Monday, July 7, 2008

PENIPUAN CARA BARU - HATI-HATI

PENGGUNA di Kuala Pilah mesti berhati-hati bila membeli belah di sebuah pasaraya yang terletak kira-kita 2 kilometer dari pekan kerana dikesan cuba menipu pelanggan dengan menjual barangan dengan harga yang berbeza .

Harga yang di pamerkan lebih rendah berbanding harga yang dibayar kerana apabila dibawa ke kuanter bayaran , harga barangan tersebut melambung naik .

Saorang rakan penulis terkena baru-baru ini apabila membeli 2 paket mee segera dengan harga RM 4.50 sebungkus sedangkan harga yang dipamerkan untuk barangan itu ialah RM 3.95 .

Keadaan ini berjaya dihidu apabila rakan penulis itu memang sentiasa berhati-hati dengan setiap barangan yang dibeli satelah dua kali beliau terkena atas sikap kurang berhati-hati sewaktu ingin membuat bayaran .

Sekali , beliau terkena di Tampin dimana selipar yang ditandakan dengan harga RM 1.90 sebenarnya berharga RM 3.90 apabila hendak dibuat bayaran .

Sekali lagi di sebuah pasaraya di Gemencheh , dimana beliau membeli 3 bungkus biskut tetapi di kenakan bayaran untuk 4 bungkus dan walaupun beliau kemudian dipulangkan semula bayaran terlebih yang dikenakan , tetapi berapa ramai yang tidak menyedarinya dan membuat bayaran apabila sahaja diberikan bil .

Penipuan secara terancang dan sophistikated ini memang sering kita dengar tetapi sukar untuk dibuktikan kerana apaabila teguran dibuat , mereka akan mengakui bahawa ianya satu kesilapan teknikal atau tidak sengaja dan perkara tersebut diselesaikan dengan memulangkan kembali duit yang terlebih bayar .

Sedangkan yang sudah terlepas dan tidak disedari pembeli tentunya lebih banyak lagi dan keuntungan atas angin ini tentunya bukan satu kerja halal baik dari segi agama mahupun undang-undang negara .

Sudahlah harga barangan setiap hari makin meningkat , penipuan pula berluas-luasaan dengan itu pemantauan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hel Ehwal Pengguna perlu dijalankan selalu .

Tidak cukup kalau sekadar datang memeriksa harga barang sekali sekala sahaja kerana harga yang di pamerkan kadang kala tidak sama dengan harga yang dibayar dikuanter dan apabila berlaku kesilapan , mudah sahaja penyelesaiannya sedangkan sepatutnya tindakan undang-undang diambil supaya ianya tidak berulang lagi .

Justeru itu , penulis meminta KPDNHEP cawangan Kuala Pilah bertindak keatas pasaran itu segera sebelum lebih ramai penduduk daerah ini menjadi mangsanya .



PP – KPDNHEP jangan pandai cakap sahaja , buatlah tindakan

1 comment:

COWENG ANAK PILAH said...

Emmm...bagus juga PP ceritakan pengalaman yang dilalui oleh kawan tu...setidak-tidaknya jadi panduan kepada semua orang. Sekarang ni, macam-macam cara orang boleh buat untuk mencari keuntungan, sampai tak mempedulikan bebanan yang ditanggung oleh rakyat. Apatah lagi di kawasan PP yang kebanyakannya masyarakat luar bandar yang begitu sayang pada kerajaan yang memerintah sekarang ni.
Satu perkara yang Coweng nak kongsi pengalaman yang dilalui iaitu ketika makan satay...Daripada bilangan satay pun boleh peniaga cuba menipu dengan mengurangkannya daripada jumlah sebenar yang diminta. Ingat-ingatlah mereka yang datang beramai-ramai dan berkeluarga terutama yang ada anak-anak kecil...jangan pandang ringan hal ini. Ada eloknya dikira dulu sebelum makan atau sesudah makan.