Tuesday, May 13, 2008

KJ KENA UBAH PENAMPILAN

Khairy Jamaludin (KJ) patut membuat perubahan pada dirinya jika mahu terus bergaya dan mendapat sokongan rakyat dalam politik negara .

Beliau tidak sewajarnya bersikap terlalu hendak menunjuk pandai berucap atau mengeluarkan pendapat sahaja tetapi juga perlu menunjukan sikap lebih banyak mendengar daripada bercakap .

Ini kerana prinsip saorang pemimpin ialah lebih mendengar daripada bercakap dan kalau bercakap isinya mesti bernas dan membawa manfaat kepada semua pihak .

Tidak guna KJ terbawa-bawa dengan mainan pembangkang yang ingin melihat beliau berucap dalam keadaan marah dan nada yang tinggi .

Biarkanlah luncai terjun dengan labunya , KJ jangan terikut budaya mereka dan tidak termakan provokasi yang dimainkan .

kalau KJ terikut gaya pembangkang , sudah pasti rakyat akan marah dan benci kepadanya dan sudah tentunya juga masa depan politiknya tidak secerah yang diduga .

Rakyat tidak mahu pemimpin yang hanya pandai berkokok tetapi juga pandai buat kerja dan yang paling penting banyak buat kerja untuk rakyat .

Rakyat yang pilih wakil rakyat dan wakil rakyat perlulah bertugas untuk rakyat .

KJ mesti macam itu dan sewajarnya KJ mengambil pendekatan baru . Lagi pun KJ adalah bakal Ketua Pemuda Umno , parti pemerintah terbesar di negara ini .

Ada lebih 80 wakil rakyat Umno di parlimen dan KJ salah saorang daripadanya . Jangan KJ berada dikedudukan sepuloh terbawah tetapi hendaklah berada dalam keadaan 10 teratas supaya mampu untuk bertanding dengan pembangkang .

Rakan segan dan pembangkang pula takut begitulah pendekatan yang perlu ada dalam diri KJ .

Kita mahu KJ menjadi pemimpin yang berjaya . Mana tahu Negeri Sembilan mampu melahirkan saorang Presiden Umno satu masa nanti .

Siapa tahu , kalau tidak dari sekarang persiapan itu dijalankan .

Sekarang , haluan KJ seudah betul , peluang sudah ada dan paling tepat KJ dan berada dalam kapal yang sama , apa lagi KJ perlu membentuk diri menjadi kelasi yang baik sebelum menjadi kapten kapal .

Harap KJ paham , teguran bukan untuk menjatuhkan tetapi untuk memastikan beliau tetap wujud di persada politik tanah air .

Berapa lama KJ nak bergantung dengan titile menantu PM ?



PP - harap KJ berjaya mengejar impiannya

No comments: