Friday, June 6, 2008

SEGERAKAN NAIK TARAF JALAN DALAM PEKAN KP .

Bila kah agaknya jalan utama dalam pekan KP akan dinaik taraf supaya sesuai dengan kedudukannya sebagai laluan utama pengguna ke Kuantan dan selatan tanahair .

Kalau begini lah keadaannya sepuloh atau dua puloh tahun lagi , alamatnya KP akan jadi macam bandar yang tidak sesuai untuk kediaman orang ramai .

Ini kerana , semua jalan utama sesak sepanjang masa , sudah lah tu , persimpangan utama antara Seremban , Tampin dan Bahau adalah persimpangan yang paling tak selamat didunia .

Tanya orang KP apa perasaan mereka berseliseh dengan lori panjang di persimpangan tersebut , macam nak tercabut perasaan rasanya kerana kedudukan persimpangan itu terlalu dekat dan kenderaan yang lalu pula panjang-panjang belaka .

Apa guna wakil rakyat kita kalau tak nampak semuanya itu . Jangan lah asyik duduk di KL dan Seremban sahaja sebaliknya fikirkan lah bagaimana untuk mengatasi kesesakan tersebut .

Jalan KP Seremban di Bukit Putus dah dibuat dan tidak lama lagi orang ramai akan mudah ke Seremban . Terima kasih kepada Tok Mat atas daya usahanya itu .

Ismail Lasim jangan tersenyum atas perkara itu , kerana jalan Seremban di Melang iaitu diantara hospital dan Ampang Tinggi terutamanya di persimpangan Desa Aman dan Desa Melang adalah kawasan maut yang dah meragut beberapa nyawa .

Tak kan nak tunggu wakil rakyat sendiri yang kemalangan disitu baru Ismail Lasim nak besarkan jalan tersebut .

Apa gunanya jadi exco kerjaraya kalau masaalah yang dalam bidang exco tersebut pun tak dapat nak diselesaikan .

Berhentilah dan berikan kepada orang lain macam Azmi Ujang atau Dato Am , biar dia orang pulak yang betulkan jalan ini .

Kalau tak jalan-jalan juga , jangan nanti , BN dah jalan di KP baru wakil rakyat beriya-iya nak besarkan jalan ni .

Tunggulah PRU ke 13 kalau Ismail Lasim dan geng-gengnya tak nak ambil perhatian kepada keluhan rakyat dikawasan beliau.

Mungkin bye-bye.........


PP - dah lama bye-bye Ismail Lasim dan gengnya termasuk brother .

No comments: