Friday, September 5, 2008

PURA-PURA JADI BUDAYA DI KP ?

Perangai pemimpin kat KP ni semacam aje, banyak yang berpura-pura , masa nak undi bukan main baik tapi bila dah dapat macam orang langgan pelacur , dah keluar air terus hilang stim , terus tinggal terlentang walaupun badan masih lagi kotor .

Nak sebut nama , memang banyak tetapi baik tak usah , sendiri mahu paham lah siapa orangnya .

Ada tu dah dapat jadi setpol menteri , menteri tu di sapunya balik . Kemudian ada yang pinjam wang rakyat di Agro Bank buat perniagaan , hancus , pinjaman pun susah nak bayar tetapi bila bercerita , bukan main hebat , pakai pulak mercedes NBD .

Belanja orang sakan pulak tu , macam banyak duit maklumlah kereta mercedes tetapi hutang keliling pinggang .

Ada saorang tu , kerja kat pejabat exco , bukan main baik melobi orang tetapi kalau di baca perangainya macam ular sawa kekenyangan , asal apa dapat di langsaikannya , dia ni pernah jadi setiausaha bahagian sekejap .

Orang Gachong .

Yang bekas YB pun ada juga perangainya , suka mencopot dan digelar sepuloh per seratus .

Lagi saorang , dah jadi setpol , jadi pula senator , kereta mercedes 320 dua buah ada puak kereta mazda spot tetapi tak puas-puas dengan duit dan nak mengebas sahaja , tak dapat kebas harta kebas jawatan dalam parti .

Tahun ini umno ada pemilihan di peringkat pusat , senang sikit terkenal dan dikenali pemimpin , maka berhabis lah dia .

Nasib baik bulan puasa kalau tak parlimen kedai kopi depan pejabat umno penuh dengan geng-geng ini .

Macam tak ada kerja lain , asyik nak mengebas sahaja dan kalau tak dapat , habis orang lain di rembatnya , semuanya tak betul sampaikan ketua dan timbalan ketua bahagian pun tak betul .

Yang ni pula dah jadi YB , bini pulak dua , anak ada jawatan utama dalam puteri , terkenal sebagai tokoh dua beradik tetapi tetap nak mengocakkan politik KP .

Agaknya kalau tak ada mereka ini , lenyap Umno KP tetapi mungkin betul juga kerana tak lama lagi , Umno mungkin lenyap kerana pemimpinya tak sedar .

PKR , DAP dan PAS dengar nya memang mempunyai rancangan untuk menakluki KP dalam PRU 13 nanti , tak dapat 6 kerusi satu pun jadilah dan yang paling genting ialah di Pilah sendiri .

MCA dah lama mengintai tapi tak berjaya , mungkin DAP atau PKR boleh masuk disitu .

PP pun hairan dengan sikap mereka ini , umno dijadikan alat untuk mencapai tujuan mereka .

Jadi halanglah , kalau boleh G 7 pun gagalkan juga .

Itu pun kalau kita nak tengok Mail terus pimpin umno KP kalau tak bye-bye saja lah .

Buat apa jadi ketua kalau Umno tak bertaring di KP lagi .


PP - macam mana bro. Mail , sombong lagi tak ?

No comments: