Thursday, July 31, 2008

ADA SATU CERITA ........................

NAK dengar cerita tak ? kalau nak , sila teruskan membaca kerana diakhir cerita ini , anda sendiri yang akan mencari jawapannya dan menentukan samaada cerita ini cerita benar atau rekaan semata-mata .

Dalam sebuah kampung , yang terletak lebih kurang 8 kilometer dari sebuah pekan kecil tinggal saorang pemuda ( kalau boleh dipanggil begitu sebab dah kahwin tetapi masih berlagak macam bujang , sering karaoke dan ambil gro ) beliau ini pernah bekerja sebagai di salah sebuah perbadanan kerajaan di salah sebuah bandar besar sebelum ini .

Tetapi kira-kira 4 tahun lalu , kerana ghairah berpolitik dan kerana tidak dapat mohon tukar ke sebuah jabatan yang agak kecil sadikit di pekan kecil itu , beliau ambil keputusan letak jawatan dan bekerja dengan saorang wakil rakyat .

Macam setiausaha politik lah tetapi sebenarnya tak macam tu kerana mana ada wakil rakyat ada setiausaha politik tetapi kerana terlalu ghairah , tindakannya macam tu juga lah .

Pemuda ini pernah menjadi AJK Pemuda bahagian dan pernah juga menjawat jawatan Setiausaha bahagian untuk seketika , masa tu dia gunakan segala kepintaran politiknya dan berjaya pulak dipilih sebagai perwakilan ke KL .

Memang hebat pemuda ini macamana hebatnya masa beliau main bola di padang , habis digeleceknya malah kadang kala kerana terlalu ghaairah , sampai kawan sendiri pun kena gelecek juga .

Oleh kerana beliau berjawatan setiausaha politik ( kok iyo lah ) , maka sesiapa sahaja yang nak jumpa wakil rakyat mesti mengadap pemuda ini dulu , kalau tak jangan haraplah nak jumpa wakil rakyat kecuali kalau jumpa dijalan atau dalam majlis keramaian .

Kerja pemuda ini tak lain tak bukan nak bodek bossnya selain mengharapkan untuk menjadi calon pilihanraya malangnya kerana kerjanya hanya tahu menjaga saorang dua pemimpin sahaja , orang tak nampak kerjanya , maka jadilah dia saorang setiausaha politik yang tak bernilai pada boss dan rakyat lain .

Macam budak pejabat ada lah .

Kalau jumpa dijalan pun pakai selipar sahaja tetapi kalau di pejabat , macam boss besar , siap dengan kot sendiri .

Masa PRU ke 12 dulu , beliau ini bekerja keras membantu calon wakil rakyat yang disokongnya untuk menang , siang malam di bilek gerakan maklumlah setiausaha bilek gerakan dan dapat lah pemuda ini menonjolkan dirinya macam dia pulak yang bertanding .

Sekarang masa pemilihan di peringkat bahagian , pemuda ini kehulu kehilir menjaja namanya seiring dengan nama bossnya , tetapi dah kurang sikit sejak bossnya sudah tidur agak lena disebabkan pencabar yang nak mengambil kedudukannya , pasang gear undur .

Matlamat utamanya sekarang ialah menjadi perwakilan ke KL selain mengulangi sejarah memenangi kerusi AJK bahagian , rasanya memang boleh dapat kedua-duanya itu kerana dia ini memang pandai tendang bola kesemua sudut dan silap-silap tendang kawan macam yang berlaku beberapa pemilihan lalu .

Mula-mula rapat dengan orang ini , bila dah senang , tinggalkan dan kemudian rapat pula dengan orang lain , lepas tu tendang pula orang itu untuk melompat keatas dan akhirnya pemuda ini dapat naik keatas tetapi rakannya macam Azmy Ujang tercungap-cungap akibat di tendang kawan yang memang mempunyai kepakaraan main bola itu .

Lagi pun sekarang pemuda ni dah loaded , dah pandai pakai baju batik dari Terengganu dan kalau duduk dalam majlis , dah pandai duduk di barisan kedua atau ketiga , tempat pemimpin ternama atau ketua-ketua jabatan .

Tidak percaya , lihat dalam rakaman masa berlansungnya upacara sempena pesta masakan di Seri Menanti baru-baru ini dimana pemuda ini dah pandai juga bawa isteri ke majlis , nak tunjukan betapa hebatnya dia sedangkan dia ini tak lebih dari saorang pecacai sahaja .

Dah panjang cerita ini , mungkin kalau sambung lagi , mungkin jadi cerita bohong tetapi kerana ianya benar , anda lah yang menjawabnya .

SIAPA PEMUDA ITU ?

Anda tahu kalau anda melihat indicator yang diberikan …..



PP – banyak lagi cerita yang ada dalam simpanan penulis , tunggu lah

No comments: