Monday, June 16, 2008

AZMI UJANG , PAHLAWAN YANG DITINGGALKAN

Di Kuala Pilah terutamanya di peringkat Umno Bahagian , siapa tidak kenal dengan Azmi Ujang , saorang tokoh politik yang telah berjuang begitu lama dalam Umno bahagian Kuala Pilah , pernah menjadi AJK Pemuda dan sekarang Umno bahagian tetapi sering ketinggalan keretapi setiap kali Umno bahagian itu membuat keputusan calon wakil rakyat .

Sepatutnya Azmi , bekas juruteknik JBA yang rajin membawa spanar ke cawangan serta pernah menjadi Bendahari Pemadam Daerah wajar di pertimbangkan untuk dipilih sebagai wakil rakyat kerana dalam satu pemilihan beberapa tahun lalu , Azmi adalah AJK yang mendapat undi tertinggi mengalahkan semuya calon lain termasuk Dato Am .

Kalau sudah begitu kedudukan Azmi dalam Umno , kenapa namanya sering tercicir dan sekali lagi masa PRU ke 12 lalu , Azmi hanya menjadi pemain simpanan sahaja sedang Adnan Abu Hassan yang baru setahun jagung menjadi ahli Umno dan AJK Umno bahagian , dipilih menjadi wakil rakyat menggantikan Datok Yati yang tidak bertanding lagi .

Kalau dikira dari segi kekananan , Azmi lebih kanan dan lebih lama dalam Umno Kuala Pilah tetapi Azmi tiada kelayakan profesional , tiada lulusan bar council dan tiada kabel untuk memudahkan beliau dipilih .

Bila Ismail Lasim hendak bertanding ketua bahagian menentang Tan Sri Abu Zahar Ujang , Azmilah pahlawan kuat Ismail Lasim kehulu kehilir membawa nama Mail tetapi apabila menang , Azmi tidak pun dilantik sebagai pengerusi biro yang kanan malahan hanya dilantik sebagai timbalan pengerusi biro sedangkan Azmi adalah AJK paling kanan dan mendapat undi tertinggi .

Sayang sekali perjuangan dan jasa nya tidak dihargai Ismail Lasim . Ismail Lasim lebih selesa mendengar cakap Yahya Pilus dan melantiknya senagai pembantu beliau sedangkan yang bekerja keras ialah Azmi Ujang .

Mungkin jika tidak kerana keberanian Azmi menyanggah pendapat Abu Zahar Ujang semasa mesyuarat AJK Umno bahagian , mungkin Ismail Lasim tidak lagi kekal di keduduknya sekarang , mungkin tak jadi wakil rakyat lagi .

Disebabkan Azmi lebih mementingkan Ismail Lasim , beberapa rakan rapatnya saperti Zainal Saleh bekas setiausaha Pemdam Daerah dan Dato Mohd Khalid Harun (MK) serta beberapa yang lain terpinggir kerana beliau berkeyakinan bahawa Ismail Lasim akan mengenang budi yang dicurahkan Azmi Ujang .

Begitu lah nasib Azmi Ujang yang sekarang berniaga surat khabar sebagai sumber pendapatannya .

Beliau mungkin dilihat gagal dalam kerjaya politiknya sedangkan beliau lebih bersinar berbanding Ismail Lasim , Yahya Pilus dan beberapa yang lain tetapi disebabkan tersilap perhitungan dan tersilap menaruh harapan , akhirnya Azmi Ujang kecundang ditangan sendiri .

Setidak-tidak melantik Azmi Ujang sebagai ahli majlis MDKP agak berbaloi juga kepada beliau memandangkan pemandu lori Haji Muslim boleh dilantik kejawatan tersebut sdangkan apalah beliau jika dibandingkan dengan kebolehan Azmi Ujang selain pandai mewarnakan suasana .

Jika Azmi Ujang kekal dengan Abu Zahar , Azmi mungkin sudah bergelar wakil rakyat kerana Abu zahar memang suka dengan gaya kepimpinan Azmi cuma beliau masih dalam proses menguji kesetiaan Azmi dan sebelum proses ujian itu tamat , Azmi Ujang dah beralih arah .

Sekarang Azmi Ujang sudah tiada apa-apa lagi . Nothing , kalau ada pun cuma beberapa rakan yang sudi datang kekedainya untuk membaca surat khabar free atau bersama-sama mengenang kegemilangan masing-masing .

Mungkin pemilihan dalam Umno bahagian kali ini , nasib Azmi Ujang tidak sebaik dulu tetapi setidak-tidaknya Azmi telah berjaya mengenal siapa intan dan siapa permata .

Yahya Pilus yang satu masa dulu berada dibawah ketiak Azmi sekarang dah jadi orang kuat Ismail Lasim dan sudah pandai serta tidak perlu pertolongan Azmi lagi , tetapi jika Azmi pandai memilih rakan dan bijak mengenal intan dan permata , Azmi mungkin tidak kecundang lagi .

Mengharap pada Ismail Lasim atau Adnan Abu Hassan samalah saperti merindui bulan dilangit , Azmi harus hentikan dan mulalah pula menyerang kerana dengan itu sahaja baru orang akan tahu membalas budi kita .

Kepada Azmi , selamat berjuang dan pastikanlah perjuangan itu akan membawa kejayaan . Tidak guna menjadi pahlawan kalau sekadar besar pada nama sahaja .


PP - tidak mahu jadi macam Dato Lembaga , nama gah tetapi tiada apa sebanrnya .

No comments: