Thursday, August 7, 2008

INI LAGI SATU CERITA

INI LAGI SATU CERITA .


CERITA ini juga cerita tentang saorang pemuda . Yang lalu pemuda di KP kali ini di peringkat nasional . Anda akan tahu jika anda terus membaca dan merumuskan sendiri.

Pemuda ini hebat orangnya , maklumlah saban hari ada sahaja cerita tentang dia, kalau tak cerita dari mulut dia,dari mulut orang lain tentang dia , pokoknya dia sahaja lah tetapi yang paling cerita sahaja , buktinya entah mana .

Dulu pemuda ini orang kuat kepada tokoh tertentu , setpol lah katakan dan bila orang kuatnya disingkirkan , diapun ikut menyingkirkan diri , ikut ketuanya tetapi kemudian bila ketuanya dah nampak sinar , pemuda ini pulak yang makin malap bintangnya .

Untuk menyuburkan kembali bintangnya yang dah malap itu , pemuda ini masuk kembali kedalam parti yang disumpahnya dulu , macam sumpah main-main sahaja lah hari ini dengan orang itu , puji melambung dan kalau tak suka lagi hentam menggunung .

Pemuda dah berani sekarang sampai sanggup bersumpah dengan Al Quran , siapa suruh tak tahu tetapi kali ini pun ada kalaunya , kalau dicabar buat baru buat , sepatutnya buatlah jangan heboh kat orang lain , pergi Masjid Negara , ambil Quran dan sumpah sorang-sorang , kan lebih baik dari dituduh riak pula .

Pemuda ini dah diterima masuk dengan syarat tidak boleh bertanding kali ini dan disebabkan tidak dibenarkan , pemuda ini menawarkan untuk bertanding di tempat lain dan dalam kategori lain pula .

Macam lah dia ni hebat sangat sampai orang tergila-gila hendak memilih dan mengundi pemuda ini .

Dulu masa dia hebat kerana boss dia juga , sekarang dia nak cuba hebat semula kerana mantan boss dia juga tetapi masaalahnya orang dah muak tengok setiap kali bercakap banyak sangat kalaunya .

Kalau saya dicabar , saya akan dedah keburukannya , kalau itu , saya akan buat ini dan kalau kalau kalau ……..

Entah dah berapa ribu kalau tetapi satu pun tak dak . Cakap bukan main gah tetapi habuk pun tarak .

Orang meluat melihat kelakuannya yang sering melemparkan cabaran dan sekali pun cabaran itu tidak pernah disambut baik semasa dia hebat bersama bossnya mahu pun sekarang dia hebat tak bersama bossnya .

Agak-agak dia saja yang perasan dia hebat sedangkan orang ramai tak pun , apa lagi bekas bossnya dan kaum karabat beliau .

Harap boss barunya tak terpengaruh dengan permainan pemuda ini yang sering bermimpi duduk di parlimen kerana pertaruhan kali ini bukan sadikit nilainya , jangan nanti sudah lah jatuh ditimpa tangga pula .

Malu dapat , benjol kepala pun dapat akibat percaya sangat cakap pemuda ini yang entah apa pun .

Sekurang-kurangnya kalau jatuh pun , kepala tak tergantuk dan muka tak terkena tanah , dan kalau boleh undi yang di perolihi melebihi undi PRU ke 12 .

Itu baru jantan namanya bukan makin kurang kerana kalau nak kata kalah , mungkin ia , tetapi kalau nak kata menang , keputusan pertandingan tak siapa tahu .

Kita bayar RM 1 setahun tetapi setiap tahun bukan macam pemuda itu bayar RM 100 untuk sekali bayar , niat tak tahu lah tetapi yang penting niat kita lebih ikhlas kerana yang ramai ialah yang bayar RM 1 setiap tahun dan tak pernah culas .

Tak kan lah RM 1 yang kita bayar setiap tahun tak sama nilainya dengan RM 100 yang sekali bayar sahingga suara kita pun tak nak dengar .

Jangan biar kaduk naik junjung dan jangan biar pemuda itu besar kepala kerana orang yang besar kepala akhirnya menghantukkan kepala kepada bossnya pula .

Siapa pemuda ini , anda lah menjawabnya .


PP – lansung tak sayang dan tak percaya dengan pemuda ini .

No comments: