Thursday, August 7, 2008

G 7 satu penilaian di KP

Ramai yang cuba nak tahu bagaimana PP menilai sahingga sanggup menamakan tokoh tertentu yang berjaya dan bakal mewakili Umno bahagian KP . Sebagai orang luar yang dekat , PP menilai berasaskan kepada realiti dan tidak memihak kepada sesiapa kerana dalam ramai senarai itu , sebahagian besar bukan pilihan PP tetapi pilihan perwakilan Umno KP sendiri . kalau PP , jangan haraplah Muhi , Kamil mahupun Razi Kail akan dapat undi tetapi secara realitinya merekalah anggota G 7 Umno KP .

Berdasarkan sifir mudah PP dan berasaskan kepada andaian bahawa hanya 2 wakil rakyat yang tidak mempunyai kedudukan untuk menjadi perwakilan secara otomatik , maka hampir pasti samad Ibrahim dan Razi Kail dipilih perwakilan kali ini .

Samad Ibrahim usah di kira lagi kerana apa pun keputusannya , Samad pasti berada dalam senarai tersebut dan Samad tentunya akan berusaha dan tidak membiarkan dirinya di perkotakatikan oleh sesiapa pun .

Lagi pun sekarang Samad adalah Adun Seri Menanti dan Exco Belia , Sukan dan Modal Insan Negeri dan dalam kedudukan itu , tidak mungkin perwakilan akan meninjggalkan beliau malahan PP berasakan bahawa beliau berada dalam kedudukan tiga diatas di senarai perwakilan bahagian .

Semasa beliau bersama bekas ketua bahagian lalu , beliau berjaya biarpun ketua bahagian dan ketua wanita tewas tetapi Samad masih berada dalam kantung dan tidak berjaya diusir oleh kumpulan yang menang .

Jadi dalam soal ini , nama Samad Pasti berada dalam kedudukan mudah untuk menang lainlah kalau beliau mencuba di kerusi Naib Ketua dan menang disitu , maka tempatnya dalam G 7 akan di gantu Ruslan Yusof tetapi kedudukan Ruslan berbanding samad agak jauh panggang dari api .

Kemudian Razi Kail pula . Jika Razi tidak ubah gaya dan pemikirannya satelah gagal pada tahun lalu , beliau mungkin gagal sekali lagi tetapi melihat dari keterampilan beliau semasa , beliau telah sadr dan mula berubah dalam menilai dan mempuat perbandingan kedudukan beliau sekarang .

Razi tidak boleh lagi ambil mudah dan meletakan jawatannya sebagai cagaran untuk di pilih kerana perwakilan cawangan hari ini melihat kepada sumbangan yang diberikjan baik secara keseluruhan mahupun sumbangan peribadi kepada perwakilan itu sendiri .

Jika Razi berusaha dan ditamah dengan kedudukan sekarang , hampir pasti Razi berada dalam kedudukan selesa dan kalau pun tidak berjaya mengatasi kedudukan samad , tetapi tidak jauh terkebawah daripada beliau .

Sudah tentu Razi juga dipilih perwakilan cawangan KP kali ini ke KL .

Kemudian Muhi , calon swasta yang pertama PP senarai kerana Muhi biasa bergerak sendiri .

Biar pun Ismail Lasim mungkin membuang beliau dalam pemilihan lalu bila memasukan Ruslan Yusof sebagai naib , tetapi ianya tidak menjadi kusid kepada Muhi.

Muhi ada segala-galanya dari kedudukan , kekayaan , sokongan dan kemampuan untuk membuat perwakilian cawangan tertarik untuk mengundi beliau .

Kemampuan Muhi tidak perlu di pertikaikan Cuma untuk jawatan utama beliau mungkin bermasaalah tetapi setakat perwakilan ke KL , Muhi tinggal petik jari sahaja.

Begitu juga Kamil Datuk Yusof yang sememang calon swasta saban tahun , tidak kira samaada masuk kumpulan atau tidak , Kamil tetap mampu untuk membawa dirinya sendiri .

Perwakilan menilai Kamil sebagaio saorang yang berkemampuan dan berkebolehan untuk membawa perwakilan ke KL semasa mesyuarsat agung nanti dan setidak-tidaknya Kamil memang tahu berbudi bahasa dengan perwakilan yang telah mengundinya .

Tidak macam Yahya Pilus , Jimmy , Chaah , Haji Madrazi dan sebahagian yang lain yang melepaskan tengkuk masing-masing salepas berjaya menjadi perwakilan .

Sumbangan perwakilan cawangan lansung tidak dihargai malahan ada kalanya di tempal pula kerana sering mengharapkan bantuan untuk ke KL sedangkan mereka sendiri dibantu oleh bahagian dan Umno pusat .

Lagi tiga perwakilan iaitu MK , Chief dan bekas Adun Seri Menanti Datuk Ibrahim Jahaya akan PP ulas dalam keluaran yang akan datang .

Kalau ada pun kekosongan yang mungkin berlaku ialah tempat MK kerana sahingga blog ini ditulis kelibat MK belum muncul lagi .

Kalau MK tak muncul , saorang lagi calon yang berpotensi ialah antara Azmy Ujang , Jimmy , Ketua Umno cawangan di Johol , calon pemuda Kamaruzaman Kamdias dan calon wanita Jun .

Biar PP teropong dulu kerana PP sering berada di bawah pejabat Umno bahagian untuk memerhatikan perkembangan ini .


PP – kalau boleh biar Mail sendiri tak dapat perwakilan

No comments: