Tuesday, July 29, 2008

G 7 - MUHI , MK DAN KAMIL ADA PELUANG ?

G7 adalah satu gelaran untuk 7 perwakilan Umno bahagian yang bakal terpilih dan mengundi pemimpin Umno di PWTC hujung tahun ini , kumpulan G 7 ini lebih penting berbanding jawatan AJK biasa kerana pemimpin yang berjaya mengangotainya akan menjadi orang penting dan sentiasa menjadi kunjungan perwakilan yang inginkan jawatan di peringkat pusat baik presiden, timbalan , naib mahupun ahli MKT .

Dan salah satu sebab kenapa ramai ahli Umno berebut-rebut bertanding jawatan utama parti saperti ketua , timbalan , naib , ketua pemuda , wanita dan puteri ialah semata-mata kerana jawatan itu selain memberikan kedudukan yang tinggi di peringkat bahagian tetapi juga menjamin mereka menjadi perwakilan tetap ke perhimpunan Umno setiap tahun .

Siapa tidak mahu kalau sekali bertanding dapat menjadi perwakilan yang maha penting setidak-tidaknya selama tiga tahun tetapi kalau dilihat dari amalan biasa Umno sekarang , maknanya sahingga PRU ke 13 nanti .

Maka berpeluang lah mereka ini memilih pemimpin utama negara selain mempunyai peluang yang cerah untuk dipilih sekali lagi atau menjadi calon baru dalam piliharaya yang akan datang .

Jika jawatan itu cuma gah di peringkat bahagian sahaja , pasti keghairahan untuk menduduki jawatan itu tidak saperti sekarang dimana bermacam-macam cara digunakan bagi membolehkan mereka dipilih sebagai jawatankuasa penting sekaligus menjadi perwakilan ke perhimpunan agung Umno .

Begitu juga G7 iaitu baki perwakilan yang dipilih dikalangan ahli Umno yang tidak memegang jawatan utama di peringkat bahagian atau gagal untuk memegang jawatan tersebut .

Jika diandaikan bahawa keputusan pertandingan di peringkat bahagian nanti ialah saperti Ismail Lasim di kerusi ketua , brother di kerusi timbalan , Ruslan Yusof sebagai naib , Adnan Abu Hassan sebagai ketua pemuda , Yati untuk ketua wanita dan Salbi sebagai ketua puteri , maka ada lagi dua wakil rakyat yang terpaksa mencuba nasib dalam G 7 iaitu Razi Kail dan Samad Ibrahim .

Kedua-duanya adalah exco kerajaan negeri dan sudah tentu peluang mereka dipilih amat cerah sekali dan kalau tak terpilih juga samada pengundi tak tahu memilih atau mereka tak layak untuk dipilih ?.

Diandaikan juga kedua-dua wakil rakyat ini menang walaupun Razi gagal pada tahun lalu , makna hanya ada lima tempat lagi yang akan diisi oleh kalangan AJK dan juga pemimpin yang berkemampuan dan berkaliber untuk mengisi kekosongan itu .

Antara nama yang disebut-sebut mendapat perhatian perwakilan untuk menjadi ahli G 7 di KP ialah Setiausaha bahagian Ibrahim Jahaya , bekas naib ketua Muhi , orang kuat Tan Sri Abu Zahar Ujang iaitu Kamil dan orang kuat MATA MK serta bekas ketua pemuda bahagian Chief .

Perkiraan ini berdasarkan kepada kemampuan mereka dalam segala segi terutamnya dalam menarik perhatian perwakilan dan kesungguhan mereka dalam setiap kali pertandingan G 7 .

Cuma MK sahaja yang mungkin tidak berminat lagi satelah dimainkan perwakilan dan terus menyepi sejak 2 penggal yang lalu tetapi jika MK membuat come back , beliau bukan sahaja mampu untuk duduk bersama dalam G 7 malahan mungkin berada dalam tangga teratas .

Sejarah MK memang begitu , kerana biarpun tidak pernah menjadi AJK bahagian , tetapi bila MK berhasrat untuk menjadi perwakilan ke pusat , beliau sering berjaya dan kejayaan ini boleh diulangi sekali lagi jika MK benar-benar jujur dan bersama-sama kembali berjuang dengan rakan karibnya Azmy Ujang dan Zainal Saleh .

Azmy biarpun telah kurang bisanya tetapi taringnya masih ada lagi manakala Zainal Saleh pula setia dengan perjuangan dan khabarnya pernah menjadi AJK di bahagian lain .

Bagi yang lain , lupakan sahaja lah kerana nilai G 7 kali ini sangat tinggi dan mereka yang diatas mewakili kumpulan tertentu , kalau tak percaya sila turun ke KP dan buat pemerhatian , jangan buang masa kerana ianya merugikan dan pemimpin saperti Chaah ,Cikgu Yusof, Yahya Pilus , Mokhtar Suhud , Suhaimi Bandar , apa lagi macam Haji Muslim , Haji Yahya , Ustaz Kudus , Zulkifli Shaari, Haji Madrazi dan beberapa nama lain eloklah lupakan sahaja niat itu dan tumpukan pada jawatan AJK bahagian sahaja .

Azmy Ujang juga jangan lah nak cuba kerana buang masa sahaja , lagipun zaman Azmy sebagai pemimpin ternama KP sudah berlalu sebelum ianya sempat berkembang mungkin kalau Azmy berani menyanggah Adnan atau Ismail , Azmy ada peluang di dun Pilah dalam PRU ke 13 nanti .

Tak percaya , cubalah Azmy .


PP – tak berani nak cuba G7 kerana tahu kekuatan sebenar

No comments: