Tuesday, September 2, 2008

PENIPU DI MANA-MANA !

KAWAN PP memaklumkan bahawa dalam sebuah parti yang terkenal di negara ini ramai penipu didalam nya . Kiri kanan penipu sahaja .

Kalau tak penipu besar , penipu kecil , kalau tak tipu orang luar , tipu ahli sendiri tetapi kebanyakannya penipu sahaja dan hanya dia sahaja yang betul , orang lain sama ada dalam atau luar parti , semuanya tidak betul kecuali yang selari dengan pemikiran nya .

Kawan PP sendiri kena tipunya bila hak beliau sebagai ahli dinafikan dan tidak dipanggil ke mesyuarat cawangan semata-mata kerana kawan PP berhasrat hendak menjadi perwakilan .

Bermacam-macam alasan diberikan termasuklah kehilangan alamat , tiada no telefon dan paling akhir ialah terlupa .

Tetapi alasan itu diberikan salepas mesyuarat diadakan sementara alasan sebelum mesyuarat pula ialah janji akan dihantar surat jemputan , disokong menjadi perwakilan dan dicadangkan menjadi pemimpin cawangan .

Begitulah budaya dalam parti tersebut dan tidak hairanlah kalau sokongan kepada parti itu makin terhakis dan PP percaya kalau budaya itu berterusan , ianya bakal lenyap tanpa kubur di persada politik tanahair dalam PRU ke 13 nanti .

Kepada penipu-penipu dalam parti itu , PP ingatkan supaya insaf kerana dalam jutaan ahlinya , masih ramai yang jujur dan tidak menipu .

Macam kawan PP , biarpun tidak dipanggil dan beliau berasa keciwa , beliau tetap kekal dalam parti itu biarpun di tipu berkali-kali kerana percaya Tuhan bersama orang yang jujur , bukan dengan mereka yang bersumpah untuk membuktikan kejujuran walaupun kelihatannya tidak benar-benar jujur .

PP – percaya kepada keagungan Tuhan

No comments: