Friday, October 31, 2008

CEGAH SEBELUM PARAH

UMNO makin parah kalau budaya politik wang tidak dicegah kerana bukan sadikit wang yang mengalir dari saku ke saku sekali pun jawatan yang ditandingi Cuma pemeriksa kira-kira sahaja .

Sama ada kita mahu menerima kenyataan ini atau tidak , tidak penting kerana semua sedia maklum gejala politik wang memang berlaku dalam Umno di ketahui umum .Lihat sahaja betapa ramainya pemimpin Umno yang diambil tindakan atas gejala ini termasuk yang sudah didakwa dan dihukum baik melalui undang-undang dan akta sedia ada mahupun melalui tindakan jawatankuasa disiplin Umno

Di KP , gejala ini juga berlaku , kalau hendak dibuktikan memang susah tetapi wang sentiasa mengalir setiap waktu , tidak kira pagi , petang apalagi malam .Baik dikedai hailam ditengah pekan KP atau di gerai jepi jalan di Pilah Perdana mahupun di kedai kopi bersebelahan bangunan Umno KP , wang bergerak pantas baik siang mahu pun malam .

Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk undi , lagi besar jawatan yang ditandingi lagi tinggilah nilai yang terpaksa dibayar terutamanya kalau jawatan itu mempunyai kuasa dan peluang untuk membuat duit dikemudian hari .

Untuk Naib Ketua , ada tiga calun bertanding , saorang wakil rakyat , saorang tokeh besar dan saorang lagi calun proksi pemimpin pusat .Kemudian untuk jawatankuasa , ada 60 calun bertanding sedangkan jawatan yang ada Cuma 20 sahaja , ini bermakna peluang untuk menang Cuma 33.333 peratus sahaja .

Mail dan Brother memang sudah boleh lena tetapi gejala politik wang tidak pernah lena , setakat bertanding guna gigi dengan lidah , sorry lah .PP fikir , jika bakal presiden Najib membiarkan gejala ini berterusan , Umno mungkin hilang dari persada tanahair kerana gejala ini memang jijik dan memualkan .

Lihat lah , Muhi tak nak lagi jadi naib ketua , apa lagi AJK , Am dah mula menjauhkan diri , Kamil nak bertanding G 7 sahaja , MK dan tak jenguk lagi Umno KP dan Azmy Ujang yang mudah lupa , tak dikehendaki lagi semata-mata kerana Azmy hanya bijak berjanji , tidak menepati malah suka meninggalkan kawan .

Maka orang macam Yahya Pilus , Haji Muslim , Cheif , Atan Keru , Cikgu Ayi , dan ramai lagi bermaharajalela lah .

Ayim biarpun dikatakan tak pandai baca dan menulis juga nak bertanding jawatankuasa dan G7 , jadi apa makna pertandingan kali ini sekadar mengukurt mereka yang banyak wang dan pemurah sahaja yang menang .

Yang kemut , tangkai jering atau marhain macam Mokhtar Suhud alamat menelan air lir dan berputih matalah biarpun penuh dengan semangat dan aspirasi perjuangan .

Yang tak keluar duit mungkin Mail , Brother , Adnan atau Yati kerana mereka macam kuat sangat , tak ada yang berani mencabarnya

Betul ke Mail dan brother kuat , atau kedua-duanya takut kalah dan tak mahu keluar belanja untuk bertanding .

Entah lah ...Biar kan ... Biar kan ....



PP – teringat cerita luncai terjun dengan labunya .

No comments: