Tuesday, June 24, 2008

UMNO KUALA PILAH TIDAK MESRA AHLI ? .

Mampukah Umno terus kekal dan bertahan di Kuala Pilah kalau ahli Umno sendiri yang berurusan di pejabat Umno bahagian macam berurusan dengan pejabat pembangkang .

Susah dan tidak di pedulikan , begitulah nasib rakan penulis yang berurusan dengan pejabat Umno bahagian yang dibawah teraju Ismail Lasim .

Bukan sahaja pejabat itu tidak dapat menyelesaikan masaalah ahli Umno tersebut , malahan layanan sambil lewa membuat rakan penulis menjadi geram dan terasa ingin mengisi borang keluar daripada Umno .

Tetapi bila menngenangkan bahawa kekuatan Umno adalah dari ahli-ahlinya , hasrat tersebut di pendamkan sahaja dan membawa rungutan itu kepada beberapa rakan yang lain .

Yang menerima akibatnya sudah Tentu Ismail Lasim sendiri kerana beliau yang mengetuai bahagian tersebut dan kalau silap perhitungan , Ismail boleh goyah kedudukan sekiranya isu tidak mesra ahli ini terus berkumandang di corong radio setiap telinga ahli Umno Kuala Pilah .

Masaalahnya mudah sangat , rakan penulis itu bertanyakan kad keahlian Umno yang diberitakan sudah dihantar oleh Umno Malaysia ke bahagian-bahagian sejak lebih setahun yang lalu .

Tetapi kad tersebut disimpan sahaja di pejabat Umno bahagian dan bila di tanya , kakitangan Umno Kuala Pilah akan mengatakan majlis penyampaian kad akan dilakukan oleh wakil rakyat kawasan masing-masing .

Sekarang PRU ke 12 sudah lama berlalu dan wakil rakyat dah pun berganti tetapi kad tersebut masih juga tidak di perolihi lagi .

Apa gunanya Umno bahagian menyimpan kad tersebut tidak diketahui , mungkin ada agenda tersembunyi lain yang penulis sendiri tidak tahu kenapa kad yang bernama orang lain , hendak disimpan oleh Umno bahagian .

Kalau begini cara yang diamalkan Umno bahagian , alamatnya nanti , ahli Umno sendiri akan marah dan sokongan kepada Umno boleh hilang .

Jika ini benar-benar terjadi , dapatkah Ismail Lasim memimpin Umno bahagian lagi dan dapatkah beliau bertahan sebagai wakil rakyat sekiranya ahli Umno sendiri dah marah kepada beliau .

Ismail patut selalu menjenguk perilaku kakitangan pejabat Umno bahagian terutamanya pegawai-pegawai lelaki nya yang kelihatan macam lebih sudu dari kuah .

Sikap bodoh sombong ini akan memakan diri sendiri dan jika tidak diperbetulkan , kemungkinan untuk Umno merudum bertambah besar lagi .


PP - takut nak berurusan dengan Umno bahagian macam ini .

2 comments:

COWENG ANAK PILAH said...

Kuala Pilah menjadi perhatian serius bagi pihak pembangkang untuk masuk menyerang. Kalau tak berhati2 alamatnya, merudum nanti. Meleleh airmata darahpun dah tak berguna. Sementara kepercayaan dan keyakinan rakyat masih ada ni...jagalah hati mereka.

Anonymous said...

Salam sejahtera, ada juga kebenarannya info ini. Saya harap YB Dato'Ismail dan UMNO KP amnya lebih mesra pelanggan (ahli UMNO/pengundi) dengan perubahan sikap kakitangan (lebih cekap dan bermaklumat).Jika difikirkan baik,apa salahnya pejabat perhubungan awam di letakkan di ground floor.Ini memudahkan ahli berurusan.Letak lah TV,komputer dan risalah.Jadikan setiap hari ada pegawai bahagian (ajk bahagian dan sayap-sayap yang lain bertugas.Jika tidak jadikan hari sabtu sebagai hari bersama pelanggan, semua YB dan ajk bahagian lapangkan masa.Ini masa berjuang.Jangan gah untuk pegang jawatan.Kedudukan tak kemana.Lebih mulia jadi ahli parti yang memerintah daripada presiden parti pembangkang.