Friday, July 4, 2008

Siri 4 - PUTERI - NUR SALBI BAKAL DITENTANG KALI INI ?

KETUA Puteri bahagian Kuala Pilah Nur Salbi Muhamad mungkin tidak lagi boleh berada dalam kedudukan selesa kali ini kerana ada ura-ura dikalangan pimpinan puteri yang sudah muak dengan kepimpinannya bangun untuk mengambilalih kedudukannya sekarang .

Salbi dikatakan terlalu bergantung kepada pengaruh bapanya , Datuk Am yang juga bekas wakil rakyat Juasseh untuk mendapat sokongan sedangkan pengaruh Am sudah pudar dan tidak mendapat kepercayaan ahli Umno lagi .

Ahli Umno juga sudah muak dengan kata-kata lunak Am tetapi tidak berbuat apa-apa kecuali bertanding untuk membawa nama Ismail Lasim dan menjadi perwakilan ke KL bagi tujuan tertentu .

Malahan Am sendiri berada dalam senarai AJK yang agak terkebawah berbanding AJK lain walaupun Am adalah bekas wakil rakyat , mempunyai pengaruh politik yang kuat bersama adinya Datuk Muhi serta kaya .

Salbi juga diberitakan pernah dikaitkan dengan satu masaalah peribadi bersama jawatankuasa Pemuda bahagian dan ini menjadikan ahli-ahli puteri takut ianya merebak dan membabitkan suami mereka pula .

Siapa yang tidak sayangkan suami terutamanya kalau suami itu kaya , kacak , bijak dan penyayang dan tidak ada ahli puteri yang boleh membenarkan mana-mana wanita waiima mereka ketua puteri untuk mendekati suami masing-masing .

Sekarang status Salbi juga membimbangkan mereka untuk terus menyokong beliau memandangkan kegagalan beliau mengemudikan keluarga menyebabkan prestasi beliau memimpin puteri juga turut merudum .

Tak tahulah kalau puteri memang mahukan pemimpin mereka terdiri dari kalangan ibu tunggal kerana memang ramai pemimpin Umno yang berjaya satelah menjadi ibu tunggal .

Bekas pemimpin wanita bahagian ini juga pernah menjadi ibu tunggal dan berjaya dalam karier masing-masing dan mungkin ini menjadi petunjuk kepada puteri untuk mencontohi makcik-makcik mereka .

Setakat ini , dua nama disebut-sebut untuk bertanding disitu dan salah saorang darinya adalah kalangan kaum kerabat beliau sendiri yang memang sejak penggal yang lalu tidak pernah setuju dengan Salbi biarpun Salbi memberikan jawatan kanan dalam puteri bahagian kepadanya .

Zaman gersang Salbi bukan baru kerana sejak memimpin pergerakan itu , beliau belum menampakan kemajuan dalam politik walaupun beliau sebenarnya diprojekan untuk meneruskan dinasti kekeluarga dalam bahagian Kuala Pilah .

Ahli puteri perlu berani untuk membuat perubahan dan perubahan itu tentunya bukan melalui saluran yang disediakan brother atau Ismail Lasim .

Puteri harus bebas dan kebebasan itu akan membolehkan puteri menyuarakan pendapat dan permintaan supaya salah saorang pemimpinnya dipilih sebagai wakil rakyat dalam pilihanraya yang akan datang .

Ada enam kerusi di bahagian ini dan adalah tidak wajar kalau puteri tidak diberikan satu peluang kerana selama ini perjuangan puteri dalam memastikan kemenangan calon Bn memang amat besar sekali .

Sejak kepimpinan makcik-makcik tidak dihargai lagi , kekuatan wanita menjadi agak lemah masa PRU lalu dan puterilah galang gantinya yang dapat mengisi kekosongan itu .

Malangnya kerana puteri diketuai oleh Salbi yang ternyata lemah dan mengikut sahaja apa kata ketua bahagian , maka puteri kekal sebagai puteri yang belum baligh dan tidak perlu diberikan jawatan bagi menunjukan bakat kepimpinannya .

Lagi pun berapa lama dinasti 2 beradik yang diwujudkan itu harus kekal kerana ahli-ahli Umno yang seramai 20,000 lainnya menderita melihat betapa kuatnya dinasti ini mencengkam kepimpinan Umno bahagian .


PP – dah lama tidak percaya dengan 2 beradik tersebut .

2 comments:

Anonymous said...

Saya sokong sepenuh-penuhnya, supaya ada orang yang berani kehadapan mencabar kepimpinan Nur Salbi. Tidak syak lagi dia secara terang-terangan tidak memberikan undi kepada YB. DUN Juasseh ketika bertanding untuk perwakilan UMNO ke Kuala Lumpur. Inikah kepimpinan yang patut dicontohi dan diteladani? Sepatutnya dia bersikap menghormati dan menyokong penuh kepada pemimpin di kawasan DUN, bukannya mencari sokongan untuk kepentingan diri sendiri. Apa makna perjuangan dalam politik, jika cuba untuk menikam dari belakang, sedangkan YB. DUN Juasseh sendiri sentiasa menyokong dan memberi bantuan segala aktiviti yang dipolopurinya. Dari bisikan yang didengar, dia berhasrat untuk dicalonkand dalam PRU12 yang lalu bagi kawasan DUN Juasseh, tapi Allah Maha kaya, yang benar tetap benar. Walaupun dia menderhaka, tapi YB. DUN Juasseh tetap menyokong setiap penganjuran programnya sehingga sekarang.

poit said...

TU JO KOJO EH UMNO TIKAM MENIKAM, BIASOOO LAA