Wednesday, July 23, 2008

TAHNIAH BUAT RAZI , ISMAIL DAN ZAINAL

TIADA perkataan yang layak di pertuturkan oleh ketiga-tiga wakil rakyat BN diatas kecuali mengucapkan syukur kehadrat Allah swt atas anugerah darjah Dato Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang membawa gelaran Dato dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Jaafar Ibni AlMarhum Tuanku Abdul Rahman sempena hari keputeraan baginda yang ke 86 pada 19 July lalu .

Penganugerahan itu wajar memandangkan ketiga-tiga wakil rakyat tersebut adalah wakil rakyat untuk penggal kedua yang masih belum menerima anugerah dato , yang lain samaada telah menerima di tahun sebelum nya atau tidak terpilih atau kalah dalam PRU ke 12 lalu .

Bagi Datuk Ismail Taib , anugerah darjah DSNS ini wajar memandangkan beliau adalah exco kerajaan negeri dan telah menjadi YB sejak tahun 2004 lagi .

Begitu juga Datuk Razi Kail yang juga exco kerajaan negeri yang penting terutamanya apabila diberi tanggungjawab menjaga hal ehwal orang Melayu .

Beliau biarpun dikatakan agak keciwa tahun lalu bila nama beliau tidak naik sebagai calon DSNS , anugerah kali ini berjaya mengubati hati beliau lebih-lebih lagi pengundi di Juasseh yang mana Razi menjadi wakil rakyatnya memang mengharapkan Razi di anugerahkan darjah tersebut .

Bagi Datuk Zainal Abidin Ahmad , ADUN Sungai Lui yang pernah satu sekolah dengan penulis di Sekolah Menengah Datuk Mansor , Bahau memang wajar menerima anugerah tersebut memandangkan senioriti beliau dan hubungan rapat beliau dengan kepimpinan kerajaan negeri .

Zainal memang sentiasa bertuah dan tuah itu tentunya akan dikongsi bersama dengan pengundi dikawasan beliau yang memang dahagakan wakil rakyat yang berkaliber dan mempunyai kedudukan dikalangan masyarakat saperti Zainal .

Anugerah ini umpama bulan jatuh keriba tambahan lagi Zainal sedang berkira-kira samaada hendak bertanding jawatan timbalan atau naib ketua dalam pemilihan Umno bahagian Jelebu nanti .


PP – harap Zainal tak salah buat keputusan .

4 comments:

Anonymous said...

Maaf, saya rasa penulis tersilap orang. YB Ismail yang dimaksudkan ialah Ismail Taib, dan dia belum pernah menjadi EXCO sebelum ini. YB Razi pula tidak bertanggungjawab dalam hal-ehwal ugama kerana dia EXCO Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan dan Adat Istiadat Melayu.

COWENG ANAK PILAH said...

Sebelum coweng nak menyambut ucapan tahniah PP kepada tiga insan yang menerima anugerah ni, coweng nak ucapkan tahniah terlebih dahulu kepada brother kita yang membuat pengumuman tidak akan bertanding merebut jawatan Ketua Bahagian Kuala Pilah. Inilah langkah bijak sebagai orang lama dalam politik. Usah direbut-rebutkan, sebagai orang lama, perlu rasional dalam membuat keputusan agar sentiasa dihormati orang.
Coweng pun nak ambil kesempatan ucapkan tahniah kepada Dato' Razi, Dato' Zainal dan Dato' Ismail.

Pantun untuk mereka:

Emas, tembaga, kaca dan belian,
budi juga dipandang orang,
alang-alang diri dah diberi perkenan,
jadilah wakil rakyat yang selalu dipandang.

Anonymous said...

Tahniah UMNO Kuala Pilah. Berjaya mempertahankan maruah dan harga diri. UMNO Kuala Pilah membuktikan politik peribadi tidak penting.Saya yakin dan pasti UMNO akan terus memerintah dengan lebih berjaya lagi di PRU 13.

Saya minta Ketua UMNO Bahagian sedar, YB Dato'tidak berbuat apa pun untuk menentang dakyah pembangkang, di Senaling, Juasseh, Johol, Seri Menanti dan Pilah, pembangkang buat program.YB Dato Ismail dan gerombolan yang sama dgn YB Dato'tidur lena. Ketua Penerangan membisu, tidak pernah buat apa-apa program, tidak pernah nak merancang program penerangan.Dah jadi YB pun masih bisu.Tapi kalau naka rebut jawatan, YB Adnan paling gigih. YB Dato',YB Ketua Penerangan, YB Ketua Pemuda satu apa pun tidak pernah nak buat. YB Dato Ismail syok sendiri kerana jawatan ketua bahagian dah pasti kekal, YB Ketua Penerangan sibuk nak jadi Ketua Pemuda Bahagian supaya dapat jadi exco rampas tempat YB Samad.Yakinlah YB Ketua Penerangan akan tabur duit kepada pemuda untuk sokong beliau.Yakinlah.YB Adnan, kamu tabur duit, kalu saya ada bukti YB kedalam.Pasti. YB Dato Ismail bangunlah.Buatlah kerja lawan Pembangkang, buatlah ceramah politik. Buka minda, jangan ingat nak selesa, jangan guna duit untuk beri kepada perwakilan sahaja.Guna duit untuk lawan pembangkang. Jika YB Ismail buat kempen lawan pembangkang, saya sentiasa bersama anda.YB Dato hasan malek, jika YB Ismail tak buat apa-apa aktiviti, ayuh YB Hasan buat, ramai akan bersama YB Hasan.Ini UMNO Kuala Pilah tak takut pembangkang tetapi Pemimpinnya sahaja tidur dan syok sendiri.Eloklah YB Ismail ini diganti pemilihan akan datang.

Anonymous said...

tahniah yb dato razi..saya amat teruja dengan komitment yg yb dato berikan utk masyarakat n9 khususnya pengundi dun juasseh..gud luck my Allah bless u..