai sekarang dan mulalah dekati pengundi , Insya-Allah , boleh menang , tak dapat 5 atau 6 kerusi , dapat satu dulu jadilah .



PP - benci tapi rindu

4 comments:

Anonymous said...

PP dan Orang2 UMNO Kuala Pilah, tolong jawab. Mana perginya Jimmy, KK, Cip,Karim,Napis,Atan Wahab,Apak,Ghafar Rashid,Ahmad Bakar dll yang membenci wakil-wakil rakyat BN di KP dan berjaja mendakwa YB2 tak turun kawasan? Tadi ada perempuan tua meninggal dunia di DUN Senaling,bukan sahaja mereka tidak nampak batang hidung, bau busuk mereka pun tak ada,jangankan wang ringgit mereka, adakah kerana yang mati ni bukan perwakilan, adakah yang mati ni diluar musim pemilihan bahagian,atau yang mati ni tidak beri undi kepada mereka? Ingat PP semasa kempen pemilihan dulu, ada orang mati, KK,Napis, Atan Wahab,Jimmy, Cip,Karim dan Apak akan duduk dalam kubur orang yag mati tu. Kalau ada pulak kenduri kahwin, ini lah muka-muka yang ringan tangan dan banyak wang menaburkan kekayaan kepada tuan rumah. Sambil tu Napis, Atan Wahab,Apak dll akan menjerit2 bertanya mana YB2.Itu masa kempen PP.Sekarang, YB2 jelah yang datang ziarah, busuk2 Mail Baria datang jugak dia.PP, orang2 yang tersebut di atas, musim pemilihan 2009 nanti akan datang balik. Sekarang mereka sedang mencarak duit calon2 MKT pulak. Inilah babi2 yang merosakkan UMNO, bukan YB2. Dato Mail, Dato' Sulan, Adnan,Samad dan Razi pasti ada masa sakit pening orang.Tak kira masa pemilihan atau tidak.Sepekara lagi PP cuba tgk masa Pilihanraya, mana perginya binatang2 politik ni? Kerjanya memburuk-burukan calon BN, tak caya tanya, cikgu hamdan, tanya Tuk Hasan,tanya Abang Mokhtar, tanya ketua2 peti undi diseluruh KP.Jadi PP, babi2 politik ni eloklah didedahkan sikap kebinatangan mereka kepada ahli-ahli UMNO lain.

Anonymous said...

PP... ini bukanlah persoalan UMNO lemah atau PR kuat. ini bukannya juga persolan ego atau kempunan. Ini persolan ertikata dan kefahaman politik itu tidak pernah lagi di hayati. Ini persoalan memegang sesuatu amanah apabila di berikan mandat untuk mencorak dan mentadbir. Ini bukan juga persolan siapa kuat, siapa lemah. Ini juga bukan persolan siapa yg dapat banyak duit dari melobi dan membodek. Tapi, politik perlu di bina dengan roh keilmuan dengan semangat kejujuran untuk membina sesuatu sistem yg mencana pencambahan intelektual bersama2 menegakan keselesaan rakyat dan Negara. Menghormati perbezaan pandangan dengan keterbukaan secara berhemah tanpa sekumit dendam. Jangan di jual maruah diri dan negara untuk hidup seperti anau dalam belukar. Tahniah PP akan penyerahan diri PP sendiri secara jujur walau pun keliru dengan pakaian baju lama yg telah mula hilang makna. Jangan di biarkan diri terlalu lama dgn UMNO sedangkan PP sendiri tahu permainan kotor dan jijik terdedah di depan mata. UMNO masih jadi rebutan kerana sering disajikan dengan upahan walau pun PP sendiri tahu perbuatan ini mendedahkan sesuatu kehancuran bangsa dan negara. Hilangnya sesuatu tamandun kalau masih berkiblatkan pecah amanah dengan melanggar janji2 Allah. Moga PP dapat bersama2 suatu hari nanti untuk meletakan martabat insan dan kemerlangan negara. Insyaallah.

PP said...

PP setuju pandangan diatas , berikan sadikit masa PP akan buat komen kemudian .

Terima kasih .

Anonymous said...

Salam. Manuasia yg beriman dn takut pd Allah SWT tdk akn mengelar saudara seagamanya dgn gelaran menghina apatah lagi dgn gelaran binatang spt BABI,BINATANG...,Astaghfirullah nampak sgt sdr di kuasai nafsu dan bertuhan kan syaitan dan iblis. Istighfarlah byk2 sdr. Ingt Allah byk2.Taubat.Entah esok lusa sdr mati x sempat mintak maaf dr mereka semua bagaimana sdr nk jwp soalan kubur 'siapa saudara kamu'.Renunglah di tengah2 malam ketika berseorangan dgn Allah.Muhasabah lah dosa kita bukannya menyalahkan org lain dn mengelar mereka babi dn binatang.Sdr terlampau mengikut nafsu.kalau mcm ini UMNO akn hancur krn adanya org mcm sdr yg tidak beriman dn suka mengelar mrk dgn gelaran babi krn Allah maha pengasih dan penyayang tidak suka kpd mereka yg suka mengelar sesama sendiri.saudara hidup tidak ada kasih sayang dalam diri sdr.Ya allah ampun kan dosa sdr ku yg mengatakan saudaranya sendiri dgn gelaran babi.jgn lah ya allah kau humbankan dia kedalam neraka mu,Amin ya allah.