Sunday, May 4, 2008

YB ADNAN KENA RENUNGI DIRI SENDIRI DULU

Minggu lalu penulis sempat berbual-bual dengan Adun baru Pilah YB Haji Adnan Abu Hassan . Beliau baru dua bulan menjadi wakil rakyat dan dikira muka baru bukan sahaja dalam politik tetapi juga baru menjadi wakil rakyat .

Dalam perbualan itu , YB Adnan melahirkan kekeciwaannya kepada jentera kerajaan kerana katanya tidak begitu membantu memberikan mileage politik kepada beliau dan Umno .

Katanya , beliau kerap di persalahan semasa pilihanraya lalu kerana projek pembangunan gagal dilaksanakan semasa pilihanraya tetapi salepas sahaja selesai pilihanraya , projek pembangunan pun dijalankan dengan pesatnya .

Longkang-longkang di perbaiki , jalan di turap dan aduan pembaikan dijalankan segera . Katanya semua ini seakan-akan tidak bermakna lagi kerana pilihanraya sudah lepas dan rakyat telah meluahkan rasa terbukunya melalui undi pilihanraya .

Tetapi benarkah keluhan YB Adnan ini ? . Apakah beliau yang baru 2 penggal menduduki kerusi Umno bahagian Kuala Pilah dan baru 2 bulan menjadi wakil rakyat sudah begitu terlatih untuk menganalisa kedudukannya dan perkembangan politik dan pilihanraya .

Benarkah rakyat marah pada kerajaan atau wakil rakyat semasa memberikan undi mereka dan benarkah pembangunan tidak dijalankan semasa pilihanraya .

Perlukah kerajaan membuat politik kosmetik semasa pilihanraya dengan meletakan pasir , batu di tepi-tepi jalan semata-mata untuk meyakinkan rakyat bahawa projek pembangunan akan berjalan .

Kalau benar projek pembangunan menjadi puncanya kenapa dikawasan luar bandar yang kurang pembangunan , undi yang di perolohi masih tinggi berbanding di kawasan bandar , dan kenapa bekas YB Dato Norhayati Omar kurang muncul salepas penamaan calon ? .

Persoalan begini harus dijawab dulu sebelum YB Adnan boleh melontarkan kesilapan itu kepada kakitangan kerajaan . Sebagai penyokong kuat kerajaan , kakitangan kerajaan lah yang menjayakan kerajaan hari ini .

Mereka melaksanakan tugas dengan jujur dan penuh didikasi cuma segelintir ahli politik yang tidak nampak semua itu .

Bagi mereka kalau menang besar itu perjuangan mereka tetapi kalau kalah , itu adalah kelemahan kakitangan kerajaan .

Benarkah atau sebenarnya YB Adnan yang masih tidak paham senerio politik Kuala Pilah .

Kalau pun baru menjadi YB , janganlah pula nak menyalahkan orang lain .Sudah dikira baik YB Adnan menang kalau kalah , apa nak jadi .

Ingatlah , tugas YB sekarang ialah membawa pembangunan dan menjalankan sebaik-baik tugas yang diamanahkan , kalau ada sebarang kesilapan di perbetulkan bersama .

Jangan mudah menyalahkan orang lain kerana , satu jari menunjuk orang , lagi 4 jari menunjuk diri kita .

Jadi berubahlah dan jangan sampai rakyat mengubah kedudukan YB Adnan menjadi bekas YB dalam PRU ke 13 nanti .


PP - cuma nak ingatkan YB Adnan sahaja supaya tidak terlebih lonjak .

1 comment:

Anonymous said...

bagi change kek acu bujeng tu... kasi kojo kuek sket..