Wednesday, October 29, 2008

RAMALAN MENJELANG 2 NOVEMBER

Dalam pemerhatian PP sejak beberapa hari membuat tinjauan berhubung suasana politik di KP , PP dapat meraskan bahawa akan berlaku perkembangan menarik minggu ini dimana ada calun yang dikatakan favourite untuk menang , kalah dalam pertandingan terutamanya di peringkat G 7 .

Dua exco Samad Ibrahim dan Razi Kail kalau tidak kena gayanya susah nak menang dalam G 7 , bukan kerana saingan nya sengit sangat tetapi kerana sikap sambil lewa mereka menangani perwakilan .

Masih ada perwakilan yang ditemui mengakui belum sekali pun Samad atau Razi menghubungi mereka untuk mohon undi G 7 .

Kalau tak minta macam mana nak beri kata mereka dan jika ini benar-benar berlaku , nampaknya Samad dan Razi tak merasalah ke KL march depan .

Razi Kail lagi teruk , tahun lalu beliau gagal dalam pertandingan G 7 sedangkan pada masa itu tak ramai yang bertanding dan minat perwakilan tidak sekuat ini .

Lagi saorang yang sedang berkira-kira ialah Ruslan Yusof , Adun Johol yang juga diberitakan berada dalam kedudukan genting u tuk mempertahankan jawatannya kerana calun yang mencabarnya , khabarnya berusaha bersungguh sahingga bekerja siang dan malam termasuk di tempat yang gelap .

Sedangkan Ruslan masih dengan sikap lamanya yang kurang berjumpa dan berbaik-baik dengan perwakilan dan bermurah hati sikit .

Muhi dan Kamil biarpun tak bertanding apa-apa jawatan kali ini , tetapi G 7 tetap dimasukinya termasuk beberapa tokoh yang bertanding setakat G 7 sahaja .

Menurut mereka , mereka serik bekerja dibawah Mail yang men'kencing'kan mereka yang diberada dibawahnya dan setakat jadi AJK tetapi tidak G 7 , tidak payah lah .

Sebab itu ramai yang berhabis untuk menang G 7 dan jika faktor ini diambil kira , Samad , Razi Kail dan Ruslan perlu bersedia untuk duduk lipat kain dirumah .

Malu lah ke KL march nanti kalau setakat jadi pemerhati sahaja kerana perwakilan dari perkampungan orang asli Guntur pun dapat ke KL dengan cara itu .

Jadi , awas lah wakil rakyat semua , jangan bagi malu MB terutamanya yang berjawatan exco kerana orang kuat MB di Jelebu dan Jempol , tewas semua .


PP - tak kan di KP pun nak kalah juga .

No comments: