Monday, June 30, 2008

Siri 1 - UMNO KP BAKAL ADA PERTANDINGAN ?

NAMPAKNYA kali ini kompromi dalam Umno bahagian Kuala Pilah saperti yang berlaku 4 tahun lalu tidak menjadi bila penyandangan jawatan Ketua bahagian Datuk Ismail Lasim akan ditentang oleh timbalannya Datuk Hassan Malek yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri .

Tetapi itu hasrat Hassan Malek atau Brother dan rakan-rakannya sahaja dan samaada hasrat brother itu akan disokong oleh ahli di peringkat cawangan atau tidak belum tahu lagi .

Ini kerana nada yang dibawa brother juga sama macam nada 4 tahun lalu dan apabila cukup pencalunan , brother pun mulalah mencari jalan perdamaian bagi memastikan tiada pertandingan dan beliau memilih untuk duduk dikerusi nombor dua dan selamat disitu dipenggal yang lalu .

Brother memang pandai mencongakan suasana dan sentiasa bermain play safe terutamanya bila mengaitkan dirinya dengan pertandingan kerana ahli Umno Kuala Pilah memang sedia maklum bahawa brother saorang yang mempunyaia sifat gengam tak tiris , berkira dalam soal kewangan dan kalau boleh hendakkan jawatan tertentu tanpa perlu keluar apa-apa belanja .

Justeru bila brother menyuarakan hasrat nak mencabar Ismail Lasim , ianya bagai pucuk dicita ulam mendatang kepada Ismail dan regunya kerana perjanjian 4 tahun lalu berakhir serta merta dan Ismail bolehlah memilih rakan karib beliau untuk duduk dikerusi yang di pegang brother sekarang .

Walaupun brother Timbalan Menteri , tetapi Ismail Lasim adalah exco kerajaan negeri dan kalau dikira dari segi keutamaanya kepada ahli Umno disini , mungkin Ismail lebih di perlukan kerana Ismail lebih dekat dalam menyelesaikan masaalah mereka .

Tetapi Ismail juga harus ingat bahawa brother adalah orang kuat Najib dan isu ini tentu akan berkumandang kuat kerana apabila peralihan kuasa di peringkat tertinggi berlaku , siapalah Ismail berbanding dengan brother .

Perkiraan ini patut diambil kira juga tetapi dalam politik , keadaannya adalah serba mungkin , hari ini baik , mungkin besok bergaduh dan tak mustahil hari ini bertegang urat , besok menjadi sahabat karib macam Ismail dan brother satu masa lalu .

Dari segi peluang , kedua-duanya mempunyai peluang cuma Ismail mempunyai sadikit kelebihan kerana dari 6 wakil rakyat di Kuala Pilah , 4 berada dipuak beliau manakala dua lagi iaitu brother dan Samad Ibrahim , exco belia di pihak brother .

Regu brother mungkin terdiri dari brother sebagai ketua , Samad sebagai Timbalan dan saorang lagi pemimpin Umno yang saban tahun mencuba iaitu anak aruah Datuk Yusof Lalhan , Kamil sebagai naibnya manakala di pihak Ismail Lasim , beliau sebagai ketua , Datuk Ruslan Yusof sebagai timbalan dan Razi Kail sebagai naibnya .

Jika ini berlaku , bermakna monopoli politik Kuala Pilah oleh dua sekeluarga iaitu Datuk Am dan Datuk Muhi akan berakhir di bahagian ini kerana selama lebih 20 tahun keluarga ini sentiasa menguasai permainan politik Kuala Pilah .

Ismail Lasim juga pernah menjadi budak kedua-dua tokoh ini satu masa lalu dan atas kepintaran merekalah Ismail menang ketua bahagian bila beliau menentang Abu Zhar Ujang .

Datuk Yati , Ketua wanita bahagian juga pernah mengalami nasib yang sama dimana pada penggal pertama bertanding sebagai wakil rakyat , disokong bermati-matian oleh kedua-dua keluarga ini tetapi satelah Yati terpilih untuk penggal kedua , mereka pula yang cuba menyingkirkannya .

Sekiranya barisan jawatankuasa diambil kira , brother mungkin kurang sokongan jawatankuasa sedia ada tetapi penyokong Abu Zahar yang pernah menjadi jawatankuasa masih ramai dan mampu memberi kejutan kepada regu Ismail .

Tambahan lagi beberapa jawatankuasa yang totok menyokong Ismail Lasim mula memikirkan sokongan mereka macam Azmy Ujang kerana sering sahaja di lupakan oleh Ismail apabila Ismail Lasim dah berada diatas .

Eloklah pertembungan kedua-dua gajah ini berlaku dalam Umno Kuala Pilah bagi menantukan hanya mereka yang mendapat sokongan majoriti dan kuat sahaja yang perlu memimpin Umno bahagian ini yang sekarang ini menjadi fokus kajian utama parti pembangkang .

Kalau pemimpin Umno yang menang itu lemah , kita kuatir mereka sekadar menang sorak kampung tergadai dalam PRU ke 13 nanti .


PP – tengah fikir nak sokong sapa atau nak jadi calon bebas saja

No comments: