PENGUMUMAN Datuk Ruslan Yusof Naib Ketua Umno Kuala Pilah dan ADUN Johol untuk bertanding mengekalkan kedudukannya melegakan penyokong-penyokong brother yang dikatakan mahu mencabar kedudukan Datuk Ismail Lasim di kerusi Ketua Bahagian kerana ini bermakna Ruslan tidak akan mencabar brother dikerusi timbalan . .
Ini kerana Ruslan mampu membuat kejutan jika beliau bersedia untuk naik pangkat memandangkan kepada kekuatan Umno di bahagian ini yang dikuasai oleh kumpulan Ismail Lasim .
Pastinya pengumuman itu bukan satu pengumuman kosong kerana sebelum itu diberitakan Datuk Hassan Malek sendiri , sudah mengambil gear undur dan kembali ke jawatan asalnya .
Malahan sejak brother mengumumkan untuk bertanding jawatan ketua , telah ada usaha untuk memprojekan Ruslan untuk mengisi kekosongan tersebut .
Apa sudah jadi dengan pengumuman brother bahawa beliau bersedia untuk bertanding jawatan ketua jika dicalonkan dan apabila ada cawangan yang ingin mencalonkannya beliau undur pula .
Sejarah brother sejak dua penggal lalu menunjukan bahawa brother memang pandai bermain politik terutamanya dalam membina kedudukan dan kekuatan beliau dalam barisan kepimpinan terutamanya salepas bahagian ini di pimpin oleh Ismail Lasim .
Dua kali brother menyuarakan hasrat untuk bertanding di kerusi tersebut dan ini kali ketiga brother berbuat perkara yang sama cuma kali ini brother lebih awal menarik gear undur .
Dulu , salepas cukup pencalunan untuk kerusi ketua , beliau senyap seketika dan alih-alih beliau muncul bahawa beliau hanya menawarkan diri untuk kerusi Timbalan Ketua dan akibatnya demi menjaga kedudukan Ismail , Datuk Ibrahim Yahya pemegang kerusi tersebut menarik diri dan menjadi setiausaha bahagian sahaja .
Dan senerio itu sekali lagi diulang tayang dimana pelakun dan jalan ceritanya seakan-akan sama malahan hampir macam cerita lama .
Entah bila cerita baru akan dilakunkan brother yang dapat kita saksikan dilayar perak dimana apa yang dicakapkan brother itu bukan dari satu skrip yang telah dirancang sebelumnya dan dapat dibaca ahli Umno sebelum ditayangkan .
Persepsi ini tidak boleh di nafikan kerana itu hak semua orang tetapi apakah kita akan terus berada dan menyokong pemimpin yang sentiasa ‘ madah berhelah ini’ .
PP – dah lama tahu helah brother , kalau tak caya baca semua tulisan PP
No comments:
Post a Comment