Wednesday, July 2, 2008

Siri 3 - YATI PERLU PIMPIN WANITA KP LAGI

DATUK Norhati Omar Ketua Wanita Negeri yang juga ketua wanita bahagian Kuala Pilah mungkin kecil hati apabila digugurkan sebagai calon pilihanraya tetapi di peringkat bahagian , kepimpinan beliau mungkin masih diperlukan lagi setidak-tidaknya untuk penggal ini .

Yati mungkin rasa keciwa tetapi kekeciwaan itu boleh diubati jika Yati reda kerana dari saorang guru sekolah rendah , Yati mempu menjadi exco dan mendapat gelaran Datuk , satu anugerah yang tinggi .

Penulis masih ingat bagaimana Yati satu ketika dulu hanya memandu kereta kancil kesekolah dan menguruskan tiga anaknya macam saorang diri dan sentiasa merendah diri bila berjumpa rakan dan sahabat .

Sikap beliau disenangi banyak pihak walaupun beliau kurang mesra dengan Ketua wanitanya Tan Sri Napsiah Omar biarpun pada ketika itu beliau adalah setiausaha Napsiah .

Yati menang dalam percubaan untuk duduk dikerusi AJK Umno bahagian dan kemudian apabila Napsiah bertadniang di parlimen , Yati dipilih untuk mewakili DUN Pilah , maka jadilah Yati saorang wakil rakyat sekali gus menjadi exco kerajaan negeri .

Tuah ayam nampak dikaki , tuah manusia tidak siapa yang tahu dan dalam PRU ke 12 , nama Yati tersingkir dari senarai calon dan beliau kembali menjadi rakyat biasa, tempat beliau digantikan oleh ahli Umno setahun jagung Adnan Abu Hassan .

Walaupun begitu , pengaruh Yati dalam pergerakan itu masih kukuh biarpun Yati tidak lagi menjadi wakil rakyat kerana Yati memang bijak menyusun barisan AJKnya yang terdiri daripada kalangan pemimpin biasa sahaja .

Malahan naib ketua Yati lebih berumur berbanding Yati dan hanya saorang suri rumah biasa berbanding dengan ketokohan Yati sebagai bekas guru sekolah .

Lagipun Yati satu regu dengan Ismail Lasim , sudah tentu Ismail tidak mahu menukar kepimpinan wanita yang masih menyokongnya dengan menaja calon lain bagi menentang Yati .

Yang mungkin membuat percaturan dalam wanita adalah terdiri dari kalangan rakan-rakan brother sendiri kerana Yati dan brother belainan regu dan sokongan wanita mampu untuk memberikan kemangan kepada mana-mana calon kerana lebih 30 peratus perwakilan adalah wanita Umno .

Biar apa pun Yati rasanya tetap berupaya mempertahankan jawatan yang disandangnya dan kalau setakat bertanding untuk memuaskan hati orang lain , tidak payah lah bertanding kerana selain memerlukan sokongan perwakilan , sokongan wang ringgit juga di perlukan .

Ada ke wanita Umno di bahagian ini yang mampu menandingi keupayaan kewangan Yati sekarang kecualilah kalau ianya didalangi oleh kalangan bekas pimpinan wanita sebelum ini yang memang berkemampuan dari segi kewangan .


PP – tidak mampu nak sokong Yati lagi .

2 comments:

Anonymous said...

Teringat tulisan PP dulu yang menyebut beliau merupakan bekas AJK Pemuda & AJK Bahagian KP. Tertanya-tanya juga apalah yang kononnya diperjuangkan oleh beliau semasa itu?

Adakah PP sedar yang UMNO kini ibarat “telur di hujung tanduk” selepas PRU ke-12 ini. Pencapaian UMNO dlm. PRU ke-12 ini tidaklah sebaik mana amnya & khusus di KP, prestasi UMNO juga bukanlah hebat sangat meskipun menang kesemua kerusi. Majoritinya rata-rata menurun dan ada peti-peti undi di mana calon juga kalah. Lebih-lebih lagi di DUN Pilah yang mana majoriti adalah pengundi bukan melayu & orang-orang muda.

Tulisan PP yang nampaknya cuba mendomba-dombakan pemimpin-pemimpin UMNO di KP amatlah dikesali. Kalau ya pun kemungkinannya berlaku pertandingan dalam bahagian KP, sepatutnya ahli-ahli UMNO yang telah lama berjasa di KP lebih faham & mengerti apa tujuan & fungsi parti siasah seperti UMNO ini wujud di KP.

Pertandingan di dalam UMNO bukanlah tempat untuk ahli-ahli UMNO yang berkepentingan membuat duit, caci-mencaci, jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi di peringkat bahagian. Jika dalam pemuda, takpa la juga kerana generasi pewaris ini memang harus disemai dengan semangat demokrasi yang subur dalam parti UMNO ini.

Pertandingan kalau perlu dielakkan jika boleh merosakkan parti WAJIBlah diambil langkah musyawarah antara pemimpin-pemimpin tertinggi dalam hieraki UMNO Bahagian KP. Masing-masing harus sedar & berfikiran rasional tentang apa matlamat & agenda untuk menjadi Ketua Bahagian. Perlu lihat & nilai diri kita secara ikhlas, apa cara terbaik untuk memperkuatkan UMNO KP. Orang UMNO harus sentiasa bertanya “Apa yang kita boleh buat untuk UMNO & bukan apa UMNO boleh bagi kat kita”.

Renungilah.

Hasil Nukilan,
SANG SAKA BANGSA
-Tak tergamak melabelkan pemimpin-pemimpin kita sbg gajah yang sering ditunggangi org untuk sampai ke destinasi mereka.

COWENG ANAK PILAH said...

Jatuh bangun dalam politik ni biasalah PP. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Itu pasal sebelum berkira2 nak masuk politik, persiapkan dulu diri tu dengan segala kemungkinan yang akan terjadi. Selagi manusia hidup di muka bumi ni bernyawa, selagi itulah masing2 akan menerima dugaan dan cabaran, cuma caranya sahaja berbeza. Oleh itu, sentiasa bersyukur segala apa yang pernah kita miliki, jika hikmahnya masih ada, InsyaAllah berkuasalah kembali walaupun tanpa wang sesen pun. Itu barulah kejayaan yang hakiki dan tidak akan gentar walau dilanda badai.
Cuma satu coweng nak beri pandangan, bila dah jadi orang politik, hiasi hati budi dengan seelok2nya, kerana mata yang memandang dan orang2 yang menilai berada di setiap penjuru. Selagi diri diyakini dan dipercayai, jagalah sebaik2nya budi pekerti kerana itu tonggak pada kejayaan yang berkekalan.
Bagi coweng pemimpin yang datang dan pergi tetap ada keistimewaan dan kelebihan tersendiri...cuma kita sahaja yang patut memberikan sokongan tanpa memecahbelah perpaduan sesama kita. Jika tersasar langkahnya termasuklah dia di dalam perangkap buatan sendiri, tetapi jika teratur langkahnya tanpa menganiaya sesiapa, berkatlah kehidupannya.