Monday, July 28, 2008

KEMANA ARAH SAMAD IBRAHIM ?

SIAPA PUN tidak patut menyoal kalau YB Samad Ibrahim exco belia , sukan dan modal insan jika beliau mengumumkan untuk bertanding jawatan utama dalam Umno bahagian Kuala Pilah kali ini kerana atas kapasiti beliau sebagai saorang exco dan bakal mantan ketua pemuda bahagian , beliau layak dan wajar untuk duduk dikerusi yang lebih baik di peringkat bahagian .

Biarpun mungkin tiada kerusi kosong lagi yang boleh diisi oleh Samad samaada ketua, timbalan , naib , ketua penerangan mahupun bendahari kerana kesemua jawatan itu sudah diisi dan kalau ada mungkin mungkin tempat YB Adnan Abu Hassan sebagai ketua penerangan yang dikatakan begitu beriya-iya hendak menduduki kerusi ketua pemuda bahagian yang ditinggalkan Samad .

Pokoknya sebagai saorang exco yang agak kanan malahan lebih kanan dari Razi kail sendiri , layakkah Samad menjadi ketua penerangan sahaja dengan membiarkan wakil rakyat biasa , yang tidak mempunyai kedudukan di peringkat kerajaan negeri dan persekutuan , duduk disitu .

Sekurang-kurangnya Samad patut berada di kerusi naib ketua , kalau pun tidak timbalan ketua dan sekiranya perlu terus duduk dikerusi ketua bahagian sendiri kerana di banyak tempat , ketua pemuda biasanya meloncat naik ke jawatan ketua bahagian .

Tidak mustahil Samad tidak boleh menang kerana kalau dinilai dari segi kerja dan sambutan masyarakat Pilah kepada Samad berbanding dengan Ismail Lasim , Samad jauh mendahului , lagi pun masa pertandingan jawatan dulu , Samad tidak seregu dengan Ismail Lasim , tetapi Samad menang juga .

Masaalahnya mungkin di peringkat negeri dimana MB sudah tentu tidak gemar dua orang kuatnya bertarung sesama sendiri dan hampir pasti perkara tersebut tidak akan berlaku kecualilah kalau Samad memang jenis yang tidak dengar nasihat dan bertindak mengikut perkiraan sendiri sahaja .

Kemudian jika Samad beralih kepada kerusi timbalan ketua yang sekarang di pegang brother , juga tidak mungkin kerana Samad dan brother satu perut , lahir dari perut yang satu dan tali pusatnya di potong oleh Tan Sri Abu Zahar Ujang sendiri .

Masakan Abu zahar tega melihat sahaja brother dikerjakan Samad yang juga anak buah beliau dan kemungkinan pertandingan akan berlaku juga tidak mungkin terjadi .

Tinggal lagi kedudukan yang sesuai buat Samad ialah kerusi naib ketua bahagian yang di pegang Datuk Ruslan .

Biarpun Ruslan dah membuat pengumuman untuk kekal dikerusi itu , tetapi tidak pulak menjadi halangan untuk cawangan Umno di KP mencalonkan Samad di kerusi yang sedang dipegangnya .

Samad kena memikirkan kedudukan dengan lebih serius dari memikirkan masa depan Ruslan kerana Ruslan telah dua penggal dan Samad hanya baru setahun jagung .

Jika hendak kekal lama dalam politik mesti ada jawatan dan jawatan yang sesuai sekarang ialah naib ketua , jadi tunggu apa lagi ? .

Setakat jadi AJK dilantik macam Cek Loi atau Ruslan sendiri dan Razi Kail sebelum dilantik menjadi wakil rakyat , tak payahlah , pemuda KP malu berketuakan pemimpin yang pengecut dan tak berani untuk berdiri ditengah kumpulan .

Sebagai orang perjuangan , Samad bakal ketua bahagian yang sedang di groom dan wajar kalau pemilihan kali ini beliau duduk dulu di kerusi naib ketua .

Jika pemuda bahagian solid dibelakang Samad dan ingin melihat ketuanya berada dalam kedudukan yang selamat untuk tempoh 3 atau 4 tahun lagi , Samad perlu memikirkan cadangan ini .

Setakat yang penulis ketahui nama Samad memang harum dan sentiasa menjadi sebutan pemuda terutamanya dari kawasan Seri Menanti dimana beliau sendiri menjadi wakil rakyatnya .

kalaua tak berani bermain ombak , jangan berumah di tepi pantai dan kalau takut kalah , jangan bertanding dalam Umno .

Untuk samad , penulis doakan kejayaannya .


PP - kalau boleh Samad lentung sekali kepimpinan yang ada sekarang biar mereka tahu langit tinggi rendahnya .

No comments: