Tuesday, August 12, 2008

PEMILIHAN UMNO KP TAK MERIAH ?

BAYANGKAN lah jika ada pertandingan disemua peringkat , cawangan dan bahagian dengan jawatan-jawatan dibiarkan ditandingi dan bukan di faraidkan kepada beberapa individu tertentu sahaja , alangkah meriahnya terutama di parlimen kedai kopi berhampiran bangunan Umno KP.

Disitulah , pergerakan politik KP dirancang dan dilaksanakan terutamanya oleh beberapa individu yang sentiasa berusaha untuk mencatur politik KP dan berasa mereka tahu segalanya walaupun untuk menjadi perwakilan cawangan pun terkial-kial .

Namun kerana menjaga kepentingan peribadi , maka masing-masing membuat formula tersendiri dengan berbagai-bagai alasan bagi menghalalkan formula ciptaan mereka dan akhirnya tidak adalah pertandingan .

Dari satu segi , ianya baik kepada organisasi itu sendiri malahan baik juga kepada calon yang duduk disitu , tak payah modal , tak payah kerja keras dan tak payah nak kehulu kehilir , sendiri tentukan jawatan yang dikehendaki dan kemudian agihkan sesama sendiri .

Kadang kala pertandingan perlu diwujudkan bagi menguji kekuatan diri , jika tidak kita akan jadi lalai dan syok sendiri , merasakan diri kuat sedangkan sebenarnya lemah kerana kekuatan sebenar tidak pernah diuji .

Akibatnya apabila di rempuh ombak , terus sahaja benteng yang ada pecah dan kubu yang dirasakan kuat di masuki air , kalau sekarang 6 kerusi berada dalam tangan BN , tetapi disebabkan sikap yakin dan kebijaksanaan mengagihkan sesama sendiri , mungkin akan ada beberapa kerusi yang kecundang dalam PRU ke 13 nanti .

Datuk Ismail Lasim mungkin kuat , Datuk Hassan Malek mungkin gagah dan Datuk Ruslan mungkin berbisa sementara Datuk Yati , walaupun tak berjawatan tetapi masih utuh manakala tempat Samad yang bakal digantikan Adnan , mungkin kukuh manakala Nursalbi pula mungkin makin berpengaruh , tetapi apakah itu jaminannya untuk benteng pertahanan di KP kukuh dan kuat ? .

Kalau dikaji , mungkin ia , tetapi berdasarkan kegigihkan pihak sebelah mengadakan kempen dari masa kesemasa dan melihat kepada sambutan yang diberikan , tidak mustahil benteng yang ada itu boleh hancur kalau tidak sepenuhnya , sekurang-kurangnya satu dua kerusi .

Pertandingan mungkin boleh memilih yang terbaik dan juga pertandingan dapat membuang anai-anai yang menjadi duri dalam daging , yang merosakan dari dalam .

Jika tidak , anai-anak tetap wujud dan memainkan peranannya sahingga PRU ke 13 nanti , dan bila masa itu tiba anai-anai ini lah yang bakal merobohkan benteng yang dikatakan kukuh itu .

Berharap kepada angan-angan tidak akan sampai kemana tetapi jika pertandingan diadakan macam pertandingan sukan olimpik sekarang , hanya yang terkuat berada disitu dan mendapat pingat emas , dan kemampuan mereka terbukti satelah adanya pertandingan .

Masa MIC ada pertandingan , parti itu kelihatan macam nak roboh tetapi setiap kali pilihanraya , kubunya tak berjaya ditembusi pembangkang , begitu juga dengan MCA , bila kerusi diagihkan dengan sempurna , akhirnya banyak yang kalah masa PRU yang lalu .

Parti Gerakan juga begitu , peralihan berjalan lancar dan kelancarannya menyebabkan Gerakan kehilangan Pulau Pinang dan Umno tidak terkecuali dalam perkara ini .

Bila ramai sangat yang ingin peralihan kuasa berjalan lancar saolah-olah pertandingan ini satu tabu atau perkara terlarang , maka kita leka dan berasa kuat kerana agenda yang kita bentuk dengan formula tertentu menjadi tetapi keputusan akhirnya ditangan pengundi yang kemudiannya menolak formula yang diusahakan itu .

Justeru itu , meriahkanlah KP dengan mengekalkan pertandingan , peribahasa Melayu ada menyebutkan carik-carik bulu ayam , lama-lama jadi bertaut juga .

Ismail Lasim jangan takut ditandingi , Hassan malek jangan gentar menandingi , Ruslan jangan halang pertandingan , Yati sedia untuk dicabar macam mana dia mencabar Napsiah Omar dulu , Samad tak biarkan Adnan menang mudah manakala Salbi tidak menggunakan pengaruh bapanya untuk mengelak pertandingan , maka kekuatan setiap jaguh akan diuji dan dinilai .

Mana yang lemah di perbaiki , yang kalah keluar gelanggang seketika dan yang menang buat kerja bersungguh manakala anai-anai yang ada di musnahkan ,maka jadilah Umno KP , Umno terkuat saperti sekarang .


PP – tak ada apa nak banggakan kalau menang macam pondan .

2 comments:

COWENG ANAK PILAH said...

PP buat masa ni tak sempat nak komen ur blog la. Bz sangat dengan keje nih. Nanti kalau sempat den komen yo...

COWENG ANAK PILAH said...

Coweng memang sokong pendapat PP tu. Kalau kita gagah, kita tidak perlu gentar bila ditentang. Kalau kubu kita kuat, kita tidak perlu takut jika dilanda ombak besar. Melalui pertandingan, kita boleh uji kekuatan diri dan kita boleh hitung di mana kelemahan kita. Sebenarnya, payah nak membawa mereka berfikiran rasional dan memandang setiap cabaran itu ke arah yang positif. Bagi mereka negatif sahaja. Jangan nanti jadi seperti anjing menyalak bukit dan pungguk merindukan bulan. Tidak ada timbal balasnya. Lama mananya kita nak mendongak ke langit, bila hujan nanti tidak tertelan kita dek air hujan tu.
Berfikiran terbuka. Jadikan diri seperti berada di gelanggang dalam sukan Olimpik. Kalau kalahpun, kita telah berusaha dan kita ukur dan nilai kembali kelemahan. Gagal sekali tidak semestinya gagal selama-lamanya. Apabila telah diletakkan di tempat yang tinggi, selalu-selalu memandang ke bawah. Nanti kita tidak sedar, anai-anai dah penuh dalam kerusi yang diduduki dan boleh roboh bila-bila masa. Ketika itu nanti, jatuh kita tidak disedari diri sendiri dan ditertawakan orang nanti.

Kalau mencanai intan permata
biarlah halus baik hasilnya
apa dipandang pangkat dan harta
kalau berbudi boleh dikira