Sunday, July 29, 2012

ANTARA SAIFUL DAN USTAZ NOR AZMAN ...


HAMPIR pasti , jika pertandingan dua penjuru berlaku , calun be end ialah saiful manakala calun pas pula ialah ketua penerangan pas negeri bekas iman masjid di seremban ustaz norazman .

Biar pun be end ada beberapa nama lain macam shamsul , chaah , ketua cawangan padang jual , ketua pemuda malan atau paling koman pun anak bekas ksu aseh che mat tetapi yang paling menonjol ialah saiful , anak saorang guru dari pekan renggoh .

Jika ini berlaku , pastinya pertandingan ini hebat memandangkan kedua-duanya berpendidikan tinggi , berkebolehan cuma dari segi terkedepan , sutas nor azman jauh meninggalkan kedudukan saiful memandangkan beliau memulakan kerjanya untuk kerusi itu secara anggresif sejak 4 tahun yang lalu.

Beliau yang berasal dari pekan johol sendiri dikatakan sangat sinonim dengan kerusi dun johol disamping penonjolan yang total kerana tiada calun lain yang berupaya melakukan saperti yang beliau buat .

Bekas calun yang lalu , bekas pekerja bank nampaknya terpaksa melepaskan kepada ustaz norazman jika mahu menang kerana pengaruh beliau bukan sadikit dan kerja keras selama ini perlu diberikan penghargaan .

Lagi pun hubungan beliau dengan ketua pas negeri yang juga adun paroi , taufik memang baik malahan beliau adalah ketua penerangan pas negeri , satu jawatan lantikan dari pengerusi dan proksi kepada pengaruh oengerusi sendiri

Dun johol adalah salah satu kerusi yang menjadi fokus pas negeri selain dun gemencheh kerana di kedua-dua kerusi ini , pas belum pernah menang dan harapan untuk menang di johol memang cerah .

Jika pas , dap dan pkr berjaya menyatukan minda dan gerak kerja mereka biarpun dibawah parti yang berbeda tetapi disatu gabungan yang sama , usaha mengambil johol dari tangan be end akan berhasil .

Namun , pas tidak boleh terlalu yakin kerana saiful juga tidak boleh dipandang mudah .

Beliau dikatakan berkarisma , tidak mempunyai rekod yang buruk tetapi rekod politik beliau tidak segagah chaah atau shamsul sendiri .

Chaah biarpun banyak trekod peribadi yang di pertikaikan orang , tetapi kemampuannya untuk menarik sokongan pihak pemilihan kepadanya disebabkan hubungan baik tidak harus di pandang mudah .

Cuma chaah agak banyak masalah dan penyelesaian kepada masalah yang dibawa chaah boleh menyebabkan umngok berputih mata keatas kerusi dun johol .

Sementara shamsul yang pernah keluar umngok dan menyertai s 46 kemudian masuk semula adalah pemimpin pemuda yang seiringan dengan mail dan pernah dikatakan membayangi kehebatan mail sendiri .

Tapi itu dulu , sekarang shamsul biarpun berpengelaman tetapi dari segi hubungan dengan mail dan menjaga kepentingan masil dimasa hadapan , bergantung kepada saiful adalah lebih baik .

Jalil dari malan biarpun boleh dikatakan mewakili pemuda bahagian tetapi jalil ini adalah pengikut asan kepiting dan sukar untuk meraih sokongan orang umngok yang rata-rata berkiblatkan kepada mail .

Manakala anak aseh che mat pula semacam payung terjun, mahukah pengundi johol menerimanya ?

Yang pasti , siapa pun  terpilih waiima saiful , shamsul , jalil , chaah atau saamah dari padang jual akan wujud cah keting dikalangan umngok .

Ini masalah besar umngok dan menentukan calun yang berjaya diterima ramai amat sukar kerana semuanya merasakan calun boleh menang .

Tapi benar ke boleh menang jika kali ini berdepan dengan saorang ustaz yang cakapnya telah menggegarkan banyak ceramah besar di johol ?

Tinggal lagi , bila kah pru akan tiba bagi kita menilai tahap kekuatan sebenar setiap parti yang bertanding dimata rakyat .


PP - undi rahsia

9 comments:

Anonymous said...

Chaa perlu selesai masalah hutang skim jual tanah

Anonymous said...

JOHOL DUN paling mundur dalam N9

Bank xdo, stesen minyak xdo, kawasan jalan waktu malam banyak lagi x berlampu, mcm2 lagi

UMNO kalah akan bori kemajuan di Johol macam nasib DUN Pilah lopeh ni

Anonymous said...

Analisa ringkas calon2 UMNO berpotensi di DUN Johol:

1. Samsul- Jarang balik kawasan, perantaro TS Zahar dgn Hj Mail, Pengkhianat, lalang (Si Kitol)

2. Abu Samah - ado duit sikit, dah tuo, x do karisma, gagal pimpin & gorak Jentera UMNO Johol, takut HANTU

3. Saiful - mudo, kayo berniago dgn
umno,pemurah bilo bertanding tapi kedokut buek program parti, tahap pelajaran biaso

4. Cha'a - rajin, boleh ngumpulkan
orang, duduk kampung,bulu hidung panjang, ado masalah kewangan

5. Suman - Budak suruhan Hj. Mail, balik Pilah leko dgn orang tertontu, memilih turun kawasan, masalah akhlak (bab agamo out)

6. Omar Udin - Cito2 tinggi,hanyo tau main duit, jarang balik kawasan, cakap merapu, pemurah bilo ado keuntungan politik

7. Jalil - kroni Hasan Malek yang mulo disisihkan dalam kem, kayo bolot kojo Parlimen, monang percumo G7 sobab orang dah x minat bertanding lagi, jago cawangan dgn baik, ado buek program, muko x komersial

8. Dr. Mahadi - jual namo PM, status Dr diragui ramai, kuek lobi di ateh, kurang popular di akar umni(dah slow baru2 nak aktif kembali)

9. Dato Khairun - ado akademik, ado connection baik dgn pusat, kayo rayo, bidang terjun, Bapak (Aseh) terbilang penyamun dalam Kerajaan

Siapo pilihan anda?

Anonymous said...

Adnan Abu Hasan calon paling sesuai diletakkan bertanding di DUN Johol.

Dio samo taraf dengan YB Taufiek,handa bab agamo.

Ketuo Pemudo Bahagian, layak bertanding mano2 DUN dalam Bahagian. Lagipun DUN Pilah dah x suai untuk dio kono cari tompek baru. Dari bertanding kek Senaling, elok dio ke Johol.

Confirm beribu undi golongan Mudo akan bori kek loyar xdo tongkuk ni.

Anonymous said...

1 orang lagi calon berpotensi DUN Johol totinggal pulak dalam senarai kek ateh:

10. Dato Yasin - bokeh cikgu ramai anak murid kona kek pilah, guno kabel Politik dapek jadi Pengarah Pelajaran Negeri, baik dgn MB & Hj Mail, tak pandai sonyum tak mesra rakyat, ado pengaruh kek Inas

Anonymous said...

Apo cito Napis nak betanding Bebas kek DUN Pilah???

Anonymous said...

cubo ketongahkan muko baru berosih dari isu kek Johol ni???

Calon wanita, pemuda @ puteri layak jugo dibori peluang kek Johol

tican_41@yahoo.com.my said...

Satu lagi calon yang terlepas pandang,dia ketua cawangan, pandai berpidato, banyak pemerhati bahagian yang datang kecawangannya, kagum dengan ceramahnya, bekas penceramah biro latihan pemudo malaysia, baik dengan to aseh, orang kanan dato darus salim...tak lain tak bukan..Rosman Wahab,ketua cawangan simat....susah susah pilih calon...pilih dia,,pasti DUN johol boleh monang.

Anonymous said...

Rosman lalang makan 2 side, x cukup popular, x jugak berosih dari isu.

kito nak orang baru, ado akademik,kewangan kukuh, ado connection dgn negeri & pusat, yang pasti cara baru x terikut ragam orang UMNO yang x baik ni