Tuesday, April 29, 2008

BROTHER KENA LEBIH PEMURAH

Ramai ahli Umno di Kuala Pilah menyifatkan Dato Hassan Maleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian adalah saorang yang tangkai jering , kemut atau dalam bahasa adatnya ' gengam tak tiris " .

Bukan suatu yang asing bila kita sendiri yang terpaksa membayar harga minuman bila minum bersama brother walaupun beliau sebenarnya telah menjadi wakil rakyat selama 4penggal . Dusa penggal sebagai Adun dan dua penggal sebagai ahli parlimen termasuk penggal yang ini .

Tak kan lah beliau tidak mempunyai wang untuk membayar harga minuman terutamanya bila minum bersama-sama rakan atau pengundi dikawasan beliau .

Beliau akan berlalu begitu sahaja dan sebelum beredar biasanya beliau akan berkata , saya mahu merasa minum daripada tuan puan hari ini . Begitulah kemutnya brother .

Penulis pernah bersama beliau berkempen dalam satu pertandingan pada tahun 1998 dengan Datok Mohd Khalid Harun (MK) . Masa itu MK hendak bertanding jawatan naib ketua Umno bahagian dan Brother pada mulanya hendak bertanding jawatan timbalan ketua dibawah Dato Abu Zahar Ujang .

Sepanjang hampir dua bulan bersama setiap hujung minggu , tidak sekali brother membelanja penulis atau MK . Yang banyak membayar ialah MK kerana beliau saorang ahli perniagaan yang kaya dan pemurah dan penulis walaupun penulis adalah insan marhain yang lebih memerlukan kewangan untuk anak dan keluarga sendiri .

Malangnya MK kecundang dengan teruknya akibat dimain kan oleh rakan dan lawan . Benar saperti kata perpatah , kalau kita tidak kuat sokongan di peringkat grass root , kita akan dimainkan oleh pemimpin itu .

Itu yang berlaku kepada MK . Brother salah saorang yang menumpang kemurahan hati MK termasuk mengambil brither hampir setiap masa di Seremban dan membawanya ke Kuala Pilah untuk berkempen .

Bila masa pertandingan , MK dan brother kalah tetapi kekalahan Mk lebih teruk lagi . Tidak sampai 100 undi . Penulis sendiri yang pada mulanya pengikut setia MK dan kemudian ditinggalkan kerana brother beranggapan bahawa penulis adalah liabiliti kepada beliau , kalah juga tetapi hanya beberapa undi lagi untuk menang dalam pertandingan di peringkat jawatankuasa .

Ini lah sikap brother dan sekarang orang kuat brother saperti Ismail Barliar , Mokhtar Suhud dan beberapa lagi lebih kerap mencanangkan bahawa brother akan bertanding jawatan ketua Umno bahagian kerana berasa sudah cukup kuat satelah dilantik seagai Timbalan Menteri .

Tetapi mampukah ahli Umno melupakan permainan brother dalam pemilihan lalu bila beliau yang berura-ura nak bertanding jawatan ketua Umno bahagian kemudiannya berkompromi dengan Ismail Lasim untuk jawatan timbalan dan meninggalkan penyokong nya terkoteng-koteng , sejarah yang dibina oleh brother .

Mampukah mereka melupakan sikap tangkai jering brother dan mampukah mereka dimaiankan sekali lagi .

Kita lihat sahaja kalau-kalau brother boleh berbuat begitu kerana ahli Umno hari ini sudah celik mata , terbuka telinga dan hati serta telah pandai meluah perasaan .

Kita harap , penulis dan lain-lain yang pernah dimainkan brother , dapat menggagalkan usaha brother untuk naik pangkat itu dan kalau boleh meletakan brother diluar gelanggang Umno bahagian Kuala Pilah supaya Ismail Lasim tidak lagi susah tidur malam memantau gelagat brother yang ingin menentang kepimpinannya .


PP - sokong pemimpin yang berkaliber

No comments: