Thursday, April 10, 2008

YB RAZI KAIL BERPOTENSI BESAR

Mengenali YB Ahli Dewan Undangan negeri Juasseh Razi Kail pada pertama kali memang tidak memberikan apa-apa impak kepada pertemuan pertama itu . Apa tah lagi bagi penulis yang mengenali lebih 4 tahun yang lalu . Macam tidak ada apa-apa kepada kepimpinan beliau . Beliau terlalu low profile , dan sentiasa merendah diri . Macam tidak berpotensi tetapi disitu lah sebenarnya potensi beliau yang belum digilap lagi .

Menyoroti beliau selama ini memang tidak mendatangkan-apa kesan kepada sanubari penulis . Beliau macam wakil rakyat biasa tetapi satelah bersama-sama dalam satu mesyuarat peringkat exco baru-baru ini , penulis baru terperasan bahawa sebuah permata sedang di gilap oleh Tok Mat , MB Negeri Sembilan , bagi menjamin kepimpinan berwibawa dimasa akan datang .

Cara beliau berhujah , menyampaikan pandangan dan mengeluarkan arahan walaupun lembut tetapi tegas . Nadanya halus , berseloroh tetapi mempunyai mesej yang tajam . Tidak rugi Tok Mat memilih beliau sebagai exco kerana beliau memang mempunyai karisma untuk berada dikerusi tersebut .

Dulu dan sekarang amat berbeza , penampilan beliau begitu menyerlah dan kita pun dengan senidiri akan hormat apabila bercakap dengan Razi . Cuma raut muka beliau perlu di perbetulkan sikit . Jika ada perunding imej yang dapat membentuk raut wajah beliau agar lebih ceria , lebih tersenyum , mungkin lebih baik lagi . Beliau kelihatannya macam agak banyak masaalah walaupun kita memang memahami bawahawa menjadi exco tidak mudah .

Sentiasa ada masaalah yang perlu diselesaikan , baik masaalah rakyat mahupun masaalah di peringkat negeri dan atasan . Tetapi perawakan yang ceria boleh mendekatkan beliau dengan rakyat dan memudahkan beliau meraih undi yang banyak berbanding kali ini .

Pendekatan bermuka ceria ini perlu diberikan perhatian oleh Rai tambahan lagi beliau menjaga portfolio perlancongan yang memerlukan beliau sentiasa bermuka manis dan bukan bermuka serasa beliau kelihatan banyak masaalah .Tambahan lagi beliau berkulit hitam manis , jadi lebih kelihatanlah masaalah dimuka beliau sekiranya beliau kelihatan termenung dan mengerut dahi .

Bagi orang Kopilah , Razi adalah calon pilihan untuk masa depan . Kita ada beberapa calon lain tetapi Razi mempunyai karekter yang menyenangkan rakyat di Kopilah . Tinggal lagi , nak sokong atau tidak . Rasanya Razi perlu diberikan peranan yang lebih dalam Umno Kopilah dan sesuai kalau beliau diberikan jawatan naib atau setiasaua bahagian yang memerlukan orang penting . Tinggal lagi Tok Mail mahu atau tidak sahaja .


PP - lihat ketokohan Razi macam bakal Ketua Bahagian Kopilah suatu masa nanti .

2 comments:

COWENG ANAK PILAH said...

Memang coweng diakui YB. Razi ni riak mukanya macam orang dilanda sejuta masalah. Tapi coweng agak kurang setuju lah kalau mencari perunding imej semata-mata untuk merubah keaslian riak mukanya tu.
Apa yang penting coweng rasa ialah kesediaan dia untuk mendengar pandangan macam mana untuk terus berani berdepan dengan apa juga serangan-serangan yang kritikal terutama dalam politik dan dalam tugasan harian sebagai exco.
Berani kerana benar adalah tunggak bagi kejayaan seseorang. Pakej untuk terus berjaya sebagai ahli politik yang ada ilmu sudah okey, tapi pakej untuk ada keyakinan diri dan keberanian.....
MARI BERTUKAR-TUKAR PENDAPAT DALAM cowenganakpilah.blogspot.com

Anonymous said...

tak leh lwn hasan malek do. mano2 konduri dio poie, mano ado kematian dio ado, mano ado malapetaka dio ado pendek kato hasanlah yg mulo sampai kotompek tu dulu.. bobezo ngan razi...mesy, jkk jrang ado. masalah org kg langsung tak ambik kiro. bih baik boghonti caro terhormat pru13 nanti. hasan dah buek bench-mark..tak buleh monang razi do.