Monday, September 15, 2008

TAHNIAH TAN SRI ABU ZAHAR UJANG

MALAM tadi , Tan Sri Abu Zahar Ujang mantan ketua bahagian Kuala Pilah yang sekarang menjadi Presiden MUBARAK ( Majlis Bekas Wakil Rakyat ) mengeluarkan kenyataan yang pada hemat PP , sangat bernas dan telus .

Sayangnya Abu Zahar dah jadi mantan MP Kuala Pilah , kalau tak ada harapan dapat kouta saorang lagi Menteri atau Timbalan Menteri .

Macam bidalan , jatuh kelaut menjadi pulau , bukannya hamlau .
Harapkan brother , entahlah .

Macam ni lah pemimpin yang PP mahu , dah bersara pun masih berguna lagi , tak macam "dua beradik tu " asyik nak penuhkan tombolok dia orang saja .

Tak sudah-sudah nak mengerjakan Umno untuk kepentingan mereka saja , dah dapat tu cukup lah , berilah orang lain nikmati sama , itu bukan harta pusaka mak bapak dia .

PP kesal juga kerana Abu Zahar gagal serahkan kepimpinan Umno KP kepada orang kepercayaan beliau .

Biarpun beliau hebat tetapi kehebatannya tak sampai kemana , habis setakat beliau sahaja .

Sepatutnya Mail jadi anak buah Abu Zahar tetapi sebaliknya , Mail sendiri nak jadi mentor .

PP harap satu masa nanti kalau tidak anak buah PP , anak PP sendiri yang akan gantikan tempat Mail tu , biar kepimpinan di KP berubah , kembali keasalnya .

Tak macam sekarang , macam syarikat sendirian berhad aje .


PP - agaknya syer PP seringgit setahun tak bernilai pada Mail

No comments: