Monday, October 20, 2008

INTERNET PERCUMA DI KP

LANGKAH Majlis Daerah Kuala Pilah mewujudkan kemudahan intertenet percuma di sekitar kawasan pejabat majlis itu dipuji oleh penduduk disini .

Rata-rata melihat isu itu sebagai satu keperluan kerana kerajaan di peringkat persekutuan pun dah buat perkara yang sama terutamanya disekitar KL .

Kalau di KL dah ada perkhidmatan internet percuma tak kan di KP tak boleh merasa perkhidmatan yang sama .

Sebab itu semua tumpang gembira dengan keberanian Encik Asiz , Pegawai Daerah merangkap YDP MDKP yang begitu berani menyeluarkan peruntukan untuk tujuan tersebut .

Pegawai saperti ini yang di perlukan oleh sebuah majlis bagi memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat dikawasan perngendaliannya .

Jika tidak ada perkhidmatan tersebut nampak sangat KP jadi pekan yang ketinggalan dari segala segi dan berkemungkinan jadi pekan tempat jin bertendang satu masa nanti .

Cuma yang dikesalkan , kenapa MDKP sekat penggunaan e mail sedangkan e mail sangat berguna kepada orang ramai .

Kalau dah sekat e mail , tak banyaklah gunanya kemudahan internet yang disediakan MDKP .

Macam rasa kurang pula bila kemudahan awam disekat sedangkan sebab penyekatannya tidak diketahui .

E mail sama macam surat sahaja tetapi jika di sekat jadilah saolah-olah kita kita boleh berhubung dengan orang lain .

PP tak fikir DO Asiz mahu sekat orang KP berhubung dengan orang lain melalui e mail .


Lain lah kalau pegawainya sendiri yang pandai-pandai buat begitu kerana rasakan orang akan salahgunakan e mail untuk tujuan lain .


PP - kadang-kadang terfikir pegawai itu mungkin yang salah tanggap .

No comments: