Monday, October 13, 2008

DATUK LILAH MASIH GAGAH DI JEMPOL

AKHIRNYA Datuk Aziz Shamsudin kecundang juga ditangan Datuk Lilah bagi jawatan ketua bahagian dan Haji Salim , calon yang penuh kontrovesi mengalahkan exco kerajaan negeri Shamsulkahar Mohd Deli bagi jawatan timbalan ketua dan naibnya Mustafa Niaga .

Hukum karma amat mudah , jangan kerana kita diberi peluang berkuasa , mulalah kita hendak menjatuhkan orang lain terutamanya pemimpin yang menaikan kita ke jawatan yang memberikan kita kuasa , maka Tuhan akan menghukum kita yang menyebabkan kita lagi parah .

Begitulah akhirnya kepada mereka yang bercita-cita tinggi tetapi tidak mahu mengukur baju dibadan sendiri .

Akibatnya sendiri lah yang tanggung .

Lagi parah , ialah proksi dibelakang calon itu sendiri kekalahan calon tajaan mereka bermakna kekalahan mereka juga .

Jadi sendiri mahu ingatlah , jangan pandai-pandai taja orang kalau sendiri pun tak cukup kuat lagi .



PP - benci dengan budaya Umno

No comments: