Friday, May 2, 2008

UNTUNG RUGI KUALA PILAH ADA 3 EXCO DAN 1 TIMBALAN MENTERI

Menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti , Kuala Pilah tidak sepatutnya saperti sekarang lagi , ianya sudah berubah dan perubahan itu tentunya jauh lebih pesat berbanding sekarang .

Bukan rahsian lagi kalau dikatakan dalam PRU 12 , Kuala Pilah mendapat manfaat yang lebih bebanding dengan daerah lain .

Apa tidaknya dari senarai lima Adun dan saorang parlimen , tiga Adun dipilih sebagai exco manakala ahli parlimennya Dato Hassan Malek dipilih sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri .

Daerah lain , hanya dapat satu atau dua exco tetapi daerah Kuala Pilah mendapat tiga exco dari exco kerjaraya , perpaduan , perlancongan , agama , kebudayaan , kesenian sahinggakan exco belia dan sukan dan juga modal insan .

Apakah perlantikan itu tidak cukup untuk membantu Kuala Pilah membangun atau apakah hendak tunggu sahingga Kuala Pilah melahirkan semula Menteri Besar saperti masa Dato Mansor Othman .

Tetapi tidak ada gunakanya kalau Kuala Pilah hanya melahirkan ramai exco tetapi tak ada gunanya , hanya ramai dari segi bilangan sahaja sedangkan faedahnya kepada daerah ini tidak seberapa .

Lagi baik daerah ini tiada exco lansung tetapi pembangunannya pesat dan setanding dengan daerah yang mempunyai banyak exco .

Justeru itu , wajar kalau semua exco dan Timbalan Menteri ini merenung sadikit kepentingan mereka di Kuala Pilah .

Lihat pembangunan orang Melayu disini , lihat keadaan pasar yang tidak tersusun dan dimanopoli oleh bukan Melayu , begitu juga kedai runcit dan pasarayanya .

Apa sudah jadi dengan gerai di stesen bas Kuala Pilah yang masih banyak kosong tetapi bila di pohon untuk digunakan di majlis Daerah , Asri mengatakan gerai itu sudah diisikan .

Beginikah sikap orang Melayu kita dan Asri sepatutnya di tukarkan kebahagian lain kerana beliau bukan anak tempatan dan bermaharajalela di Kuala Pilah .

Tetapi kalau Ah Chong yang mohon cepat sahaja Asri memproses dan meluluskannya ? .

Jadi , semua wakil rakyat sekelian , ingatlah bahawa kerja-kerja YB sekelian akan dinilai lagi 4 tahun dan sekiranya gagal dan Kuala Pilah masih dok itu sahaja , maka Kuala Pilah mungkin jadi saperti Selangor atau Peak .

Takut nanti menang sorak kampung tergadai .

Ismail Lasim kena ingat ini semua dan brother yang baru naik pangkat jangan asyik dengar cakap Ismail Barliar atau Mokhtar Suhud sahaja , dengar lah juga rintihan rakyat .

Kita tidak mahu ada lagi wakil rakyat yang mensyaratkan kalau hendak peruntukan kerajaan kena buat majlis untuk wakil rakyat berucap macam brother selalu buat .


PP - terkejut tengok wakil rakyat baru YB Adnan dah pandai menyalahkan kakitangan kerajaan bila kurang undi

1 comment:

COWENG ANAK PILAH said...

Memanglah...rata2 keseluruhan masyarakat di bumi nogori ini memberi anugerah yang tinggi kepada UMNO Kuala Pilah kerana mampu menyapu habis kawasan tanpa memberi peluang kepada barisan pembangkang.
Tahniah kerana dapat ramai Exco dan ditambah dengan Timbalan Menteri lagi.
Inilah masanya mereka mengambil peluang untuk memajukan daerah KOPILAH ni supaya menjadi contoh terbaik wakil rakyatnya memberikan pelbagai keistimewaan kepada masyarakat. Jangan pula bila dah ada status, terlupa jasa2 rakyat yang memberikan sokongan sehingga terlalai dan terleka untuk memandang mereka dan membantu apa yang perlu. Selalunya, begitulah, rakyat dipandang bila masa nak mengundi, bila dah solosai cuma puak2 tertentu sahaja yang dibela dan dihargai...sedangkan diperingkat akar umbi nak pandang sebelah mata pun susah...alasannya...den sibuk lah...ado mesyuarat, ado nak jompo montori dan mcm2 lagi.
Sudahnya, nanti rakyat berkecil hati dan berpeluanglah pihak pembangkang untuk jadi pengubat luka di hati mereka yang tercalar itu.
Coweng nak cabarlah semua exco, timbalan menteri dan wakil2 rakyat di KOPILAH ni supaya lantang bersuara dan proaktif dalam membangunkan KOPILAH ni. Lahirkan idea2 yang bernas dan berusaha menunjukkan daya ketahanan kerja yang mantap dan berani demi masyarakat KOPILAH keseluruhannya. Balaslah sokongan yang diberi dengan menunjukkan cara kepimpinan yang dihormati dan disenangi oleh rakyat KOPILAH ni...Kalau tak nak ambil juga peluang ni, tak depeklah den nak khoba kan laie doh...nak kata tak berakal kang, masing2 punya akademik tinggi...
Jangan nanti jadi seperti negeri Selangor, bila kepimpinan masih diyakini...banyak perkara serius dibuat main2...sudahnya???
Kepimpinan KOPILAH ambil iktibar semua itu, tambat hati rakyat dengan gaya kepimpinan yang telus, ikhlas dan berbudi pekerti mulia. Tolak tepi segala kemewahan gaya hidup. Patut berbasikal atau bermotorsikal masuk kampung, naiklah...janganlah pulak menjalar kereta mewah bawa masuk kampung dengan menampilkan gaya wakil rakyat yang berstatus exco ataupun timbalan menteri. Meluat orang kampung nanti. Tinggalkan segala keinginan yang sentiasa mahu dihormati atau disanjung2 tinggi...tak boleh bawo ke mono doh...