GAMAK nya umngok memang terkincit perut di Johol dan sangup berhabisan untuk memenangi kerusi itu .
Timbalan presidennya telah dijemput kesitu , mb entah berapa kali datang dan jika wakil rakyat pula entah dah berapa banyak yang datang menjenguk termasuk dari pakatan semata-mata kerana kedudukan kerusi Johol yang goyah salepas kosong begitu lama .
Pengundi Johol macam anak ayam kehilangan ibu , masa pemimpin besar datang berbondong-bondong ke Renggoh meraikannya dan apabila pemimpin balik , semuanya jadi sepi semula .
Yang tinggal banner dan bendera dacing yang makin lusuh dan ada yang dah menyembah bumi .
Baru-baru ini , jamuan hari raya peringkat dun Johol mungkin jamuan yang terbesar di Kopilah jika di bandingkan dengan jamuan di dun-dun lain termasuk jamuan yang dibuat oleh asan kepiting .
Sehari sebelum jamuan diadakan billboard besar di pasar sekitar johol dengan gambar mb , setiap tempat 2 billboard dan pantang ada kedudukan strategik billboard mengalu-ngalu dan mengajak orang ramai datang dipasang .
Sebuah lori 7 tan dengan kira-kira hampir 10 pekerja memasang billboard itu dalam hujan renyai-renyai petang sebelum hari jadi majlis tersebut .
Sebahagiannya pula memasang banner ditiang-tiang eletrik dan yang lainnya memacak bendera dacing di pekan air mawang , johol , renggoh dan sekitar persimpangan bahau - Kopilah .
Nampak sangat majlis itu macam nak menunjukan hebatnya majlis yang diadakan dan sambutan yang diberikan oleh orang ramai .
Habis aje majlis jam 4 petang , jam 5 semuanya dah habis pulang , semuanya dah kena angkut dan besoknya billboard besar itu pun dicabut balik .
Yang tinggal bendera yang tak seberapa .
Itu lah permainan umngok , menunjuk hebat , kuat dan berpengaruh sedangkan hakikatnya majlis nor azman yang tak payah pakai billboard besar , banting dan cuma kain rentang dua helai berjaya menarik ramai orang .
Tak payah lah nak berpura-pura , pengundi Johol dah masak , mereka tengah nunggu PRU diadakan sahaja , keputusan dah ada dalam tangan , gaya boleh berubah , cakap boleh di lembutkan tetapi undi mereka sudah pun ditetapkan dalam hati .
Umngok soal calun pun tak putus lagi , ini kan pula nak mengubah hasrat yang dah bulat dalam hati , rentikan lah kata orang Kopilah .
Kalau Johol yang dikatakan hebat itu boleh jatuh ketangan PR , jangan koyok kalau Pilah dan senaling juga boleh sama-sama ruyup .
PP - nak tengok pemimpin bodoh sombong tu menangis terguling-guling
5 comments:
Mat Asan mungkin calon terjun bertanding di DUN Johol demi Perpaduan dalam kem UMNO Bahagian KP
PP - cubo uleh apo kaitan TS Zahar buek open house banyak2 & korap buek progrem kek Pilah ni?
Cha a calon terbaiK untuk bn
Undi DECKA G7
den kono buang dek family sobab berjaya jadi profesional melayu. ...
Post a Comment