Tuesday, July 1, 2008

Siri 2 - APAKAH ADNAN ADA PELUANG DLM PEMUDA KP ?

ADUN Pilah Haji Adnan Abu Hassan mungkin orang kuat Datuk Ismail Lasim , ketua Umno Kuala Pilah tetapi bagi Pemuda Bahagian Adnan mungkin asing bagi mereka kerana tidak lama bergelumang dalam pergerakan itu berbanding dengan rakan-rakan yang lain .

Lagi pun Samad Ibrahim exco belia , sukan dan modal insan yang sekarang memegang jawatan itu macam tidak gemar Adnan mengambil alih kedudukan yang bakal ditinggalkan kerana Adnan sendiri bukan dari perut Samad .

Adnan datang dari suku Ismail dan sejarah dalam bahagian ini menunjukan Umno bahagian dan Pemuda memang sentiasa kurang akrab terutamanya salepas kemenangan Ismail menewaskan Abu Zahar Ujang .

Semasa Ismail menang , dua penggal yang lalu , calon ketua Pemuda Ismail iaitu Khalid Ujang tewas kepada Samad Ibrahim yang merupakan regu Abu Zahar walaupun Ismail berjaya menempatkan calon timbalan ketua dibarisan Samad .

Sepenggal salepas itu , Samad berjaya menguasai Pemuda sepenuhnya dan atas kepercayaan itu mungkin Pengerusi Perhubungan Negeri bersetuju Samad menjadi Naib Ketua Pemuda Negeri dan seterusnya wakil rakyat Seri Menanti .

Samad adalah ahli politik tulin yang dilahirkan Pemuda bahagian dan pusatnya di pegang oleh Abu Zahar Ujang dan bekas ketuanya Cikgu Chaah , jadi apa sahaja keputusan yang bakal diambil Samad , hampir pasti mempunyai pengaruh dari kedua-dua tokoh ini .

Kenyataan Samad apabila Adnan mengumumkan untuk bertanding jawatan tersebut amat mudah dan sambil lewa apabila diberitakan berkata bahawa semua ahli Umno yang masih dibawah 40 tahun berhak untuk menawarkan diri bagi kerusi tersebut .

Bukan Adnan sahaja yang berhak , semuanya berhak dan terpulanglah kepada ahli Pemuda untuk mengundi dan membuat keputusan apa yang baik buat mereka .

Kerana Samad sendiri telah melepasi had Pemuda , lebih baik samad memikirkan kedudukannya berbanding memikirkan kerusi yang bakal ditinggalkannya itu , jika tidak nanti , Samad sendiri yang mungkin kecundang biarpun calon pilihannya menang kerusi yang disokong Samad .

Adnan juga tidak boleh berbangga dengan kedudukan nya sebagai wakil rakyat bagi memperkukuhkan kedudukan kerana apa sangatlah budi Adnan kepada ahli Umno dibahagian ini jika dibandingkan dengan ramai pemimpin lain yang tidak dapat apa-apa habuan pun .
Mungkin Adnan rasa , beliau berhak untuk kerusi itu memandangkan beliau adalah wakil rakyat dan anak didik Ismail Lasim , tetapi perkembangan mutakhir ini , menunjukan brother pun berminat dengan kerusi Ismail .

Brother mungkin sukar untuk kesituk tetapi dalam kedudukan ini , keadaannya adalah serba mungkin dan kalau ahli Umno lebih menyayangi Timbalan Menteri berbanding exco , mungkin Ismail hanya menjadi ketua Umno cawangan Juasseh sahaja .

Dari segi hubungan , tentu brother lebih rapat dengan Pak Lah dan Najib dan brother juga mempunyai hubungan yang baik dengan Tok Mat , jadi mana Ismail nak letak muka kalau kalah dan tentunya isu beliau mendadak meninggalkan Isa samad menjadi sebutan ahli Umno disini .

Brother dua penggal menjadi wakil rakyat Juasseh dan dua penggal sebagai ahli parlimen tentunya ada strategi tertentu bila nak menwarkan diri untuk kerusi tersebut cuma lupa kah ahli Umno di bahagian ini satelah dua kali dikencingkan brother .

Berbalik kepada Adnan , beliau lebih baik mengikut jejak Razi Kail yang tidak bertanding apa-apa jawatan dan pernah kalah untuk menjadi perwakilan ke Kuala Lumpur tetapi masih tetap dipilih sebagai calon dan sekarang menjadi exco pula daripada sibuk nak mengejar jawatan untuk memperkukuhkan orang lain .

Ramai pemimpin di bahagian ini yang sekali sahaja jadi wakil rakyat macam Hishamudin Kadir dan Zainal Mokhtar dan jangan Adnan juga senasib dengannya kerana terlalu mengejar jawatan dalam bahagian sedangkan hubungan dengan pihak atasan longgar .


PP -Eloklah Adnan sembahyang tahajud dahulu sebelum buat keputusan tersebut

No comments: