Sunday, May 11, 2008

MDKP DAN KARENAHNYA.....

Majlis Daerah Kuala Pilah ( MDKP ) hanya sebahagian kecil majlis daerah di negara ini yang tidak putus-putus dilanda berbagai masaalah yang bukan sahaja memeritkan pembayar cukai pintu tetapi juga mereka yang memerlukan khidmat terbaik daripada MDKP .

Tidak hairanlah MDKP dianggap sebagai sebuah organisasikan yang mudah dikendalikan sasatengah pihak tetapi bagi pihak yang lain , ianya umpama sebuah organisasi yang paling sukar mendapatkan khidmatnya .

Bayangkanlah kalau kita tidak mempunyai hubungan baik dengan sebahagian pegawai terutamanya mereka yang mempunyai kuasa terutamanya dibahagian perlesenan dan gerai , begitu sukar untuk memperolihi gerai perniagaan .

MDKP lebnih rela melihat gerai terbiar kosong tidak dihuni biarpun telah bertahun keadaan sebegitu daripada menyerahkan kepada orang lain yang ingin berniaga semata-mata kerana mereka bukan kroni mereka .

Bayangkanlah saorang pegawai bahagian gerai boleh menengking menyatakan gerai itu telah ada pemiliknya dan tindakan tidak boleh dibuat apa-apa sedangkan gerai itu telah tidak dihuni lebih daripada setahun sahingga bekalan eltrik dan air pun telah di potong .

Tidak mustahil gerai tersebut terutamanya di stesyen bas Kuala Pilah akan terbiar lebih lama lagi dan akan rosak serta tidak dapat digunakan lagi sadikit masa lagi akibat terbiar kerana tidak digunakan .

Lainlah kalau yang meminta itu ada hubungan baik dengan beliau . Sudah tentu kelulusan diberikan segera tetapi kalau tidak berbagai alasan diberikan dan yang lebih kerap kedengaran ialah gerai itu sudah ada pemiliknya .

Sikap dua tiga kakitangan MDKP ini memang sudah jauh daripada melampau terutamanya kerana mereka bukan orang tempatan dan tidak mempunyai tanggungjawab sosial kepada penduduk tempatan .

Entah bagaimana MDKP boleh melantik bukan anak tempatan untuk duduk disitu dan memegang jawatan yang agak penting juga sedangkan banyak lagi rakyat tempatan yang layak tidak diberikan peluang .

Wakil - wakil rakyat terutamnya yang baru patut melihat perkara ini dengan lebih jelas lagi . Kalau perlu ditukarkan , tukarkan lah kerana ianya penting untuk pembayar cukai taksiran yang juga rakyat tempatan .

Jika tidak mungkin kakitangan ini akan menjadi liabiliti kepada MDKP sahingga boleh menjejaskan pengaruh wakil rakyat itu sendiri .

Apa lagi kalau ahli majlis yang dilantik tidak berwibawa dan tidak menunaikan tanggungjawabnya dengan baik dan ikhlas .

Kalau sekadar mengharapkan elaun bulanan dan elaun menghadiri mesyuarat , baik tak usah dilantik sebagai ahli majlis .

Kan lebih baik lantik sahaja mereka yang jujur dan benar-benar hendak bertugas . Mereka saperti Haji Muslim yang hanya tahu menunjuk sebagai ahli majlis tidak menjalankan tugasnya sahingga orang ramai tidak tahu sebenarnya beliau adalah ahli majlis MDKP .

Ismail Lasim sebagai orang kuat Kuala Pilah , elok lihat perkara ini .

Beliau bukan sahaja ketua Umno Bahagian , tetapi exco kerajaan negeri dan sudah dua penggal duduk disitu , tak kan tak tahu mengenal intan dan kaca . Jangan tahu menyalahkan rakyat yang tidak menyokong sahaja sedangkan kesilapan sendiri tidak tahu .

Kalau macam tu baik jangan jadi wakil rakyat dan jadi sahaja pemimpin Ngo yang boleh memberikan khidmat kepada masyarakat .

PP - sedia gantikan tempat Ismail jika dipilih

No comments: