Monday, April 28, 2008

ISMAIL LASIM BAKAL DITENTANG ?

Umno Kuala Pilah sekarang di pimpin oleh Ketua Bahagiannya Dato Ismail Lasim . Beliau mengambil alih kepimpinan daripada Tan Sri Abu Zahar Ujang dan telah dua penggal memegang jawatan itu .

Namun ada ura-ura kepimpinan beliau akan ditentang kali ini , dan tentangan itu dijangka datangnya dari saorang pemimpin lama yang sekarang mempunyai jawatan yang agak penting juga di peringkat pusat .

Orang itu tak lain tak bukan ialah ahli parlimen Kuala Pilah yang sekarang menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri .

Persoalannya wajarkan Ismail Lasim di tentang ? .

Bualan ahli politik di Kuala Pilah berbelah bagi . Ada yang menyokong pandangan ini tak kurang pula yang menentangnya saolah-olah pertandingan akan membinasakan Umno sedangkan haikikat sebenarnya , pertandingan akan mendewasakan Umno .

Kedua-dua pihak ada alasan yang tersediri . Dari pihak brother , kedudukan beliau sebagai timbalan menteri menjadikan beliau agak lebih kanan dan wajar di naikan pangkat daripada timbalan ketua bahagian ke ketua bahagian .

Tidak ada salahnya kalau timbalan ketua bahagian naik pangkat ke ketua bahagian . Juga tiada salahnya kalau ketua bahagian tidak lagi menjadi ketua bahagian .

Semuanya terpulang kepada ahli Umno Kuala Pilah . Yang sokong Ismail Lasim menyatakan bahawa kedudukan Ismail adalah kukuh di peringkat negeri , malahan MB juga sayang padanya kerana Ismail Lasim rajin buat kerja .

Tetapi bagi kumpulan Brother , Ismail hanya rajin di Seremban , di Kuala Pilah brother lebih rajin malahan semasa brother jadi MP Kuala Pilah , setiap minggu ada sahaja aktibiti yang dijalankannya .

Tapi itu masa brother hanya MP biasa , sekarang tidak mungkin beliau boleh berbuat begitu lagi kerana beliau telah mempunyai tugas dan jadual yang ketat . Mungkin salepas ini , hanya satu atau dua kali sahaja aktibiti yang brother boleh hadir . Masa itu keadaan akan jadi seri dan brother tak boleh lagi mendabik dada sebagai saorang yang rajin berbanding Ismail Lasim .

Keadaan semasa memang memihak kepada Ismail kerana sebagai exco , Ismail mempunyai peluang dan ruang yang cukup banyak untuk bergerak dan membuat aktibiti di Kuala Pilah . Tinggal lagi , mahu tak mahu sahaja untuk Ismail memenatkan badan dengan aktibiti yang dirancangkan .

Justeru itu , samaada ada pertandingan atau tidak , Umno Kuala Pilah mesti sentiasa kuat dan mendapat sokongan ramai . Tidak guna Ismail atau Brother yang jadi ketua bahagian kalau Umno yang dipimpinnya kucar kacir .

Kepada ketua-dua tokoh itu , fikirlah masak-masak . Kepentingan parti mengatasi segala-galanya . Lagi pun kedua-dua pemimpin ini adalah orang kuat MB Negeri Sembilan .

Sokongan akar umbi penting tetapi jangan biarkan sokong membawa rebah . Jangan biar ahli bawahan membuat keputusan untuk pemimpin .

Kedua-dua puak ini ada alasan masing untuk terus kekal atau bertanding , pokok keutuhan Umno itu sendiri . Umno utuh , kekuatan Melayu Kuala Pilah akan terbela dan kalau Umno goyah , kekuatan Melayu mungkin boleh beralih kepada Pakatan rakyat .


PP - sedih mengenangan nasib ketua wanita Dato Norhayati Omar

No comments: