Thursday, September 25, 2008

MAIL KENA BUAT KERJA

Ketua bahagian Datuk Ismail Lasim kena buat kerja jika mahu kekal sebagai wakil rakyat dan Kuala Pilah kekal dalam tangan BN .

Jika tidak Mail bakal menjadi BYB kerana Pakatan Rakyat (PR) khabarnya beriaya-iya benar untuk menawan setidak-tidaknya satu kerusi semasa PRU ke 13 nanti .

Khabarnya juga , yang menjadi fokus ialah kerusi DUN Pilah dimana pengundi cina agak ramai disitu dan isu ini akan dimainkan sepanjang masa supaya pengundi cina beralih arah .

Lagi satu kerusi yang cuba direbut ialah Johol kerana sepanjang 2 penggal Ruslan menjadi wakil rakyat , tidak nampak lansung perubahan di Johol , sama macam dimasa Darus Salim menjadi adun .

Sudah lah begitu , pejabat Ruslan macam kandang kambing kata sasatengah pihak , bukan pejabat YB malahan beliau degil dan tak dengar keluhan rakyat sahinggakan pejabat itu macam itu juga walaupun teguran dah dibuat .

Kalau macam itu susahlah rakyat Johol nak bermegah dengan wakil rakyatnya jika wakil rakyat yang ada selekeh sangat .

Baik sokong pembangkang , kata mereka .

Kemudian di Juasseh lagi teruk , Razi Kail biarpun orang Terentang , tapi kampung sendiri tak di pedulikan .

Ada aduan beliau sudah jarang berada dikawasan mungkin kerana beliau dah jadi exco tetapi sepatutnya tidak begitu kerana kemudahan sudah ada , guna sahaja .

Di Seri Menanti , Samad Ibrahim agak mengatasi bekas wakil rakyat sebelum ini , harumlah nama Samad tetapi kita tenguklah sehari dua lagi , Samad macam tu lagi atau tidak , jika ia panjanglah usia politik samad biarpun sebahagian besar ahli Pemuda dah mula angkat kaki darinya .

Pilah , tak payah cerita , isu ada tetapi kerana orang baru , patut tengok dulu sekurang-kurangnya salepas pehimpunan Umno ini , tetapi Adnan kena berhati-hati kepada dun Pilah target PR sekarang .

Senaling tempat Mail sendiri , payah nak cerita , banyak aduan dan kalau nak dengar , baca blog di musim yang akan datang .

Brother pula sejak najib dilantik menteri kewangan , khabarnya saham makin naik . Kalau lawan Mail menang kali ini tetapi apalah punya brother , masa dikira menang tak hendak lawan , hendak play safe sahaja .

Susah nak cakap pasal brother , tapi tak apa PP sedang kumpul maklumat , dah banyak nanti PP tuliskan untuk pembaca KP .

Ada orang tanya PP ni lelaki ke perempuan , jawapannya jantina tak penting kerana yang kita nak tahu ialah isinya bukan jantina .

Kalau nak teka , lihat sahaja pada gambar PP .


PP - baik lelaki mahupun wanita , semua PP sayang .

No comments: