Thursday, May 22, 2008

WAKIL RAKYAT BERPEJABATKAN BANGUNAN USANG ?

Dalam keghairahan sasatengah pemimpin Umno mendesak pemimpin utamanya meletakan jawatan dalam parti dan kerajaan , ada wakil rakyat di bahagian Kuala Pilah yang masih tidak berubah juga baik dari segi penampilan diri mahupun persekitaran pejabatnya .

Wakil rakyat ni dah 2 penggal menjadi Adun , maknanya telah ada pengelaman dan tahu kehendak dan kemahuran rakyat .

Beliau bukan wakil rakyat baru tetapi telah agak lama juga , berkelulusan agak baik dan orang yang bergelar .

Malangnya pejabat beliau yang di buka disalah sebuah bangunan yang entah siapa yang membina dan memilikinya kelihatan amat usang dan tidak lansung menggambarkan pejabat wakil rakyat .

Kedudukannya pula tu bersebelahan pasar di sebuah pekan kecil dan kalau dilihat daripada cat dan bentuk bangunan , ternyata ianya tidak setaraf dengan pejabat wakil rakyat .

Nak kata rakyat geli nak datang ke pejabat tersebut tidak juga tetapi kira-kira macam tu lah kerana kedudukannya dan wajah bangunan itu sendiri menggambarkan keadaanya yang usang dan tidak berdaya penarik .

Khabarnya bangunan tersebut ialah bekas sebuah calet yang didirikan kerajaan untuk kegunaan orang ramai kerana pekan kecil tu tiada hotel malangnya digunakan oleh wakil rakyat ini dan yang terdahulu sebagai pejabat nya .

Mungkin kalau tak Tok Mat makluman dulu bahawa peruntukan bulanan untuk wakil rakyat menyelenggara pejabat ada sebelum ini , kita tentu tidak percaya begitu rupanya pejabat wakil rakyat .

Macamana nak menyelesaikan masaalah rakyat kalau masaalah pejabat sendiri pun tak terselesai , nak kata macam kandang kambing tak pula tetapi lebih kurang macam itu lah .

Patutnya satelah terpilih untuk kali kedua dan mendapat kedudukan yang baik dengan berbagai gelaran , pejabat hendaklah dikemaskinikan supaya rakyat mudah nak datang mengadu .

Kalau tak cantik pun sekurang-kurangnya persekitarannya adalah bersih , catnya berganti dan kakitangan yang bertugas tak lah tua sangat .

Wakil rakyat macam ini tidak wajar di sambung lagi nanti kalau tak nak mengubah fikiran dan sikap pembawaannya .

Patutnya bekas guru ini pandai menilai keperluan rakyat dan bersedia menyelesaikan masaalah rakyat untuk mengembalikan keyakinan rakyat , tetapi nampaknya macam endah tak endah dengan pejabatnya yang buruk itu .

Minta-minta Tok Mat , Menteri Besar lihat perkara ini dan beri nasihat .

Kalau tak makan nasihat , ramai lagi orang Kuala Pilah yang berkelayakan untuk di pilih menjadi wakil rakyat BN .



PP - tunggu Tok Mat pelawa jadi wakil rakyat .

1 comment:

Anonymous said...

sbb dia tau priority duit 2 utk rakyat.. bkn nk cantikkan pejabat. lgpn, rakyat jumpa dia kt rumah. LOSER!