KOYOK betul Datuk Yunus Rahmat bila dia nak mencabar Datuk Rais dulu , macam tak ada peluang lansung Rais nak menang tetapi akhirnya yang tersungkur ialah Yunus sendiri .
Macam tu lah pemimpin , tak pernah puas dengan kuasa , bila ada kuasa sikit mulalah berlagak , cabar sana cabar sini dan mula buat hal .
Semua nak di lentungnya , dilanggar macam kereta kebal , macam lah dia tu kuat sangat , nak cukupkan kouta pun tercungap-cungap , lepas kalah ini macam mana pula rasanya .
Tak ada jawatan dalam parti , tidak dapat jadi perwakilan dan dalam tempoh akan datang terpaksa bertanding banyak kali untuk duduk G 7 .
Malang jadi orang kalah , kalau tak mahu kalah kan lebih baik kekal sebagai timbalan ketua sahaja dan biarkan Datuk Zainal Abidin Ahmad dapatkan semula kerusi naibnya .
Sekarang Zainal yang beruntung , lepas ni ada peluang jadi exco gantikan tempat Yunus .
Tak kan MB tak nampak Zainal lebih berpotensi berbanding Yunus .
PP - percaya pada nasib dan tuah
No comments:
Post a Comment