BLOG INI TIDAK MENGAJAK ANDA BERSAMA , APA LAGI MENERIMA PANDANGAN YANG DIBERI , CUMA INGIN MEMBUKA MINDA ANDA KEPADA PANDANGAN ORANG LAIN . MUNGKIN IANYA BERSIFAT PERIBADI TETAPI TIADA UNSUR FITNAH DAN PERASAAN BENCI YANG DILONTARKAN . JADI " KAU FIKIR LAH SENDIRI "
Sunday, August 12, 2012
CALUN PILIHAN ...
TIDAK kira mereka dari parti mana , baik bee end mahu pun pee ar , semua mereka perlu lulus tapisan rakyat , sekurang-kurangnya tapisan yang berbentuk sifat peribadi mereka sendiri .
Jalan pilih dan undi calun yang gagal tapisan kerana mereka ini lah yang akan menjahanamkan negara dan boleh merosakan keharmonian perpaduan dikalangan rakyat jelata .
Pertamanya mereka mesti tidak bersifat ultra samaada cenderung kepada bangsa , agama atau keturunan dan perlulah bersifat wassatiyah .
Tapi jangan sekadar pandai bercakap sahaja sedangkan hakikatnya mereka adalah ultra dalam segala segi termasuk bermewah-mewah , munafik dan sering mewujudkan kecurigaan rakyat .
Apa pun alasannya , negara ini adalah negara majmuk , berbilang kaum dan bangsa serta berbagai anutan agama yang perlu di berikan perhatian .
Tidak boleh meiyakan hanya sesuatu agama dan menidakkan kebebasan beragama yang lain berdasarkan adap sopan beragama di negara ini dimana agama Islam menjadi agama rasmi persekutuan .
Jauhilah pandangan sempit dalam mengeluarkan padangan dan pendapat terutamanya dengan melemparkan tuduhan dan mengharamkan sesuka hati tanpa merujuk kepada hadis dan nas yang cukup .
Keduanya calun perlulah jujur dan ikhlas untuk berkhidmat untuk rakyat , bukan untuk dirinya , keluarga atau kroninya sahaja kerana ini akan mengundang salahguna kuasa serta berlakunya gejala rasuah yang sukar dibendung .
Jangan dipilih calun yang bercita-cita ingin menjadi kaya dengan jawatan politik dan mahu mengumpulkan harta sebanyak-banyaknya semasa berkuasa saperti yang berlaku sekarang ini .
Tidak dapat merembat harta rakyat dan negara secara terang , gunakan anak bini atau saudara mara dan mana-mana harta negara yang berpotensi memberikan keuntungan jangka pendik , dijadikan sebagai peuang untuk membuat duit dengan berbagai alasan termasuklah menswastakannya .
Selain itu , calun perlu berperibadi yang baik , jangan ada rekod jenayah , rekod korupsi , rekod mengganggu anak dara orang atau isteri orang , kawin lari , melepaskan diri dari tindakan undang-undang dengan memperdayakan udang-undang itu sendiri atau pun berpura-pura berlaku tidak tahu atau lupa , sedangkan maksud tersurat dan tersirat mereka adalah untuk membuat kekayaan melalui harta negara .
Lagi satu , jika ada calun yang mewar-warkan diri sebagai calun yang layak , bercita-cita hendak jadi exco atau mb atau menteri atau timbalan menteri , mereka ini tidak perlu diberikan undi biarpun bagaimana parti mempromosi mereka .
Ada dua tiga calun baru dan calun sedia ada di Kopilah ini berperangai begitu dan mereka harus diberikan pengajaran dalam pru ke 13 nanti , jadikan ini satu peluang untuk kita memperbetulkan silasilah kepimpinan negara yang dah jauh lari dari matlamat asalnya .
Peluang tidak datang selalu , dan peluang pru ke 13 ini adalah sebaik-baik peluang dan jika perlu , rahsiakan undi anda dan jangan tunjukan sokongan sahingga anda memangkah dan keputusan siapa yang menang diumumkan .
Dengan cara itu anda tidak akan terjebak dalam situasi dimana sekarang ini lebih ramai yang menggunakan peluang untuk menghancurkan orang dengan perasaan syak wasangka dan lebel melebel saolah-olah trend ini menjadikan halal bagi mereka untuk berbuat begitu .
Terpulang pada anda , PP nak ulas panjang dan dari pengamatan PP , gulungan atas pagar sekarang ini sudah jauh berkurangan kerana undi mereka sudah ditetapkan cumaa tidak dizahirkan saja .
Simpan sahingga ianya di gunakan .
PP - dah tahu nak undi mana
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment