SAMA ada berita yang bertiup kencang ini betul atau tidak , wallahhuaklam tetapi kesannya memang ada kerana diberita tersebut ada beberapa versi .
Yang dimaksudkan ialah berita saorang adun yang juga exco melepaskan tembakan dirumahnya .
Kalau adun dan exco tentulah mereka dari bee end kerana hanya adun dari bee end yang berupaya menjadi exco .
Dari 10 exco , saorang adalah dari mca dan saorang lagi dari mic , tinggal yang lapan orang adalah dari partai umngok .
Kelapan-lapan adun yang menjadi exco itu pula tiga darinya berasal dari dun di Kopilah , satu di Seremban , satu di Tampin , satu di PD dan Jelebu dan lagi satu di Jempol .
Adun di Tampin tidak boleh diteka kerana adun itu adalah wanita kerana mengikut cerita adun terbabit ialah adun lelaki dan beristeri dua .
Patut MB buat statement , betul ke tidak cerita ini macam cerita paneh miang , bukan biarkan berita itu merayap dalam senyap .
Kalau benar , siapa dia dan adakah adun itu melakukan kesalahan , jika tidak , nafikan dan jangan biar orang ramai tertanya-tanya .
Berdiam diri saolah-olah berita ini tidak wujud akan memakan diri kerana lebih banyak nasi tambah akan wujud kerana berita sejengkal boleh menjadi sehasta .
Jangan jadi macam kisah lembu di gemas , bila dah parah , baru nak ambil tindakan yang kemudiannya menimbulkan kecacatan yang begitu besar .
Mungkin ada yang senyum dengan berita ini tetapi sekurang-kurangnya penjelasan tulin di perlukan bagi memulihkan keadaan .
Tak kan nak tanya DSN pulak cerita ni , buek malu yo .
Jika MB masih sunyi sepi , kita minta paneh miang yang mengaku tahu , tolong cerita kan .
PP - cerita lah paneh miang , cerita lah ....
No comments:
Post a Comment