Tuesday, September 2, 2008

WAJAR KAH SAMSENG DIPILIH DI KP ?

SAMSENG MENJADI PEMIMPIN ?


APAKAH rasanya anda bila pemimpin anda sebenarnya saorang samseng ?

Tidaklah besar sangat samsengnya tetapi adalah rekod memukul orang .

Walaupun bergelar , beliau masih lagi berlagak samseng dan pura-pura tunjuk baik dengan membelanja orang ramai minum air , membelikan rokok dan paling akhir , pandai bermanis mulut .

Kemudian mulalah tabur janji dan menawarkan diri untuk jawatan utama di peringkat bahagian dan paling tidak sebagai perwakilan G 7 .

Begitulah budaya dalam parti Kawan PP itu , tetapi semuanya bukan pembawaan parti tersebut tetapi sikap pemimpin itu sendiri yang memang samseng .

Rugilah kita kalau samseng yang memimpin , banyak lagi calon yang lebih baik dari samseng ini untuk dipilih .

Menang dalam pemilihan dalam parti , kemudiannya tentu minta di calunkan dalam pemilihan peringkat PRU pula dan kemudiannya menjadi YB .

Bayangkanlah kalau YB kita ialah samseng ?

Maka kita pun jadilah anak buah samseng . Suka tak suka kita pun samseng sama kerana kita mengundi samseng walaupun sebanarnya kita hanya lurus dan jujur mematuhi arahan parti .

Kepada orang KP tolaklah samseng ini dari awal lagi , jangan lah sampai dah tak tertolak lagi baru cuba nak tolak , baru haru namanya .

Tetapi kerana kita pun mungkin tergolong dalam kumpulan itu , macam mana agaknya kita nak tolak samseng ini keluar .


PP – kenal sangat siapa samseng ini dan jawatan yang ditandinginya .

1 comment:

Anonymous said...

Saya setuju, UMNO di KP ni kucar kacir oleh samseng yang memaklumkan duitnya ratusan juta ringgit.Kawannya PAK Lah, Najib dll menteri. Beliau tak hairan dengan YB2 yang ada.Beliau keluar duit beri ahli-ahli di cawangan utk calunkan dia. Tidak cukup dengan itu lantik agen-agen, yang perangai pun samseng, tapi sesama ahli. Dengan PKR kecut, cawangan dalam pemimpin sanjungan agen samseng ni ada pejabat PKR, samseng-samseng ni lansung tak berbunyi.Kalau sesama UMNO macam nak makan orang. Agen samseng ni juga terdiri dari 3 line, wah bukan main hebat membawa nama samseng ni. Kehulu-kehilir bawa duit, paksa cawangan. Ada juga penyangak dalam UMNO, semasa PRU 12, jadi agen pemecah UMNO, di Johol, Seri Menanti dan Pilah, rosakkan calun BN. Hari ni jadi hero UMNO utk pegang jawatan. Dulu heboh beliau akan jadi YB, Pak Lah dan Najib bawak nama dia, Tuk Mat dah di arahkan oleh Hishamudin calunkan nama dia. Bila tak jadi salahkan YB2 yang terpilih, salahkan Pak Lah, lari sokong Mukriz. Tapi ahli UMNO Kuala Pilah ni pelacur, siapa bagi duit lebih boleh dapat undi.